~CEPAT KLIK LINK INI~

Wednesday, July 28, 2010

anna's birthday giveaway

0 insan terpilih

nak join contest dari blog anna
tarikh tutup 10 ogos sebelum pukul 10.30 malam..
tarikh start puasa kan tu? hehe
oklah apa-apa masalah boleh rujuk blog anna.
dengan itu saya tag acik untuk join.

beli tiket bas dan akhirnya dapat jugak melepaskan gian

0 insan terpilih
hari ini pukul sebelas pagi aku keluar dengan membe sebab nak beli tiket bas. minggu ini aku nak balik rumah setelah dekat sebulan aku menghilangkan diri. setelah mendapat keizinan dari emak and mak cik aku, so bolehlah aku balik rumah pada hari jumaat ini..yahoo!! 

lagi seminggu sahaja dah nak puasa, jadi aku ambil peluang ini untuk balik sebab mungkin selepas ini aku tidak dapat balik akibat ada program atau pun ada assingnment yang perlu disiapkan. biasalah, budak bisnes so banyak projek kena buat..hoho

sebelum beli tiket bas, aku pergi masukkan duit dulu kat ASB. biasalah, kita kena menabung dari awal, nanti bila memerlukan duit bolehlah rodok sekejap bank tu..hoho..aku masukkan pun tak banyak sangat. sekadar yang mampu sahaja.

setelah masukkan duit, kitaorang pergi makan. aku dari hari itu teringin sangat nak makan nasi putih paprik ayam dengan telur bungkus. akhirnya hari ini dapat jugak aku penuhi permintaan aku tu. kalau tak mengidam lah aku..hoho

memang sedap giler lah. sampai licin aku makan. kalau korang tak percaya tanyalah kawan aku tu..hoho..dengan air jus tembikai nya memang tangkap muat betullah layan makanan tadi. hehe..harga pun amat berpatutan sesuai lah dengan rasa nya yang sangat enak and da bomm tu..hehe. 

kalau korang nak makan, pergilah dekat restoran Rohaya dekat Bandar Segamat. itupun kalau korang ada kat Segamat lah..hehe. lepas dah puas makan hingga kenyang barulah aku pergi beli tiket balik Shah Alam. harga tiket tu RM 23.10. harga tiket sekarang memang mahal betullah mungkin disebabkan minyak dah naik..

Tuesday, July 27, 2010

papan tanda pelik, macam mana info nak sampai

1 insan terpilih
hari ini tak ada apa yang nak di updatekan. sebab tak ada idea yang boleh dikeluarkan. petang tadi ada pasar so aku beli laksam sebagai makanan untuk malam. disebabkan itu kepala aku tidak boleh berfikir dengan bernas sebab asyik teringat laksam yang sangat enak itu. hoho

jadi, aku cuma nak buat entrytentang papan tanda sahaja lah. kalau kita pergi mana-mana mesti nampak papan tanda. nak pergi toilet ke, kedai ke, kubur ke atau masjid. semua kawasan seolah-olah memberi kita peringatan dan pengetahuan. hehe

tapi pernah tak korang semua jumpa atau terlihat papan tanda yang pelik-pelik sama ada di dalam malaysia atau luar negara? kalau papan tanda tu pelik atau tersalah eja mesti kita akan gelak kan. itulah lumrah manusia sekarang. huhu. jadi, marilah kita layan papan tanda yang menimbulkan kelucuan di hati kita..hehe


gambar yang pertama aku tak paham, yang last pun sama. apa yang dia cuba sampaikan??hurm..


wah! lipas pun dia sayang tau.kalau lipas masuk hospital sebab cancer macam mana nanti..hehe


adakah emas dah handphone boleh meminjam dan bukan dipinjam?? konpius-konpius..

 pastinya dahulu toilet ini merupakan restoran hehe..
ataupun semasa kamu melabur, kamu juga boleh order makanan??

 siapakah janda yang bertuah itu??


berapa banyak "H" la dia nak letak..huhu

*ihsan dari google.

kalau papan tanda itu pelik, pastinya info yang dia nak sampaikan itu tak sampai kepada orang ramai, malah akan digelakkan nanti..hehe

Monday, July 26, 2010

rumah pokok lutsinar

1 insan terpilih
pernah tak korang semua tengok rumah invisible. bukan rumah itu tiba-tiba hilang ke apa.tapi ia tak boleh dilihat  dengan mata kasar. korang paham tak maksud aku ini? hehe.

bukan calang-calang rumah yang aku nak cerita ini. tapi ia merupakan rumah pokok. begi sesiapa yang tak tahu rumah pokok itu macam mana. ia seperti rumah dalam cerita do re mi. tapi rumah ini moden sikit lah.hehe

rumah pokok ini seperti sebuah kotak kaca yang tidak boleh dilihat apa yang ada di dalamnya..sangat misteri..huhu..kalau korang still tak dapat bayangkan macam mana bentuk rumah ini korang tengok jela gambar di bawah ok.





* ihsan dari google

rumah ini juga di panggil tree house invisible dalam bahasa inggeris nya..sangat unik tapi sebenarnya rumah ini wujud dan terbina di Sweden.


ini merupakan struktur hiasan dalaman rumah pokok ini.

Saturday, July 24, 2010

contest tudung kesayanganku

4 insan terpilih

hehe..aku nak masuk lagi satu contest.. semangat untuk join contest telah datang.kali ini nak join contest tudung kesayanganku. sekadar untuk mencuba nasib sahaja..huhu. dengan itu saya mempertaruhkan gambar dibawah.

gambar ini diambil sebelum pergi ke kelas. masih tergantung lagi kad matrik..oleh itu aku akan tag zara dan ajwin untuk join contest ini..hehe

oklah, itu sahaja dari aku. untuk sebarang maklumat lanjut boleh lah pergi ke blog aleeya01. wish me luck!!

giveaway raya sakan

1 insan terpilih


hari ini nak join satu lagi contest dari trendy shawl. sebagai memenuhi syarat, saya akan mempertaruhkan gambar di bawah ini.

sebab saya suka pakai shawl ini adalah kerana warnanya dan coraknya. saya sangat suka dengan warna merah dan bila shawl ini dipakai dengan baju yang tidak bercorak, ia akan menyerlahkan lagi shawl itu. saya juga suka pakai apa-apa shawl kerana ia senang di pakai dan banyak gaya boleh digunakan.

lagipun sekarang ramai student especially remaja memakai shawl. kerana ia sekarang sudah menjadi trend dan sesuai di pakai kemana sahaja. dengan harga yang berpatutan dan banyak dijual, amat memudahkan mereka membeli dan membuat pilihan.

oklah itu sahaja dari saya. untuk apa-apa pertanyaan dan keraguan, boleh lah kunjungi blog trendy shawl..wish me luck!!

Wednesday, July 21, 2010

ejamaria 1st giveaway

1 insan terpilih

nak masuk contest dari ejamaria. sebab hadiah dia best.hehe
tarikh tutup 31hb julai 2010.
untuk maklumat lanjut pergilah ke blog ejamaria.
jom pakat ramai-ramai join giveaway ini.

beautiful nara akan menjadi orang terkenal disamping yabhg.tun dr. mahathir mohamad

0 insan terpilih
ManggaAd Team akan menghadiri acara "Asian Bloggers and Social Media Conference 2010" yang berlangsung pada 28 ke 29 Julai 2010 di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.

Anda boleh memenangi tiket untuk menghadiri acara gemilang ini dengan menjadi peserta peraduan "I Love ManggaAd Contest".
Tarikh akhir penyertaan adalah 26 Julai 2010. Maklumat lanjut mengenai peraduan boleh dijumpai di sini:
http://network.manggaonline.com.my/publishers/contests/i-love-manggaad/

Maklumat lanjut tentang "Asian Bloggers and Social Media Conference 2010" boleh dijumpai di sini:
http://www.myevents-intl.com/asianbloggers/

Ada banyak orang terkenal yang akan menghadiri acara ini:
* YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohammad (Perdana Menteri Ke-4 Malaysia)
* Dato' Sri Tony Fernandes ( CEO Air Asia, Malaysia )
* Paul Moss ( General Manager, Platforms, Technology, and New Business, Alt Media Sdn Bhd )
* Marina Mahathir ( Rantings byMM )
* Datuk Ahirudin Attan@Rocky Bru ( rocky's bru )
* Kenny Sia ( kennysia.com )
* Joyce Wong ( KinkyBlueFairy )
* Niki Cheong ( nikicheong.com )
* Ahmad Nazuwan ( BeautifulNara )

Antara isu-isu yang menarik yang akan dibicarakan berkaitan dengan:
1) Pemahaman kuasa rangkaian sosial (social media)
2) Mempelajari kebaikan dan keburukkan "blogging"
3) Mempelajari etiket yang betul dan pengendalian blog
4) Meningkatkan pandangan dan fungsi kandungan online.

* ihsan email

nota: beautifulnara sekarang dah jadi orang terkenal..wah-wah..harap dapat jadi macam dia..huhu

bangun pagi-pagi siapa yang kejutkan kamu semua

0 insan terpilih

selalunya korang bangun pagi siapa yang kejutkan? mak korang ke? girlfriend korang ke? pakcik alarm ke? atau bunyi ayam?

aku selalunya kalau kat kolej pakcik alarm yang kejutkan. tapi bila dah terbiasa aku akan bangun dengan sendirinya.hehe

tapi kalau kat rumah selalunya ikut mood. kalau aku rasa macam nak bangun aku bangun, tapi kalau rasa macam nak tidur lagi aku tidur lah..hehe..apa punya anak daralah ni..huhu

tapi selalunya kalau dah lambat sangat bangun sampai tengahari tu mak aku yang kejutkan..mula-mula malas tapi bila mak aku tu dah bising terpaksa ku gagahkan untuk bangun jugak..huhu

tapi sejak anak buah aku, si ziqry montel tu ada kat rumah terpaksalah aku bangun awal sebabnya nanti mak aku nak masak aku pulak kena enjutkan dia dalam buai..kacau tidur betul lah..hehe.tapi bukan dia yang tidur tapi aku yang tertidur..hehe

kadang-kadang kalau ramai anak buah aku yang dah datang pagi-pagi kat rumah tu, aku akan terjaga bila dengar diorang bising-bising kat luar. dengan suara budak menangis, menjerit, suara mak aku lagi, so nak taknak kena bangun jugak.

takpun anak buah aku tu akan masuk bilik pastu ketuk-ketuk aku yang tengah tidur lena.hisy kacau betul orang nak tidur. tapi kalau aku suruh si dia kejutkan pagi-pagi, dia akan kejutkan tapi lepas tu aku tidur balik..hehe

bila si dia tau aku tidur balik maunye marah dia..hehe..tapi apa salahnya sekali sekala. haha. tapi jangan risau, sekarang dah boleh bangun awal dengan sendirinya tanpa bantuan orang lain..hoho.

kalau nak harapkan bunyi ayam kat kolej dengan rumah aku memang tak dengar lah. ayam-ayam sekarang pun dah malas nak kejutkan orang. buat sakit anak tekak je menjerit pagi-pagi. tapi kalau ayam kejutkan apa yang korang balas hanyalah dengan memakan dia..isy-isy..

Monday, July 19, 2010

suara ibu boleh hilangkan stres dan tekanan.

2 insan terpilih
tadi masa aku tengah baring-baring kat katil aku dengar la kejap radio kat handphone aku ini. lepas itu aku dengarlah tazkirah daripada Prof. Izi Yahya. tazkirah yang dia bagi kali ini adalah tentang ibu dan anak.


katanya, jika kita, anak-anak mendengar suara ibu, ia dapat mengurangkan tekanan atau stress dalam diri kita. selain itu, bila kita mendengar suara ibu, ia akan dapat menaikkan semangat kita dalam melakukan apa-apa.

oleh itu, jika kita selalu stress atau mengalami tekanan, call lah emak kita dan insyaallah segala tekanan akan hilang. jika kita ada apa-apa masalah, kongsilah bersama emak kita kerana mungkin masalah kita akan dapat diselesaikan.

begitu hebat sebenarnya aura suara ibu-ibu kita. apabila kita mendengar suara mereka, hati kita akan tenang lagi-lagi bila kita berada jauh dari mereka. jadi, janganlah kita selalu membuatkan mereka marah kepada kita kerana bila mereka marah mungkin ia akan menyebabkan kita bertambah tertekan. jadi, renung-renungkanlah dan selamat beramal.

mcdonald patut sediakan khidmat kereta untuk deliver makanan.

1 insan terpilih
semalam merupakan hari ahad. hari ini pula merupakan hari selasa. esok pula hari rabu. dan lusa pula korang pikirlah sendiri hari apa.hehe..ok aku bukannya nak cerita pasal esok hari apa ke, tulat hari apa ke, tapi apa yang aku nak cerita adalah apa yang berlaku pada hari semalam iaitu hari ahad.

masa hari ahad, hujan turun tanpa henti dari pagi sampailah pagi pada hari ini. memang sejuk sangat. and bila dah sejuk aku pun berasa sangatlah lapar. bila dah lapar terasa malas pulak nak turun beli makanan kat dining sebab hujan. nanti kena hujan demam pulak.hehe

jadi, apa yang terlintas kat otak aku adalah nak order mcdonald. kebetulan kawan aku pulak berfikiran sama dengan aku. dia tanya dah makan ke belum, aku jawab belum. dia tanya nak order mcd tak. aku cakap nak. tapi tak pandai nak call. last-last aku suruh rumate aku tolong orderkan.

disebabkan hujan, tahap kelaparan makin melampau-lampau. aku order mcd dari pukul 1.30 tengahari tapi orang tu deliver sampai pukul 7.15 malam. korang dapat bayangkan macam mana perut aku masa tu.

disebabkan hujan, diorang tak dapat hantar .yelah, mcd deliver kan naik motor. so basahlah diorang nanti.kesian pulak diorang nanti demam..hehe.

Saturday, July 17, 2010

cicak suka kat aku. tapi aku tak suka kat cicak. cicak bertepuk sebelah tangan

4 insan terpilih
aduhh..geli! geli! geliiii!!!! hurmm..mesti korang pelik tetiba sahaja aku cakap geli, geli geli..apa kejadahnya cakap camtu?? hoho

sebenarnya tadi tengah aku syok-syok mengonline, tengok-tengok blog, facebook, email, tetiba aje tup terasa ada something jatuh kat bahu aku.

then aku pun menoleh untuk melihat siapakah and apakah gerangannya..bila sahaja aku memusingkan kepala aku untuk melihat apakah itu, rupa-rupanya argggggggghhhhhhh...geli! geli! geli!

ia merupakan seekor makhluk yang dipanggil cicak..adoi..kena samak camni..hoho..apalah aku ni..cicak ni pun satu, banyak-banyak tempat nak landing kat bahu aku jugak dia berminat. mentang-mentanglah aku pakai baju warna merah malam ini..terasa hot pulak ke?? miahaha..


lagipun aku tak tahulah kenapa dengan aku ni. cicak suka sangat nak landing kat aku. kadang-kadang kat bahulah, kaki lah. yang paling worst kat kepala. eiii..giler ke hapa..dah la cicak-cicak kat sini besar-besar and gemuk..hitam pulak tu. kalau hitam itu menawan takpe.ini tak menawan langsung..haish!

lainlah kalau spiderman yang nak landing ke. boleh jugak aku mintak autograph.tapi kalau cicakman aku taknak lah.sebab kurus sangat. not my taste..haha..jahat betul aku ni kan..so, kepada cicak-cicak sekalian, AWAS! jangan lagi landing dekat aku ea. kat aku ni bukannya ada tanda pangkah ke ko nak landing. WATCH OUT LIZARD!!

Friday, July 16, 2010

air coca cola sebagai minuman tahan sakit di dalam bidang perubatan

1 insan terpilih
hari ini buat pertama kalinya aku memakai jubah ke kelas. jubah tu sebenarnya dah lama dibeli tapi tak pernah lagi aku pakai ke kelas.and kalau nak tahu kalau aku nak cari jubah, aku kena pakai jubah saiz kanak-kanak.tapi kanak-kanak saiz xl lah.. hoho. namapk comel gitu..huhu

pagi tadi ada kelas International Business. kitaorang ada presentation hari ini. group aku dapat tajuk tentang Pepsi Vs Coca Cola. and my group more specific in Coke.


Coca-Cola logo.svg

meh sini aku ceritakan serba sedikit tentang bagaimana terciptanya air coca cola tu. sebenarnya air coca cola ini telah wujud sejak tahun 1886..lama tuh. ia dicipta secara tak sengaja oleh Dr. John Pemberton, seorang ahli farmasi dari Atlanta. pada abad ke 19, seorang warga Amerika telah menekan paip air soda dan menambah air tersebut dengan air sirap. selepas itu digoncang-goncang dan akhirnya terciptalah coca cola. jeng jeng jeng...

john pemberton

ini adalah beberapa contoh produk yang dikeluarkan oleh coca cola.

Andina/Andina Light Apollinaris Aquarius Spring! Fluoridated
andina apollinaris aquarius spring


Delaware Punch diet Fanta/Fanta light/Fanta Zero/Fanta Free diet Nestea/Nestea light*
delaware punch diet fanta diet nestea

ok itu sajalah antara product yang dikeluarkan oleh syarikat coca cola. sebenarnya ada beribu lagi tapi cukup jela 6 contoh produk yang aku tunjukkan.

lagi satu, kalau korang nak tahu, coca cola ni kurang manis sikit daripada air pepsi. then, dalam bidang perubatan ada dikalangan doktor menyarankan pesakitnya minum coke untuk hilangkan rasa sakit. ibarat ubat penahan sakitlah.

dia juga ibarat ubat bius kalau kita minum. oleh itu kepada sesiapa yang ada senggugut try lah minum..hoho..tapi sebenranya terdapat satu kandungan dalam air coke ini yang akan buat kan kita berfikir dua kali sama ada nak minum atau tidak. kandungan yang dimaksudkan adalah terdapat bahan pencuci tandas dalam penghasilan air ini.

sebab itulah rasanya sangat sedappp...hoho..kalau tandas korang tak boleh dibersihkan dengan pencuci yang lain, korang try letak air coke kat tempat yang kotor then basuh, gerenti bersih..huhu

contoh-contoh iklan zaman dahulu dalam memperkenalkan air coca cola.


Sunday, July 11, 2010

motor yang boleh dinaiki 9 orang, ada yang kena duduk dalam baldi

3 insan terpilih
sekarang ini dekat pasaran dah banyak sangat jenis atau design kereta dikeluarkan. ada yang besar, kecik, pendek, panjang, tinggi, dan rendah. ada yang boleh duduk 5 orang, 2 0rang and 9 orang pon ada..itupun kalau mpv lah.huhu



tapi pernah tak korang tengok motor yang boleh dinaiki 9 orang? macam mpv gitu..hoho..mesti xpernah kan.kalau pernah pun just 4 orang aje kan..tapi korang jangan terkejut pulak, ada moto yang boleh naik sampai 7 orang atau lebih.


dia bukan calang-calang motor, bukan jugak motor roda tiga, atau motor berkuasa tinggi ke hapa..tapi ianya just motor capuk sahaja..hoho


comel giler budak yang dok dalam baldi tuh..huhu..siap joget-joget lagi..haha..yang kesian baby yang belakang sekali tuh..kalau silap lap maunye tertinggal kat belakang..hoho

* kredit to email from acik

Friday, July 9, 2010

dini's 4th giveaway

3 insan terpilih

malam ini nak join satu lagi kontest yang dianjurkan oleh blog Dini.
ini merupakan giveaway yang ke 4 dianjurkan oleh Dini.
ada 2 kategori yang di pertandingakn:

1: CABUTAN BERTUAH
2: REFERRAL TERBANYAK

hadiah yang disediakan pun agak lumayan.mencecah beratus-ratus juga nilainya..
jadi apa tunggu lagi.. jom pakat ramai-ramai kita join giveaway ini. jangan lupa  as ur referrer..ok!

untuk maklumat lanjut tentang syarat-syarat nya, boleh rujuk blog Dini.
tarikh tutup pada 8 ogos ini.
dengan itu saya mengetag nama di bawah untuk join giveaway ini.

2. iniaku
3. nini

semester akhir di uitm segamat, aku akan merinduinya

0 insan terpilih
hari ini tak ada apa yang aku nak tuliskan. sekarang pun aku tinggal sorang sahaja dalam bilik. sorang rumate aku balik. lagi sorang pergi bilik kawan dia. tinggallah aku keseorangan..hhoho.

hari ini ramai yang dah balik. baru mula semester baru dah nak bali.hmm..jelez betul. kalau tak aku pun nak balik, tapi aku bukanlah jenis yang suka balik rumah bila cuti brape hari aje. aku hanya akan balik rumah bila ada cuti panjang. itupun aku tak tahu bila. tapi maybe before ramadhan aku balik rumah la kot..

nanti kalau aku balik harini, mesti mak aku bising. sebabnya membazir duit aje balik rumah. pastu tido semalam, pastu dah kena balik segamat balik. tiket dari segamat ke klang kalau pergi balik dah dekat rm50..hmm

sebab itulah bila aku nak balik aku akan pikir banyak kali..hehe..lagipun semester ini merupakan last semester. maybe lepas ini aku dah tak berpeluang pergi segamat lagi. so apa salahnya aku menabur bakti di segamat sekarang..cewah..hoho

lepas ini mesti aku akan rindukan burger segamat, mcd segamat, billion, and yang penting uitm segamat..hoho..uitm di hatiku..hehe

ok lah, tak ada apa lagi yang aku nak ceritakan. ops terlupe..sekarang ini dah banyak assignment kena buat. biasalah last semester kan. so mesti lah nak kena score kan..hehe..jadi maybe aktvt berblog terpaksa di kurangkan..harap saya tak menghampakan peminat semua..hoho..ada peminat ke aku ni??hmm

ok lah..sayonara semua..wish me luck..!!

Thursday, July 8, 2010

suis bilik rosak sampaikan aku buat report 2 kali, menyebabkan aku tak dapat online selama seminggu

2 insan terpilih
hari ini dah 6 hari aku kat UITM Segamat. sangat bosan dan bosan. semester ini aku dapat bilik baru tapi wing yang aku duduk ni aku pernah duduk dulu masa aku semester 3 dengan 4. so dah biasa sikit lah dengan keadaan sekeliling dan toiletnya..huhu

nasib baik bilik aku kali ini mengadap blok depan. kalau mengadap hutan memang aku akan jumpa pakcik khinzir, wak monyet,dan macam-macam binatang lagi..hehe..macam zoo pulak..hoho

masa mula-mula memang bosan sebabnya suis bilik aku semuanya rosak. ada 8 suis dan semuanya rosak..korang bayangkan kalau aku ni memang dah giler nak online bila masuk-masuk aje suis semuanya rosak..korang bayangkan betapa bosannya aku..hisy. sebab tulah aku dah lama tak online..sorrylah ea kawan-kawan semua..hehe

nak gosok baju tak boleh, nak charge handphone tak boleh, nak bukak laptop tak boleh, korang bayangkan betapa tersiksanya aku.adoii..setiap kali nak gosok baju kena pergi bilik depan, bila nk caj hp kena pergi bilik kawan aku. tapi nasib baik dekat aje dengan bilik aku.

tapi bila masuk sahaja waktu malam memang bosan tahap gabanlah. cara nak hilangkan bosan tu hanyalah dengan pergi ke bilik kawan aku, lepak-lepak kat situ sampailah tengah malam..hoho. minta maaf tuan rumah..

dah lah jadual kelas aku sangat bosan. bayangkan kelas aku punya time tersangatlah bosan. hari isnin kelas pukul 4 sampai 6. hari selasa pukul 10 sampai 12, and kul 2 sampai 4. hari rabu pukul 2 sampai 4 aje. hari khamis and jumaat ada kelas pagi..hehe..hari aku hanya di penuhkan dengan tidur aje..hoho

lepas ini boleh lah kau update blog. itupun kalau aku ada idealah ye kawan-kawan.hhuhu. selamat berjuang kepada semua kawan-kawan yang belajar di uitm segamat  ea.chayok semua!! gambate!


Friday, July 2, 2010

lensa buruk, the contest

2 insan terpilih
ok..hari ini aku nak join satu lagi contest dari miss Ti anne..sebenarnya aku telah di tag oleh en boey untuk join contest ini, so aku pun joinlah sebab macam best aje kan..walaupun aku takda gambar yang cantik-cantik, tapi apa salahnya mencuba nasib kan..hehe..tajuk contest ini adalah Lensa Buruk; The Contest.


ok, syarat yang perlu dipatuhi boleh di baca di blog Ti Anne. tarikh tutup penyertaan pula adalah pada 1 ogos 2010, so ada masa sebulan lagi nak godek-godek gambar dalam fail picture tu..hehe

ok, gambar yang aku pertaruhkan dalam kontest ini takdalah cantik sangat pun. lagipun aku ni bukannya photographer yang ada camera nikon ke, DSLR ke..yang ada cuma kamera handphone yang kecik-kecik aje saiz pixel dia.hoho..so korang janganlah gelak tau..huhu



tajuk foto: TERBANG TINGGI MENGGAPAI 1MALAYSIA

model telephone bimbit: SONY ERICSSON K530i

slogan: SAYA SUKA BLOG LENSA BURUK KERANA BILA SAYA BUKA SAHAJA BLOG BELIAU, MINAT UNTUK MENGAMBIL GAMBAR ATAU BERGAMBAR TIMBUL DENGAN SENDIRINYA WALAUPUN SAYA SEORANG YANG TIDAK SUKA BERGAMBAR. (^^,) TQ

dengan itu saya tagkan contest ini kepada:


jadi apa tunggu lagi, jom kita pakat ramai-ramai join kontest ini..hadiah yang ditawarkan juga berbaloi-baloi iaitu rm30 akan dikreditkan ke akaun anda..hehe..wish me luck!

malam terakhir aku di rumah, lepas ini tak dapat jumpa my debab lagi

0 insan terpilih
malam ini merupakan malam terakhir aku bersama katil, bantal peluk, almari, cermin dan semua yang ada di rumah aku ini. sedih sangat-sangat,,huhu. esok pagi aku dah kena bertolak ke segamat. yelah, semester baru dah nak bermula.hmm

pastinya apa yang paling aku rindu adalah anak buah aku, ammar ziqry. yelah, selalunya aku dengan emak aku yang jaga dan layan dia kat rumah ini sementara mak dia pergi kerja. kadang-kadang aku tolak dia dalam stroller, pakaikan dia baju, main-main dengan dia..hmm i'm gonna miss him!!

lepas ini dah tak dapat aku main-main dengan dia. walaupun kadang-kadang dia buat aku geram, tapi aku suka layan dia..huhu..sedih nyerrr!!

kalau aku yang pakaikan dia baju, mesti aku letak
bedak banyak-banyak kat muka dia..hoho

ni kalau dia dah boring sebab aku tolak dia
naik stroller pusing-pusing dalam rumah aje..hehe

ini muka kalau aku tidokan dia,
memang payah betul nak tido dia ni..

ni muka kalau aku buat lawak kat dia,
tapi dia tak nak gelak..sadis betul..huhu

hmm, lepas ini dah tak dapat tengok muka dia tersenyum, menangis, menjerit..huhu..ok lah, tak mau sedih-sedih lagi.nanti time cuti dapat la jumpa..betul tak?? hehe

esok dah kena daftar, aduii malas betul lah..biasalah kan, kalau dah duduk rumah sebulan setengah pastu nak start belajar pulak mestilah rasa macam tak da mood aje. sem ini aku kena belajar betul-betul. bukanlah bermakna sebelum ni aku main-main, tapi disebabkan sem ni merupakan semester last aku dalam diploma, so aku kena buat yang terbaikk..ok

mungkin aktiviti aku berblog pun akan dikurangkan..tapi bila aku tengok jadual kelas aku, satu hari satu subjek, so memang syokk..hehe..yelah, aku ambil 4 subjek aje nanti..yeehaa!!

jadi, kepada semua, wish me luck and success in this last semester ok!

sudah setahun tak pergi sunway pyramid dan tengok wayang, cerita knight and day memang mantap dan kamu semua diharuskan tengok

0 insan terpilih
semalam aku keluar dengan membe aku pergi sunway pyramid..memang dah lama giler tak pergi situ..dekat setahun jugak...ops..tapi disebabkan aku bukan dating semalam so aku malas lah nak pergi jauh-jauh kat kl tu..hehe

sampai sahaja kat citu kitaorang pun makan and pergi tengok wayang. memang ramai giler lah..terutama kapel-kapel seantero dunia..huhu.jelez tengok diorang tengok wayang sama-sama..huhu. aku ni pulak dah dekat setahun tak tengok wayang..kesian kan kat aku ni..tak ada siapa yang sudi ajak..hoho

lepas tu, kitaorang pun berfikirlah nak tengok movie apa..cerita yang kitaorang nak tengok semuanya start lambat. tetiba aku telah membuat keputusan untuk tengok movie yang berjudul Knight & Day lakonan Tom Cruise dengan Cameron Diaz.

haritu ada tengok gazet dekat tv..rasa macam best pulak kan.dengan aksi yang dibuat sendiri..tapi wa nak cakap sama lu semua, movie tu memang mantap beb! thumbs up lah! huhu






so, kepada yang belum tengok movie ini lagi, baiklah korang pergi tengok cepat. movie ini kelakar, tapi penuh dengan aksi..huhu..aku bagi 4 bintang..hoho

tag and award

0 insan terpilih

hari ini aku dapat award dari syuq..hehe..best-best..tq syuq..hehe..

Rules
1. List 7 random things about yourself
a) tak suka makan sayur
b) pendiam
c) pemalu
d) sensitif
e) kuat makan tapi badan tetap maintain..jangan jelez
f) kuat nangis
g) tak matang..haha

2. Share the award up with the 15 other bloggers
emm banyak sangatlah..hehe..

3. Link to each of the recipients and let them know they've won via comments on their blogs
banyak sangatlah..so tak tahulah nak link siapa..hehe

4. Thank and bring the love back to the person you won the award by linking back to them
tak link kan so tak adalah..hoho

cherishLoveTogether: 1707 giveaway

0 insan terpilih

kali ini nak join satu lagi contest yang di anjurkan oleh cherishlovetogether. contest ini di anjurkan sempena birthday beliau pada 17 julai nanti.hehe..happy becoming bufday!!

so, disebabkan rezeki murah, jadi beliau anjurkanlah giveaway ini..untuk apa-apa pertanyaan berhubung syarat penyertaan giveaway ini, boleh lah rujuk di blog dia ok.

jadi apa tunggu lagi..jom pakat ramai-ramai kita join giveaway ini ok. hadiah yang akan kamu dapat adalah seperti gambar diatas, tapi corak dan fabrik yang digunakan mungkin berbeza.ok..gudluck semua!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA