~CEPAT KLIK LINK INI~

Wednesday, March 31, 2010

fakta-fakta menarik

0 insan terpilih
Hari ini aku ada baca satu fakta yang menarik tapi kadang-kadang tak boleh terima dek akal. Yela aku macam tak percaya je. Tapi nak buat macam mane. Dah nama pun fakta so takkan la auta kot.huhu..So, korang layan jela ea..Nak percaya ke tak terpulang kepada tuan punya badan..hehe



1. Mao Tse tsung tidak pernah memberus gigi sepanjang hayatnya. Beliau mengunakan air teh utk berkumur dan akan mengunyah daun teh mentah utk membersihkan giginya.



2. Purata sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 km atau menulis 50,000 perkataan. America menghasilkan dua bilion batang pensel setiap tahun. Jika kesemua pensel itu digunakan utk membuat garisan lurus ia boleh membuat bulatan mengelilingi bumi sebanyak 9 kali




3. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu



4. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune

5. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,

6. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

7. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

9. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km



8. kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan

10. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

11. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

12. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

13. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan

14. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.

15. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

16. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

17. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.

18. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu

19. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah

20. Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

Tuesday, March 30, 2010

fiesta filem digital malaysia 2010 (DFF)

0 insan terpilih

Adakah anda ingin menjadi pengarah filem?? Ingin tahu caranya?? Senang sahaja..Mula-mula kenalah masuk dulu pertandingan Filem Digital Malaysia 2010 (DFF). Dalam pertandingan ini, peserta diminta menghasilkan sebuah filem pendek. Dalam pertandingan ini juga, semua golongan terutama pembikin filem semi profesional dan pelajar ipt boleh masuk bertanding.

Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah hantar penyertaan filem pendek masing-masing bermula 15 mac lalu sehingga 16 april ini..(masih sempat lagi ni)hhuhu. Pada peringkat akhir nanti hanya 10 finalis bakal dipilih ea. Nagi peserta yang berjaya mereka akan mendapat tunjuk ajar daripada mentor-mentor yang berkaliber untuk membantu mereka memantapkan lagi filem mereka itu.

Tujuan diadakan pertandingan ini adalah untuk mendidik pembikin filem berpotensi di negara ini menghasilkan produksi video digital menggunakan format AVCHD dalam rakaman definisi tinggi. Untuk maklumat lanjut kamu semua bolehlah click sini.

Hadiah yang disediakan sangat la menraik ea adik-adik semua. Jadi kepada sesiapa yang bercita-cita nak menjadi pengarah yang terkenal seperti David Teo, Ahmad Idham boleh masuk pertandingan ini sebagai langkah pertama. Selamat maju jaya!!

Saturday, March 27, 2010

earth day

0 insan terpilih
sorila sebab dah lame giler tak update blog. busy sangat la sejak akhir-akhir ni. Hari ni baru je abis test. Pasni da test lagi..Adoi penat otak..huhu..Dengan assignment lagi, drama lagi..class lagi..arghh tension-tension. tapi nk wat camne, dah name pon student..huhu..Kena la tempuh semua tu..Tak sabarnya nak cuti..

Hari ni Earth Day. Diorang cakap kena tutup lampu tapi tak semua pun tutup termasuklah aku..haha..takotla tinggal sorang-sorang tadi..sebab tu tak tutup..maap ea..Kalau sebelum ni semua kolej bergelap, diorang siap tutup suis utama lagi..giler jahat kan..tapi harini tak wat lak..Dulu pakguard siap round lagi and suro student tutup lampu tapi tak wat jugak.huhu

Maybe sebab diorang nak study kot sebab tu tak nak tutup lampu..Takpela aku maapkan..lagipon aku pon tak tutup lampu.hehe.Jangan marah eh..hehe. xpe pasni aku tutup lampu ok..hehe

Tuesday, March 23, 2010

bila ahli keluarga membunuh dan membuang ahli keluarga sendiri

2 insan terpilih
Wah! bunyi tajuk aje dah macam serius kan. Sebenarnya betul ape yang aku tulis tu. Kita sekarang kena berhati-hati dengan sesiapa sahaja even tu adik kau, abang aku, kakak kau, emak aku, kau atau aku atau siapa-siapa sajela. Bukannya kita tak percaya pada ahli keluarga sendiri tapi apa salahnya berjaga-jaga sebelum terjadi apa-apa.

Dari tadi aku membebel tapi tak jugak sampai ke isinya kan..huhu..sorryla ea..mukadimah je tu. Aku nak cerita berdasarkan kepada situasi yang telah berlaku kepada keadaan di sekeliling aku ea..Ini sebagai pengajaran aje ok.

Sekarang ini macam-macam kes berlaku melibatkan ahli keluarga sendiri. Contohnya, abang bunuh adik, ayah, atuk nenek, ayah bunuh anak, emak buang anak, anak buang ibu bapa and macam-macam lagila..hisy kadang-kadang takut nak baca paper sebab ada je berita pasal benda-benda ini..Apa dunia ni dah nak kiamat ke??

Tapi apa yang menyebabkan si pembunuh and si pembuang ni tergamak melakukannya sedangkan itu ahli keluarga kita sendiri. Tak tahu ke diorang betapa besarnya dosa yang diorang akan tanggung nanti??Walaupun anak itu masih kecil tapi dia tak bersalah and kenapa kita nak melibatkan dia walhal dia baru sahaja melihat dunia. Bagila mereka peluang untuk mengecapi kenikmatan dunia yang sementara ini.

Aduh, sungguh beremosi aku menceritakannya. Sebenarnya aku sangat sedih bila baca paper tentang pembuangan bayi ini. Bukan apa, bayi itu tak bersalah langsung and kalau kamu yang si pembuat ni tak nak menjaga bayi tu masih ramai lagi yang mahukannya. Tolonglah kasihani bayi-bayi itu.

Kes tentang anak lelaki yang membunuh ayah, atuk, nenek and adik perempuan telah mendapat liputan yang meluas skali. Kes itu masih lagi dalam siasatan. Masalahnya apa yang membuatkan dia bertindak sedemikian?? Adakah kerana ada suara-suara halus yang menyuruhnya membuat demikian atau dia sememangnya dengan rela hati bertindak begitu? Tapi aku respect dengan mak dia. Walaupon anak lelakinya itu telah membunuh ahli keluarganya, tapi beliau masih lagi sayangkan anak lelakinya itu..Itulah kasih seorang ibu yang begitu besar ertinya.


Lagi satu kes anak perempuan dan lelaki menghalau atau membuang emak sendiri sehingga tergamak meletakkannya di rumah orang tua. Yang paling menduka citakan adalah anak-anak dia tak jenguk langsung apalagi bertanya khabar berita samada emak diorang tu sihat atau tak sehingga la emak mereka menghembuskan nafas terakhir tanpa ada orang disisi.. Aduh, apa nak jadi dengan kamu ini semua sampai tergamak melakukannya. Alasan mereka sehingga tak dapat menerima emakknya itu adalah kerana sejarah silam emak mereka.

Emak mereka adalah seorang GRO ketika di zaman muda. Emak mereka bekerja begitu semata-mata ingin menyara anak-anak dia.Ingin menyekolahkan mereka sehinggakan ada diantara mereka telah bergelar ahli perniagaan yang berjaya. Tapi mereka semua telah lupa diri sedangkan duit yang mereka dapat semasa bersekolah dulu adalah dari titik peluh emak mereka juga! Tak pikir ke diorang emak mereka itu telah bekerja siang malam hanya ingin sekolahkan mereka. Tetapi mereka telah membuangnya begitu sahaja tanpa memikirkan dosa-dosa mereka. Yang paling sadisnya adalah bila emak mereka telah dimasukkan ke liang lahad barulah kelihatan anak-anak dia.. Mereka datang hanya dengan satu tujuan iaitu untuk menuntut harta pusaka!! Anak derhaka!! Dah la tak meminta maaf kepada emak mereka tetapi berani pula meminta harta..

Begitu lumrah dunia. Ahli keluarga sendiri pon tergamak melakukan perbuatan yang teruk itu, dan inikan pula orang luar. Jadi kita sebagai anak-anak muda, fikir-fikir lah dulu dosa-dosa yang akan mereka tanggung sekiranya mereka meneruskan niat mereka itu. Syurga terletak di kaki ibu. Walau apa pun pekerjaan ibu kita, dia masih lagi ibu kita dan darah daging kita. Tanpa dia siapalah kita didunia ini. Kepada ibu-ibu, walaupun telah bermacam-macam perkara atau dosa yang telah anak-anaki kita lakukan tapi sedarlah bahawa dia masih anak kita dan dari darah daging kita. Oleh itu, bentukkan lah hati supaya dapat menerima qada dan qadar.. wasalam.

Thursday, March 18, 2010

tips menambah berat badan

9 insan terpilih
Bagi orang yang macam cla ni kalau orang lain tengok mesti semua orang cakap benda yang sama, kurusnya lah cla ni. Tapi bagi mereka yang dah lama benar kenal ngan cla mesti mereka tahu yang cla ni sebenarnya adalah seorang yang kuat makan tapi badan still maintain okay. Maybe ia disebabkan sistem metabolisme cla sangat kuat sehingga setiap kali makanan masuk dalam perut ia akan diproses dengan sangat hebat huhu..(jangan jelez).

Cla sendiri bingung macam mana lah nak naik kan berat badan ni. Dah macam-macam makanan sla makan, makan ayam tiap-tiap hari pon tak boleh gemuk. Kalau ada orang yang cakap cla dah gemuk itu semua adalah auta belaka sebabnya bila cla pergi timbang berat nye still maintain tak pernah la nk cecah 40kg. Yang paling berat cla pernah capai adalah 38kg. Masa dapat tahu berat cla dah naek memang excited lah tapi berat tu hanya dapat bertahan selama beberapa minggu jew..sob sob..

Cla pun dah pernah cuberteraitest susu weight gain tapi keputusan yang cla dapat adalah makin kurus dari dulu (tipunya weight gain). Masa dulu cla kecik-kecik memang sangat gemuk sampaikan semua orang panggil anak apek tapi setelah berlaku beberapa krisis pada diri ni berat badan pun terus susut dengan mendadaknya..

Cla da bace satu artikel ni pasal macam nak nk gemuk and mereka telah bagi satu tips yang cla taktau la berkesan ke tak kat cla ni. Tips nye adalah dengan mengambil pil ginseng. Disini cla akan tunjukkan serba sedikit mengenai artikel ni yang diambil dari http://maugemuk.com

Jika anda, kawan- kawan anda atau saudara- mara adalah orang yang kurus maka anda sangat digalakkan untuk mencuba produk ini. Dijamin berkesan! Jika anda bercadang untuk mengubah fizikal anda, maka pil ginseng adalah produk yang paling berkesan !!! Pil ginseng sesuai untuk lelaki dan wanita.P.S.

- Pil Ginseng dihasilkan daripada tumbuh- tumbuhan (akar ginseng).P.P.S.
- Kepada saudara- saudari yang telah/akan membeli pil ginseng ini, dicadangkan mengambil dua biji pil sebelum tidur.Pil Ginseng (BAN KAH CHAI GINSENG PLUS ZHENG FEI CAPSULE )
50 Kapsul sebotolMAL19984579T sah di bawah Kementerian Kesihatan MalaysiaAchieved GMP Standard Approved by Ministry of Health Malaysia

* Menambah selera makan
* Meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit
* Meningkatkan kapasiti pencernaan
* Meningkatkan penggunaan nutrien dalam tubuh secara maksimum
* Menambah berat badan tanpa mengakibatkan lemak berlebihan
* Menggalakkan pertumbuhan otot yang kuat dan fizikal yang ideal

Sudah ramai yang menggunakan tips ni dan mereka semua telah memberikan reaksi yang positif. Jadi apa tunggu lagi?? Marilah kita dapatkan produk ini di kedai-kedai yang berhampiran. Selamat Mencuba!!

Wednesday, March 17, 2010

Bercinta Sambil Belajar

1 insan terpilih
Hari ini nk kupas sikit isu mengenai bercinta sambil belajar dan bukannya lawatan sambil belajar atau pun bekerja sambil belajar ea adik-adik sekalian.

Emm, bercinta sambil belajar nie ibarat dah jadi satu trend pada zaman sekarang and jangan xtau budak-budak yang umur baru 12 tahun pun dah pndai nk bercintan-cintun..adoii ni dah kes berat ni..budak 12 tahun apela yang dorang pandai sangat..ntah-ntah ada yang x baligh lagi huhu..

Tapi yang cla nk kupas sekarang ialah bercinta sambil belajar ketika berada di university. Benda nie sebenarnya ada baek and buruknya tapi itu semua bergantung kepada pasangan itu sendiri. Macam cla pon secara jujurnya bercinta sambil belajar. 

ok lah..cla pon bukannya nk cite pasal diri cla pon huhu..sekarang kite berbalik kepada topik kite ea..hehe..kebaikan yang kite dapat semasa bercinta sambil belajar ni ialah masing-masing akn menjadi pendorong and pembakar semangat kepada satu sama lain..cla amik contoh bercinta di universiti yang sama ea.

selain menjadi pendorong satu sama lain, mereka juga ada peneman ketika pergi ke pasar, makan and sebagainya..hehe..tu semua sebagai sampingan jela ea..tapi bagi mereka yang xberapa pandai nk bahagikan antara peribadi dan pelajaran memang susah la nanti..ia pasti akan memberi kesan kepada yang lain.

cla bukannya xsetuju dengan tajuk ni cuma ia bergantung kepada individu itu sendiri..kalau dia pandai bahagikan masa insyallah xkan ada masalah yang timbul..bergaduh tu lumrah biasa dalam setiap hubungan cuma cepat-cepat redakan ia supaya pelajaran kite xakan terganggu.

kesimpulannya, bercinta sambil belajar ni ada baik and buruknya..yang baiknya ialah setiap orang tu akan menjadi pembakar semangat kepada satu sama lain manakala yang buruknya jika kita xpandai membahagikan masa alamatnya hubungan entah kemana, pelajaran pula terganggu..jadi renung-renungkanlah..

Tuesday, March 16, 2010

orang terkaya di dunia

0 insan terpilih

carlos slim

Buat kali ketiga dalam tempoh tiga tahun, dunia mempunyai seorang lelaki paling kaya yang baru apabila majalah Forbes telah mengeluarkan senarai itu bagi tahun 2010 pada beberapa hari yang lepas.

Carlos Slim merupakan seorang taikun telekomunikasi dari Mexico merupakan billionair yang paling kaya dengan anggaran kekayaan sebanyak RM177.5 billion. Beliau telah berjaya mengalahkan bilionair sebelum ini iaitu Bill Gates yang selama ni telah menjadi lelaki paling kaya didunia selama 3tahun.

Slim berusia 70 tahun dan merupakan anak kepada seorang imigran Lebanon yang bekerja sebagai penjaga kedai. Kejatuhan kedudukan Gates dan Buffet (lelaki ketiga kaya di dunia) banyak dipengaruhi oleh kemelesetan ekonomi AS, disamping aktiviti kebajikan atau derma yang mereka lakukan.

Perniagaan konglomerat Slim meliputi perniagaan runcit, telekomunikasi, pengilangan dan hartanah. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang tidak suka memakai sut yang mahal dan menggunakan komputer sebaliknya beliau lebih selesa menggunak buku nota.

Seramai 9 orang lelaki dari Asia Tenggara telah tercalon sebagai lelaki terkaya. Antaranya Tan Sri Robert Kuok (RM48.13 billion) telah berada di tempat 33. Beliau telah mengalahkan pengasas Microsoft iaitu Paul Allen (RM44.8 billion).

Ananda Krisnan yang merupakan tokoh perniagaan dari Malaysia telah berada di tempat ke 89 dengan kekayaan RM25 billion. Pemilik syarikat I0I Berhad, Tan Sri Lee Shin Cheng, 70, dengan kekayaan berjumlah AS$4.4 bilion (RM14.6 bilion) menduduki tempat ke-189. Selain itu, pengasas bersama Hong Leong Bank, Tan Sri Quek Leng Chan, 69, dan pengerusi Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow, 80, menduduki tempat ke-277 dengan memiliki kekayaan sebanyak AS$3.4 bilion (RM11.2 bilion).

Pengasas bersama enjin carian Google, Sergey Brin, 36, menduduki tempat ke-24 dengan kekayaan AS$17.5 bilion (RM58 bilion).Pemilik kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovich, 43, pula disenarai di tempat ke-50 dengan harta sebanyak AS$11.2 bilion (RM37.2 bilion). Pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg yang baru berusia 25 menduduki tempat ke-212 dengan kekayaan sebanyak AS$4 bilion (RM13.2 bilion).

Pembikin filem mega seperti George Lucas, 65, dan Steven Spielberg pula berkongsi kedudukan sama iaitu di tangga 316 dengan kekayaan AS$3 bilion (RM9.95 bilion). Sementara itu, hartawan hartanah terkenal AS, Donald Trump, berada di tempat 488 dengan kekayaan AS$2 bilion (RM6.6 bilion).Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary menduduki tempat ke-655 dengan kekayaan AS$1.5 bilion (RM4.97 bilion).

Sunday, March 14, 2010

Lelaki Melayu vs Lelaki Mat Saleh

4 insan terpilih
kenapa perempuan melayu zaman sekarang ni asyik tergila-gilakan lelaki mat saleh?? ape dah pupus ke lelaki melayu kat malaysia ni..isy2.. isu ni sekarang dah jadi hot sampaikan menjadi persoalan di dalam hot fm..haha

hari tu dengar Hot Fm di petang hari sambil menghenyakkan tubuh badan di atas katil yang dianggap empuk,haha and terdengar lah suara2 yang macam ku kenal jew iaitu Faizal Ismail aka FBI tu and A.G yang telah mengutarakan satu soalan yang berbunyi 'KENAPA PEREMPUAN MELAYU MENGAMBIL LELAKI MAT SALEH SEBAGAI PASANGAN HIDUP MEREKA'..

Bile jew dengar soalan tu berbunyi begitu dan bukan berbunyi ting tong aku pun layan jewla sebab macam menarik and mesti mendapat maklum balas dengan mesra, cepat dan betul *ceh macam balai polis punye tagline plak..haha..sangkaan aku sememang nye betul tapi malangnya xdapat RM1juta macam dalam Who Wants To Be A Millionaire tu..huhu.. ok la sekarang masa tuk serius ok..hmm..

kebanyakan yang memberi respon kepada soalan tu semestinya perempuan and semuanya telah memberi jawapan yang same iaitu LELAKI MELAYU TAK SEROMANTIK MAT SALEH.. diorang cakap lelaki-lelaki mat saleh ni pandai memujuk, pandai amik hati, pandai berkata-kata and pandai dlam segala-galanye..

hmm..cla nk komen xda experience plak ngan lelaki mat saleh ni..dengan lelaki yang bernama Salleh kenal la kot..*pikir sejenak ada ke orang yang nama salleh aku kenal??huhu

ada seorang pemanggil perempuan ni menceritakan kisah dia dengan lelaki berbangsa India tapi bukan mat saleh..*dia xpaham soalan ke??huhu.. Dia dulunya bercinta dengan seorang lelaki berbangsa India and dia cakap lelaki ni sangat romantik berbanding dengan lelaki-lelaki melayu yang dia pernah kenal..macam-macam la lelaki India ni buat kat dia yang dia anggap romantik and last-last dia kahwin dengan lelaki India Muslim..haha..*apa dah jadi dengan lelaki India yang dia bercinta dulu??

Pada pendapat cla, sebenarnya lelaki-lelaki Malaysia ni ramai terutamnya yang Melayunya..tapi diorang sume ramai kat UNITI aka UNIVERSITI SERENTI..haha..so macam mane nk pilihkan. Lelaki melayu ni pulak bukannye xromantik, sebenranya diorang ni romantik cuma ego diorang tu mengatasi segalanya.. and diorang ni jugak xtau macam mane nk luahkan sikap diorang yang romantik tu..and romantik tu xsemestinya selalu bagi bunga, coklat atau melamar pasangan nye kat tengah-tengah laut ke ape.

lagi satu lelaki-lelaki melayu ni kadang-kadang control macho sedangkan diorang tu xmacho pon..huhu..nanti bile si lelaki ni tuliskan lagu atau puisi tuk si perempuan, kawan-kawannya cakap jiwang pulak, then terus xjadi nak tulis..

tapi cla nmpak sekarang ni artis-artis perempuan kebanyakkan nye berkahwin dengan lelaki mat saleh..dah jadi macam trend pulak..contohnya macam Maya Karin, Ning Baizura, Sarimah Ibrahim and etc..tapi ada jugak dikalangan mereka xbahagia and jodoh di tengah jalan..so ape kes ni??emm maybe lelaki tu xromantik kot *sukati jew wat kesimpulan.huhu

Tuesday, March 9, 2010

kesian si tupai

0 insan terpilih

GAMBAR menunjukkan kepala dua ekor tupai tersangkut ke dalam tempurung kelapa di fareham, Hampshire, Britain

baru-baru in

Disebabkan asyik menikmati kelapa, kepala sepasang tupai tersangkut di dalamnya sehingga ke paras bahu di sebuah taman milik seorang penduduk Jane Roberts, lapor sebuah akhbar semalam.

Dua ekor tupai itu memasukkan kepalanya ke dalam tempurung kelapa tersebut untuk memakan isinya.

Haiwan itu merupakan pengunjung setia taman Jane di Fareham, Hampshire.

Sebelum ini, ia sering mencuri makanan untuk burung, tetapi kini tupai tersebut sukakan kelapa.

"Kali pertama saya nampak mereka makan, saya hampir pengsan ketawa. Mereka nampak seperti dua orang angkasawan," katanya

Monday, March 8, 2010

SELUAR JEANS DI LARANG DI JUAL DI AMERIKA SYARIKAT.

0 insan terpilih






Para pemimpin Arab-Amerika menyeru semua pemilik kedai pakaian dan butik di seluruh dunia supaya menarik keluar semua seluar denim jenama DKNY dari rak sebagai langkah drastik untuk memberi pengajaran sewajarnya kepada industri fesyen.


Semua seluar denim jenama DKNY, yang mempunyai rekaan corak yang memaparkan versa-versa dan rangkap dari ayat-ayat Al-Quran, tulisan khat Cina dan imej Buddha, digesa di bawa keluar dari kedai-kedai pakaian oleh pengedar terbesar seluar denim, Liz Claiborne Inc. yang berpusat di New York.


Walaupun jenama seluar denim itu menggunakan nama pereka fesyen Donna Karan, dia tidak terbabit dengan rekaan yang menimbulkan kontroversi itu.
Seluar jeans itu diperkenalkan pada Februari lepas dan di jual di 29 kedai pakaian di seluruh negara termasuk Hudsons, Nordstrom, Bloomingdale's dan Lord & Taylor, kedai-kedai butik pakaian di Michigan tiada menjual seluar denim yang terlarang ini.


Tindakan itu dikuatkuasakan oleh majlis hubungan Amerika-Islam(CAIR) di peringkat nasional yang mengencam seluar itu sebagai menghina penganut Islam berikutan corak rekaan seluar itu yang turut memaparkan beberapa ayat dari al-quran.
"Adalah menjadi satu kesalahan dan penghinaan bagi umat Islam apabila ayat-ayat al-quran yang tertera di seluar itu di bawa ke tandas. tindakan ini seperti dilarang dalam Islam," kata Ibrahim Hooper, jurucakap CAIR, baru-baru ini.


"Duduk di atas ayat-ayat itu menunjukan sikap yang tidak menghormati agama Islam dan tidak beradab. Tambahan pula, seluar jeans yang ketat dan mendedahkan bentuk kaki serta punggung wanita itu turut menunjukan rasa tidak hormat," tegasnya.


Claiborne membeli seluar denim dengan corak rekaan yang kontroversi itu dari sebuah syarikat pereka yang mendakwa bahawa corak itu adalah karut bagi mereka. Apabila CAIR membuat aduan, syarikat itu baru mendapati bahawa seluar jeans itu mencorakan beberapa ayat-ayat al-quran.


Pegawai-pegawai kanan Claiborne bertemu dengan pemimpin CAIR bagi membincangkan masalah yang timbul dan membincangkan masalah yang timbul dan mencari penyesalan terhadap kesilapan mereka menjual seluar denim itu. Wakil Claiborne bersetuju memohon maaf secara terbuka di atas kesilapan mereka.


Jumlah seluar jeans yang tidak terkira itu akan dimusnahkan mengikut cadangan cendekiawan Islam dan juru perunding mereka.


Sejak industri Asia dan Arab berkembang dengan pesat dan popular, sensetiviti dan rasa hormat terus menjadi isu utama dalam industri jualan runcit produk.
Bulan lepas, pemimpin Islam di Detroit membuat bantahan terhadap seluar jenama Hot Stuff2 di Northland Center kerana menjual seluar yang di liputi ayat-ayat al-quran.
Pemilik kedai itu, Micheal York berada di luar daerah ketika isu kontroversi itu bermula sehingga menyebabkan pengurus kedai dikompleks membeli-belah membeli kira-kira 20 pasang seluar untuk menghentikan perbalahan itu.


Walaupun anggota jawatankuasa anti-diskriminasi Amerika Arab di Dearborn memuji tindakan pengurus itu namun mereka tetap tidak berpuas hati, kata Imad Hamad, pengurus wilayah.
Jawatankuasa itu mengadakan satu perjumpaan mesyuarat dengan semua pengurus dan pegawai kompleks membeli-belah itu termasuk pemilik kedai pakaian memberi satu pengajaran supaya bersikap lebih sensetif terhadap agama orang lain.

hujan oh hujan..

0 insan terpilih
lelaki yang pakai baju melayu putih tu la cousin i huhu




Hujan: Bila Aku Sudah Tiada


Bila aku sudah tiada

Simpan semua lagu ku

Jangan di tangis selalu

Mungkin itu sementara

Bila jumpa penggantiku

Jangan dilupakan aku


Pagi itu indah seperti biasa

Tidur yang lena terhenti di sana

Layap kuyu masih tak terdaya

Bukalah tingkap mu curahkan cahaya

Siapa yang sangka

Bila tiba masa kita untuk pergi selamanya

Takkan terduga

Jika saat ini Tuhan tentukanlah kulah orangnya


Bila aku sudah tiada

Simpan semua lagu ku

Jangan di tangis selalu

Mungkin itu sementara

Bila jumpa penggantiku

Jangan dilupakan aku

Gelak tawa tangisan yang hiba

Kenangan kita masa di dunia


Mesti korang tertanya-tanya kenapela cla tulis lirik lagu Bila Aku Sudah Tiada ni kan..sebenarnya cla suke lagu ni.dia punye lirik, rentak muzik dia and lagu nilah yang dah naekkan kumpulan Hujan ni... sebelum tu cla nk cte ckit pasal kumpulan Hujan ni yang terdiri daripada Noh, Acer, Izzat (my cousin hehe), and Dimas.


Hujan ialah nama yang dipilih oleh sebuah kumpulan indie ditubuhkan pada awal 2006 dan bertapak di Malaysia. Kumpulan muzik ini lebih suka melabelkan genre yang mereka bawakan sebagai rock alternatif dan lebih cenderung mendendangkan lagu di dalam bahasa Malaysia. Lagu yang boleh dikatakan telah menaikkan nama mereka adalah lagu "Pagi Yang Gelap". Populariti kumpulan ini semakin meningkat setelah single kedua, "Bila Aku Sudah Tiada" mula dimainkan di stesen-stesen radio tempatan, dan mengulangi kejayaan single pertama mereka. Antara artis-artis yang dinyatakan sebagai pengaruh dan ilham kepada mereka ialah The Strokes dan Butterfingers.


Mereka pernah membuat persembahan di United Kingdom melalui Jelajah Hujan ke UK yang bukan sahaja untuk mempromosikan dua buah EP Hujan yang sudah diterbitkan iaitu "1,2,3, Go!" dan "Check Check Rock Rock" malah mereka turut menjual baju T dan lencana istimewa Hujan. Di sana mereka membuat persembahan di Oxford Bar (Manchester), Zanzibar (Liverpool), Sheffield danCardiff.


Terkini, mereka baru manghabiskan konset jelajah Malaysia yang dinamakan "Mencari Konklusi Tour" yang telah di adakan di seluruh negara. Jelajah itu di akhiri dengan konsert finale di Kuala Lumpur yang mendapat sambutan hangat. Dan mereka juga sekali lagi menjelajah ke eropah setelah di undang bagi bersama kumpulan rock lagenda Malaysia, Search mengadakan konsert di Dublin dan London.


Tapi cla da terbaca yang vokalis kumpulan Hujan ni ialah Karim Daud. Cla xkenal pon sape Karim Daud tu. Tapi da orang cakap yang Karim Daud ni dulu bekas penyanyi lagu lucah. Dia jugak pernah menggemparkan budak-budak universiti sekitar tahun 2003 hingga 2005 kerana lagu-lagu lucahnya tula..cla pon xtau sangat sebb tahun tu cla baru form 2 ke form 3 ntah..betul ke tak no komen.*jawapan clisye artis..hehe.


lepastu kisah Karim Daud ni pernah masuk Harian Metro and sejak tu dia dah stop berkecimpung dalam lagu2 lucah ni. ada 4 rumours mengatakan KARIM DAUD ialah student MMU, ada juga kata UITM( of cos termasuk jugak), UM dan Kolej Mahsa.

Namun terbaru, Karim Daud telahpun menjadi vokalis kumpulan HUJAN...sebuah kumpulan underground yg famous sekarang ini...betul ke tak cla xtau..yang penting cla tetap sokong kumpulan ni bukan sebab my cousin maen bass tok Hujan tapi kumpulan ni memang berbakat and lagu-lagunye pon meletup gitu..
so adios..

Saturday, March 6, 2010

makan coklat merupakan kegemaranku

2 insan terpilih
siapa kat sini suke makan coklat??angkat tangan..hehe..sedapnya kalau dapat makan coklatkan. fuh! mengiurkan. lagi-lagi kalau coklat tu besar, pastu ada kacang walnut dalam dia pastu ada kismis ckit, emm mengancam la..nyum nyum..hingga menjilat jari lagi..hehe..


lagi satu kalau korang xpercaya yang coklat ni sangat berkhasiat sampai dah dijadikan ubt-ubatan, korang bacelah ni..http://www.coklatminda.com

selain dijadikan sebagai makanan ketika lapar, ia juga boleh dijadikan sebagai hadiah hantaran, hari jadi dan macam-macam lagi..cla kalau dah start makan coklat memang tak kan berhentila..and takkan bagi orang ckit..hehe..*saya sangat kedekut k..harap maklum..

walaupon makan coklat nie orang cakap tak menggemukkan, tapi bagi cla, bile cla makan coklat cla jadi gemuk..haha..*petua nk gemuk dari cla. tapi bagi orang laen xtau la kan..huhu..jangan percaya jugak bile orang cakap makan coklat tu nanti tumbuh jerawat..semua tu hanya mitos-mitos belaka.*mungkin cla xperasan dia tumbuh sebab muka cla memang dah da jerawat..haha. selain tu, kalau cla stress cla akan makan coklat banyak-banyak..sebab dengan cara tu stress sedikit sebanyak akan hilang..kalau korang xpercaya gak cakap cla, korang baca la ayat-ayat selepas ni..huhu

* Coklat adalah kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.

* Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar catechins dan phenols berbanding teh. Untuk makluman, satu kajian menyatakan, minumlah teh tanpa susu untuk mendapat khasiat antioxidant teh.

* Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung. Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.

* Coklat tidak mengemukkan. Tidak ada satu jenis makanan akan menyebabkan gemuk. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan.Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan.

* Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh mendapati coklat tidak menyebabkan migrain seperti yang disangkakan sebelum ini. Mereka yang sering mengalami migrain atau sakit kepala boleh memakannya tanpa perlu risau ia akan menyebabkan sakit kepala.

* Malah coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.

* Makan seberapa banyak dan kerap, coklat bukanlah bahan ketagihan. Permakanannya boleh dihentikan bila-bila masa.

* Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.

* Coklat bukanlah penyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik. Jangan streskan diri, makanlah coklat. Ia boleh tenangkan anda sewaktu stres.

* Coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi. Coklat adalah salah satu makanan aphrodisiac. Phenylethylamine adalah kimia yang berkait dengan amphetamines. Ia meningkatkan aliran darah, kadar glukos dalam darah, jadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa puas. Coklat boleh dikatakan makanan untuk **** selain tiram.

* Coklat berwarna hitam merupakan sumber tembaga (copper) dan dalam kadar sedikit adalah perlu untuk kesihatan metbolisma dan membantu menghalang penyakit Alzhemier's dan osteoporosis.

* Bagi wanita yang menghadapi PMS, makan coklat dapat membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan. Datang bulan mengurangkan kadar magnesium dalam badan dan ini meningkatkan masalah kesakitan waktu haid (PMS).

* Selain coklat, mengambil soya 40mg ke 80mg sehari boleh melegakan masalah yang timbul akibat datang haid kerana soya mengandungi phytoestrogens, struktur kimia yang hampir sama dengan estrogen. Mampu menolong mengurangkan ketegangan.

* Bagi wanita, coklat menggalakkan pengeluaran kimia endorphins bagi otak wanita,yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stres.

* makan coklat adalah sangat baik untuk kita, tapi elakkan lah makan secara berlebihan.

lentera si buta

0 insan terpilih
".Pada suatu malam, seorang buta berjalan pulang dari rumah sahabatnya.
Sang sahabat membekalnya dengan sebuah pelita.
Orang buta itu terbahak berkata : "Buat apa saya bawa pelita? Kan sama saja
buat saya ! Saya boleh pulanglah."

Dengan lembut sahabatnya menjawab, "Ini agar orang lain boleh melihat kamu,
biar mereka tidak melanggar kamu." Akhirnya orang buta itu setuju untuk membawa
pelita itu.Tak berapa lama kemudian, dalam perjalanan, seorang pejalan
melanggar si buta.Dalam keriuhan, dia mengomel, "Hei, kamu kan punya mata !
Bagilah jalan buat orang buta!"


Tanpa berbalas sapa, mereka pun saling berlalu.
Selang beberapa lama, seorang pejalan kaki yang lain melanggar si buta lagi.
Kali ini si buta bertambah marah,"Apa kamu buta ? Tak nampak ke?
Aku bawa pelita ini supaya kamu boleh lihat!"
budak tu membalas, "Kamu yang buta! Apa kamu tidak lihat,pelitamu sudah
padam!" Si buta terdiam..

Menyedari situasi itu, pelanggar itu meminta maaf,
"Oh, maaf, sayalah yang 'buta', saya tidak melihat yang and adalah orang buta."
Si buta tersipu menjawab, "Tidak apa-apa,maafkan saya juga atas kata-kata
kasar saya tadi." Dengan tulus, si pelanggar membantu menyalakan kembali
pelita si buta.
Mereka pun melanjutkan perjalanan masing-masing.

Dalam perjalanan selanjutnya, ada lagi pejalan yang melanggar orang buta
itu.
Kali ini, si buta lebih berhati-hati, dia bertanya dengan santun,
"Maaf, adakah pelita saya terpadam ?"

Pelanggarnya menjawab, "Lah, saya pun nak menanyakan hal yang sama."
Senyap sejenak.
Secara serentak mereka bertanya, "Apakah anda orang buta ?"
Secara serentak mereka pun menjawab,"Iya," dan kemudian meledak dalam
ketawa.

Mereka pun saling membantu mencari kembali pelita mereka yang
berjatuhan akibat perlanggaran tadi. Waktu itu terdapat seseorang berjalan berhampiran mereka.
dan nyaris saja melanggar kedua orang yang sedang
mencari-cari pelita tersebut.Ia pun berlalu, tanpa mengetahui bahwa mereka
buta.

Timbul fikiran dalam benak orang ini,"rasanya saya perlu membawa pelita
juga, jadi saya bisa melihat jalan dengan lebih baik,dan orang lainpun boleh
melihat jalan mereka."


Pelita melambangkan terang kebijaksanaan.
Membawa pelita bererti menjalankan kebijaksanaan dalam hidup.
Pelita, sama halnya dengan kebijaksanaan, melindungi kita dan pihak lain
dari berbagai aral rintangan..
Si buta pembawa pelita mungkin benar tidak memberi manfaat kepadanya, tetapi pelita yg
dibawanya berguna buat orang lain....yang akhirnya berguna juga buatnya..



Sebuah pepatah kuno mengatakan:
"Sehingga pelita dapat dinyalakan dari sebuah pelita,
dan tidak membuat nyala pelita pertama meredup
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA