~CEPAT KLIK LINK INI~

Monday, August 30, 2010

cabutan bertuah manjakusayang

1 insan terpilih

hepi belated bufday to aleeya! 
moga jadi anak yang solehah dan mendengar cakap ea adik..hehe
oklah, aku nak join contest dari blog manja ku sayang
contest diberi nama Cabutan Bertuah Manjakusayang
mintak-mintak kali ini bertuah lah ea..
tarikh tutup pada 30 september 2010..
sempat lagi ni nak join kepada readers yang belum join lagi tu ea..
kalau ada apa-apa pertanyaan bolehlah ke blog manjakusayang

I Love Myself Contest

0 insan terpilih

malam ini nak join lagi satu contest dari blog angelic shoppe 
yang diberi nama I love Myself Contest
contest akan berakhir pada 15sept 2010


aku suka gambar ini sebab aku bergambar dengan kamera pertama aku..hehe..
warna pink lagi tau..agak-agak comel tak?? hoho jangan nak perasan la cla hehe..
gambar di ambil di dalam hostel..agak bersepah..mintak maap ea..hehe

i love myself sebab badan jarang buat ragam..badan aku boleh terima apa sahaja makanan..
melantak la apa yang kau nak, sebab kau mesti tak gemuk-gemuk punya..hoho
sebab tu slim aje macam dalam picture tu..hehe

dengan itu saya mengetag suzie, syuhada, funky rock..
mintak-mintak diaorang sudi join lepas dah mengetag ni..hehe
kepada sesiapa yang belum join and nak join boleh lah ke blog angelic shoppe.


Sunday, August 29, 2010

jom join contest shawlsphere!!! :D

2 insan terpilih

hari ini aku nak join lagi satu contest yang diberi nama
contest ini dianjurkan oleh blog Shawlsphere
ia akan berakhir pada 5 september 2010..so cepat!!cepat!! cepat!!

emm, aku memang seorang insan yang suka memakai tudung bawal dan shawl..
sebabnya ia sangat senang di pakai di mana jua anda berada.
memandangkan aku ini seorang student jadi penggayaan yang betul amat important okay..hehe

kalau tudung bawal aku suka yang jenis georgette aka jojet..
dulu aku tak suka sangat tudung jojet sebab aku ingatkan susah nak dibentuk, 
tapi ada satu hari tu aku saja-saja beli kat pasar tudung jojet warna putih,
 tetiba berkenaan pulak sebab senang digayakan 
sampaikan aku dah influence akak aku untuk pakai tudung bawal jenis jojet jugak..hehe

kalau shawl pulak aku suka material yang tak terlalu licin sebab nanti susah nak bentuk.
first shawl yang aku beli warna hitam kosong yang material dia georgette jugak.
tapi lama kelamaan aku dah pandai sikit pakai shawl yang jenis bercorak-corak.
 ini semua berkat pembelajaran dari internet..hehe

lagi satu aku suka shawl yang jenis pashmina sebab corak dan warna nya sangat menyerlah..
dan first time aku pakai pashmina ramai membe-membe dah puji..hehe malu!


yang ini first tudung bawal jenis jojet yang aku beli


yang ini pulak first shawl yang aku beli


yang ini shawl bercorak pertama aku beli 
dan yang paling aku suka


itu sahajalah cerita saya hari ini..hehe..kepada readers 
yang belum join contest ini baik cepat join sebelum terlambat..hehe 
untuk sebarang pertanyaan boleh berkunjung ke blog Shawlsphere..

Saturday, August 28, 2010

4 keping pizza, 1 pinggan spaggeti, petik jari terus habis

0 insan terpilih
hari tu aku dengan membe pergi berbuka puasa dekat luar. sebenarnya tak rancang pun nak pergi. kitaorang cuma cakap-cakap dalam kelas nak pergi makan piza sebab piza ada set berbuka puasa. tiba-tiba membe tu cakap jom, aku pun apalagi suruhlah dia pergi kol tuan kereta sewa..hehe.

nasib baiklah kitaorang samapi pizza awal, kalau tak memang tak da tempatlah. mula-mula reserve dulu tempat and order mam sebab aku nak pergi bank islam kejap. lepas dah setel hal dekat bank islam kami pun berkereta ke pizza hut..hehe

walaupun pergi 2 orang sahaja, tapi makanan nya macam 4 orang. siap tambah spaggetti tempura dengan lasagna lagi. pizza nya ada dua. memang dasyat lah kitaorang..hoho..tapi kawan aku tu tak habis makan. yang aku pulak berjaya makan 4 keping pizza dengan 1 pinggan spagetti..huhu


nyum..nyum..


muka khusyuk nak memintal spagetti


makan jangan tak makan

nampak sahaja kurus and kecik tapi kuat makan. kawan aku tu tengok ajelah aku makan sebab dia baru makan 2 keping dah tak larat..huhu..yang selebihnya tu dia bungkus..

lepas habis makan, kitaorang pergi pulak beli kfc, beli burger segamat dan 3 sikat pisang..haha..tapi semua tu bukan untuk aku okay..kawan-kawan aku yang kirim suruh belikan..hehe..kalau aku yang makan semua tu giler arr..memang esok aku tak bangun-bangun dah..huhu

ok lah, kepada sesiapa yang berpuasa, kalau berbuka tu berpada-pada lah ea..jangan tamak sangat sampaikan semua makanan nak sapu..hehe..rilek ar ea..setiap hari ada makanan..bukannya esok tak da makanan dah..agak-agak hari ini nak makan banyak lepas tu esok nak diet tak pe jugak..tapi kalau korang semua macam aku, makan banyak mana pun tak gemuk-gemuk itu lain cerita ok..

Friday, August 27, 2010

ramadhan raya GA

2 insan terpilih

salam semua..aku nak join satu contest Ramadhan Raya GA dari blog mynameika.
due date giveaway ini sampai 10 september 2010
hadiahnya tak boleh di umumkan sekarang sebab ini rahsia sulit tuan punya blog..hehe
jadi tunggu apa lagi..jom ajak kawan-kawan, membe, sahabat, 
dan friend join giveaway ini sebelum terlambat!

wardahwardrobe:1st giveaway

2 insan terpilih

salam ramadhan..kali ini aku nak join Wardah Wardrobe:1st Giveaway
saya nak menang blouse dari wardahwardrobe kerana saya sangat suka pakai blouse yang comel, cantik dan bersesuaian dengan diri saya.
giveaway ini akan berakhir pada 31 ogos. cpat join..
tinggal lagi beberapa hari saja lagi ni..hehe..
jom pakat ramai-ramai join giveaway

  1. dah jadi follower: name 
  2. tag: aya idaya, eirani, aiza

my birthday special giveaway

0 insan terpilih

salam semua..another contest yang aku 
nak enter adalah My Birthday Special Giveaway 
dari blog My Lovely Ribbons N Laces.
giveaway ini akan berakhir pada 2 september 2010.
giveaway ini diadakan sempena birthday akak ini pada bulan ogos. 
semoga akak dimurahkan rezeki dan sihat selalu ea..
jadi kepada semua jom join giveaway ini..

a welcome giveaway

1 insan terpilih

hye..to all readers..salam ramadhan..hari ini nak masuk 
contest dari MyBotang Shoppe
giveaway ini akan berlangsung sehingga 5 september 2010.
hadiah yang akan diberi adalah salah satu dari
puchi-pouch seperti di dalam gambar di atas.
jadi, jom pakat ramai-ramai join contest dari MyBotang Shoppe.

Wednesday, August 25, 2010

kedudukan terkini universiti di Malaysia: UiTM di tangga ke 6

1 insan terpilih
sebelum ini aku ada buat entry pasal kedudukan university di dunia kan. kali ini aku nak buat entry pasal kedudukan universiti terbaik di Malaysia pulak..hehe

seperti yang kita tahu, di MALAYSIA ada banyak universiti yang bagus-bagus dan tertua seperti UM, USM, UiTM, dan banyak lagi. setiap universiti menghasilkan graduan yang berjaya dan berguna. tapi, adakah prestasi universiti itu akan mempengaruhi prestasi pelajar juga?? itu kena tanya diri masing-masing..

macam aku, aku sangat berbangga menjadi pelajar UiTM kerana seperti yang kita tahu UiTM sentiasa melahirkan graduan yang berjaya setiap tahun walaupun universiti ini khas untuk Bumiputra sahaja. oleh itu, adik-adik yang baru lepas SPM itu jomlah masuk UiTM. hehe..promote kejap..

jomlah kita tengok universiti apa yang berada di tangga pertama dalam kedudukan universiti terbaik di MAKAYSIA.



source: mr.google

nampaknya UiTM berada di tangga ke 6 berbanding UKM yang berada di tangga ke 7. saya sangat berbangga menjadi pelajar UiTM. hehe..UiTM di Hatiku!!

senarai kedudukan universiti terbaik di dunia: Singapore di tangga ke 77

0 insan terpilih
senarai terbaru kedudukan university di serata dunia telah keluar. nampaknya university di malaysia masih lagi tidak tersenarai.tidak apalah.yang penting universiti di malaysia menghasilkan graduan yang berjaya dan berguna..betul tak?

okaylah, gambar dibawah merupakan senarai kedudukan university di dunia. nampaknya universiti-universiti di AMERIKA telah mendominasi senarai kedudukan ini. adakah ini akan mempengaruhi pelajar-pelajar untuk belajar di situ? emm kalau nak belajar di university yang bagus kenalah belajar pandai-pandai dulu ea adik-adik.hehe

sources: mr google


macam mana kita nak bagi universiti di Malaysia tersenarai dalam kedudukan universiti yang terbagus ini ea? nampaknya kita kena buat reserach and development (R&D) dulu baru kita tahu apa rahsia yang diorang pakai..hehe..

tapi, seperti yang kita tahu, universiti di AMERIKA semuanya universiti tertua, jadi rahsia dan tips-tips yang mereka pakai semuanya dari keterunan dulu-dulu. tapi kita patut berbangga kerana universiti di negara jiran iaitu di SINGAPURA berada di kedudukan 77 di antara beribu universiti di dunia..bangga tak? hehe..



oleh itu, sama-samalah kita majukan university di negara kita supaya tersenarai dalam kedudukan university yang terbagus dan terbaik di dunia..

Sunday, August 22, 2010

binatang pun puasa jugak

2 insan terpilih
sekarang dah masuk hari ke 12 kita berpuasa. macam mana puasa korang semua? berjalan lancar tak? korang pergi terawih tak ni? jangan ponteng-ponteng tau.hehe. agak-agak berat dah makin naik ke makin turun ni? kalau aku, rasa macam makin turun..hehe..

masa bulan puasa ini, bukan manusia sahaja yang berpuasa tau. binatang-binatang pun puasa jugak. menghormati orang lah katakan..hehe. kalau tak percaya tengok gambar bawah ni..


bila abg zoo nak campak daging ni


anak bulan tak nampak lagi la..hurm


dah hujung dahan aku panjat ni..huhu


jangan kacau saya nk berzikir ea


sampai terlelap aku..maklumlah tak sahur


syok jugak tempat ni nk membuta


sahur tadi minum susu je


tempat kesukaan nk tidur


bersantai habis..18sxxx


mana ikan ni..dia pun puasa jugak ke


aduh..tak larat nk angkat badan apatah lagi ekor..

sources: email dr acik

Monday, August 16, 2010

sukar membuat pilihan untuk masuk ijazah sarjana muda

2 insan terpilih
permohonan untuk kemasukan ke ijazah sarjana muda sudah di buka. macam-macam tengah aku fikirkan sekarang. bukan sekarang baru aku fikirkan, tapi dah berbulan-bulan aku fikir. aku masih lagi was-was dengan pilihan aku. apa yang aku nak ambil untuk degree nanti.? boleh ke aku bawak course itu nanti.? aduh...

ada empat pilihan yang perlu di buat. apa yang aku nak pilih ek? tapi yang pasti human resource pasti dalam senarai aku.hehe..lagi 3 pilihan aku tak tahu lagi. aku risau kalau-kalau pilihan yang aku buat itu nanti akan membuatkan aku tercampak lebih jauh dari rumah aku..hehe

dah tak sanggup rasanya untuk berjauhan dengan rumah. bukan apa, bila jauh dari rumah kos pengangkutan akan meningkat. kesian pulak dekat makcik aku nanti yang akan hantar dan ambil aku. cukup lah aku dah jauh dekat segamat ini.

kalau boleh aku nak dapat kat shah alam sebab dekat dengan rumah aku. so senanglah sedikit. boleh ulang alik dari rumah.hehe. bukan sebab aku nak sangat dapat shah alam sebab shah alam itu bagus, tapi aku nak dekat dengan rumah, so tak payah la aku naik bas sampai 4 jam baru sampai rumah.sakit pinggang aku ini..huhu

tapi setelah aku bertanya kepada penasihat akademik aku tentang masalah ini, akhirnya aku dah tahu apa yang inginkan. aku harap course yang aku pilih and dapat nanti akan memberi sinar harapan kepada aku..hehe. aku rasa aku nak ambil course human resource, marketing dan finance. mana antara yang dipilih itu akan terkena kita tunggu dan lihat sahaja..hehe..adioss.

Saturday, August 14, 2010

demam mengejut

0 insan terpilih
sudah lama rasanya aku tak mengupdate blog ini. sorrylah ea. aku kurang sihat sejak akhir-akhir ini. tiba-tiba sahaja aku demam. aku pun tak tahu apa sebabnya. nak kata aku kena hujan tak kena pun. kena panas terik pun biasalah. takdalah sampai demam pun. paling teruk pun aku akan pening kepala.

aku start demam masa hari rabu lepas. hari itu aku cuti sebab start puasa. so, aku bangun awal pagi untuk siapkan assignment. agak lama jugaklah aku mengadap depan laptop. lepas itu, tiba-tiba kepala aku jadi berat then macam nak pening.

lepas aku tutup laptop aku pergi baring dekat katil, tiba-tiba badan aku terasa sejuk sangat. sampaikan aku berselubung. gila apa kan tengah-tengahari berselubung. bila aku bangun tidur badan aku dah terasa panas giler. sampai sekarang pun aku kurang sihat. nasib baiklah aku dapat kawan yang memahami dan mengambil berat.

diorang siap marah and paksa aku pergi klinik. aku ini dah la malas nak pergi klinik. tapi bila diorang dah suruh aku pergi jela.huhu. lepas dah makan ubat yang doktor bagi, aku rasa macam dah ok sedikit. cuma kadang-kadang kepala aku ini terasa berat semacam.

oklah, mintak-mintak aku akan sihat sepenuhnya nanti. so, bolehlah aku menjalani ibadah puasa macam biasa.hehe. minta-minta aku dijauhkan dari penyakit yang merbahaya. amin.

Tuesday, August 10, 2010

selesai bertarawih, tidak sangka masjid penuh

1 insan terpilih

assalamualaikum. salam satu malaysia. sebelum itu aku hendak mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak pada esok hari. tak sangka aku dah nak puasa dah. begitu cepat masa berlalu.
tahun ini aku puasa di uitm segamat sahaja. mungkin tidak balik rumah untuk menyambut puasa buat masa ini kerana sibuk dengan tugasan yang diberi.semestinya aku akan sangat rindu dengan suasana berbuka bersama keluarga. 

tadi aku baru sahaj selesai bertarawih buat pertama kalinya pada tahun ini. alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk menunaikannya. tadi memang penuh jugaklah masjid di uitm kami, sampaikan ada diantara mereka terpaksa bersembahyang di koridor. 


apa yang aku harapkan pada ramadhan kali ini adalah supaya aku berpeluang untuk puasa penuh (biasalah perempuan mesti ada cutinya kan.) selain itu, aku berharap aku dapat mengutip segala pahala di bulan mulia ini dan dipermudahkan oleh Nya untuk menunaikan ibadah puasa.


oleh itu, aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua blogger yang ada. semoga hari anda akan diberkati Allah dan rebutlah peluang ini untuk mengutip dan melakukan segala amal yang ada. mana tahu, mungkin ini adalah Ramadhan kita yang terakhir. wallahualam.


perangai konduktor dan pemandu bas yang agak kurang moral

0 insan terpilih
siapa dekat sini pernah naik bas ekspress? mestilah ramai kan. hehe. pernah tak korang semua mengalami atau mendapat pemandu bas atau konduktor bas yang kurang moral? kurang moral dekat sini bermaksud cakap kasar dengan penumpang.

aku pun pernah mengalami benda yang sama disebabkan aku ini selalu jugak lah naik bas ekspres. macam-macam ragam aku tengok. ada yang baik, ada yang jahat, ada yang sederhana..kalau dapat orang yang baik, memang senang lah nak berurusan. tapi kalau dapat yang kurang moral tu, alamatnya ngumpatan lah yang dia dapat..haha

hari itu masa aku tengah menunggu bas dekat bus stand, adalah seorang penumpang ini tanya dekat konduktor bas tentang bas dia yang tiba lewat. lepas itu, konduktor bas tu boleh pulak marah-marah. dah lah bas tiba lewat dari yang di jadualkan, lepas tu nak marah-marah penumpang pulak. macam ni ke orang malaysia? hisy

lagi satu kes masa dalam bas. masa itu bas tu nak berhenti untuk memberi peluang dekat penumpang membuang air. masa tu pemandu bas bagi arahan dekat depan. jadi adalah makcik ini yang duduk belakang sekali tanya boleh tak nak pergi bilik air kejap. lepas tu driver bas ni marah-marah pulak. patutnya jawab lah elok-elok. tak payah lah nak marah-marah depan penumpang lain.mungkin makcik tu tak dengar ke apa. hisy

patutnya pemandu bas atau konduktor bas ini kenalah berlemah lembut sedikit dengan penumpang. nanti kalau bersikap kasar, dan penumpang pulak dah naik menyampah, nanti macam mana nak dapat banyak penumpang naik bas dia. nanti jangan terkejut pulak kalau suatu hari nanti bas itu kosong tidak ada penumpang. lepas itu barulah sibuk-sibuk nak buat promotion lah apalah.

memanglah mereka penat, tapi kenalah professional. kalau tak tahan kerja tu dan nak marah-marah sahaja, lebih baik jangan jadi pemandu bas atau konduktor bas. daripada bagi reputasi buruk dekat syarikat bas, lebih baik cari kerja lain. ada paham?

oleh itu, kepada pemandu bas atau pemandu yang lain, silalah hormat penumpang lain sekiranya kamu mahukan penumpang itu hormat kamu balik. jika masing-masing hormat-menghormati, maka hidup akan lebih harmoni.

Sunday, August 8, 2010

menziarahi kubur rutin kami sekeluarga sebelum menyambut ramadhan

1 insan terpilih
tengahari tadi aku, emak dan abang kedua aku pergi menziarahi kubur arwah abah, wan, dan atuk. sudah menjadi rutin kami sekeluarga untuk menziarahi kubur sebelum menjelang ramadhan dan semasa menyambut hari raya.

nasib baik lah aku balik rumah masa hari jumaat hari itu. jadi, dapat jugaklah aku pergi menziarahi kubur. sebab tahun lepas aku tak dapat ziarah atas sebab-sebab tertentu. jadi bila emak cakap nak pergi kubur hari ini aku okay sahaja, lagipun isnin aku sudah kena balik segamat.

sebelum pergi ke kubur, aku di arahkan oleh emak untuk meracik daun pandan. dah la banyak sampai dua tandan. yang raciknya aku sorang sahaja, so lambatlah sedikit kerja tu nak siap.hehe. lagipun anak buah aku asyik kacau aje, macam mana kerja nak siap.hehe

selepas setengah jam meracik akhirnya kerja itu di sambung oleh emak aku sebab aku kena pergi bersiap-siap.hehe. lepas sudah siap semua kerja dan abang aku sudah pun sampai ke rumah, kami pun bergerak ke kubur yang mengambil masa hanya 10 minit sahaja.

banyak juga perubahan yang aku lihat dekat kawasan perkuburan itu. contohnya kawasan masuk sudah di simen, jadi senanglah orang nak parking motor, dan takdalah lecak lagi. bagus-bagus.

sampai sahaja dekat kubur arwah abah aku, abang mula menebas pokok yang sudah mula tumbuh dengan lebat di atas pusara. sungguh bersemangat dia setelah mendapat parang yang sudah di asah siap-siap dekat rumah.hehe. mentang-mentanglah tajam, laju sahaja dia menebas.

kerja aku pulak adalah mengelap batu nesan, dan dinding-dinding kubur dengan kain buruk. banyak pasir-pasir dah melekat, jadi bila dibersihkan jadi putih baliklah. huhu..emak aku pulak pergi baca doa dekat pusara arwah wan aku yang berdekatan situ juga.

terasa aman sahaja ketika aku melakukan kerja aku. sayu, sunyi, dan tenang sekali. setelah siap semua kerja, aku pun menadahkan doa di pusara arwah wan, abah, dan atuk. masa bacakan doa dekat pusara arwah abah, aku terasa hendak nangis, tapi aku tahan sahaja. aku tak tahu kenapa aku rasa sedih tersangat. walaupun arwah abah sudah meninggalkan aku selama 11 tahun tapi aku masih lagi bersedih. hmm

setelah itu aku menyiram air ke pusara abah. emak dan abang sudah pergi ke kubur atuk tingallah aku seorang diri menadah doa untuk kesejahteraan abah 'di sana'. setelah selesai aku berganjak pula ke kubur arwah atuk, aku turut membersihkan batu nesan dan kawasan sekelilingnya. abang aku pula menebas dahan yang mula tumbuh di pusara.

setelah  emak dan  abang pergi membasuh tangan di paip yang disediakan, aku mula menadah doa. saat itu pelbagai perasaan menyelubungi. tidak dapat lagi aku membendung perasaan sedih. terasa setitis air mata mula tumpah ke pipi. tapi aku cuba kuatkan semangat untuk tidak nampak lemah di mata mereka berdua. setelah selesai semuanya kami pun mula beredar dari kawasan perkuburan.

bagi mereka yang masih punya bapa, nenek dan atuk, sayangilah mereka semua. kerana suatu hari nanti mereka pasti meninggalkan kita semua. saat itu tiada apa yang boleh kembalikan mereka walaupun air mata darah sekali pun. hargailah mereka semua sehingga anda berasa puas, kerana aku tidak mendapat kepuasan dan kasih sayang dari abah, wan dan atuk sedari aku kecil kerana aku telah kehilangan mereka.

lucky draw: miss zahidah mom's birthday

0 insan terpilih
lucky draw dari miss zahidah ini adalah sempena hari jadi ibunya pada 14 ogos nanti. kepada Puan Hajah ( ibu kepada miss zahidah) selamat hari lahir saya ucapkan. semoga panjang umur, dijauhkan segala penyakit, diberi kudrat yang kuat untuk meneruskan kehidupan pada setiap hari yang mendatang. amin..may God bless you all!

kerm's craft : my 1st giveaway

2 insan terpilih

aku join lagi satu kontest hari ini. aku pun tak tahu ini contest yang ke berapa aku join. hehe.. kali ini nak join contest dari kerm's craft.. hadiah yang ditawarkan pun sangat comel! i like! hope i will be the lucky person..hehe

nur_eimi lucky draw

0 insan terpilih

hari ini nak join lagi satu kontest dari nur_eimi. hope aku akan menjadi insan yang bertuah untuk mendapat senaskhah buku resipi dari chef wan. so bila raya nanti bolehlah aku masak sedap-sedap..hehe.. wish me luck ok!

perfume a holic contest

1 insan terpilih

aku join lagi satu kontest dari blog ikram. contest ini di beri nama Perfume A Holic.

slogan: PERFUME SENTIASA MEWANGIKAN SAYA

itu sahaj dari saya. terima kasih..hehe..ops terlupa. jika ada sebarang kemusykilan silalah berkunjung ke blog ikram.

expresion giveaway!

0 insan terpilih

hehe.. kali ini nak join giveaway dari ain dari blog expresion de higado.. cuma simple sahaja syarat yang diberikan. hope i will be luck today. aminn. for more information go to expresion de higado blog. ok!

aisy studio: 1st giveaway

1 insan terpilih

assalamualaikum. hari ini aku nak masuk giveaway lagi datangnya dari blog aisy studio. ada beberapa komen ringkas daripada aku terhadap blog aisy studio ini. hehe.

1. masa 1st aku bukak blog aisy studio aku dah tertarik dengan warnanya yang lembut. i like! hehe
2. lepas itu aku tengok dia punya header dah sangat kreatif. cuma kalau di kreatifkan lagi mesti gempak punya
3. then bila aku scroll ke bawah, aku tengok susunan dalam blog aisy studio agak kemas dan senang di baca
4. bila aku scroll lagi ke bawah, aku dapati blog dia simple. tak banyak gambar sangat. and tak banyak widget sangat. itu yang aku suka! hehe
5. tapi kalau ada banyak gambar tentang item yang dijual mungkin lebih menarik dan memudahkan pembaca untuk menilai
6. then, kalau berwarna-warni sikit tapi jangan terlalu sarat mungkin lagi menarik untuk dibaca.
7. yang lain semua ok! i like! hehe

ok, itu sahaja pandangan daripada saya tentang blog aisy studio. dengan itu saya mengetag zara untuk join giveaway ini. wish me luck ok!

pink craft giveaway.

0 insan terpilih

today i would like to enter one giveaway from craft merah jambu by pink.craft. so, for more information you guys can go to pink craft blog. wish me luck.

Saturday, August 7, 2010

spam oh spam

0 insan terpilih
aku geram betullah dengan spam ni. cuba korang semua tengok dekat aku punye chat box tu. bukan main banyak lagi link dari ntah sape-sape. dulu tidak ada pun jadi macam ini. tapi sejak akhir-akhir ini asyik ada aje yang letak link pelik-pelik.

kalau nak buang chat box tu nanti, macam mana blogger lain nak tinggalkan jejak. nanti takda siapa lah yang sudi datang blog aku ni. hoho. aku pun tak tahu nak buat macam mana lagi. nak biarkan aje atau nak betulkan setting tu. tapi memandangkan aku ni buta it, so aku pun tak tahulah macam mana nak betulkan setting nya tu.

oleh itu, aku akan membiarkan sahaja spam itu. jadi, kepada sesiapa yang sudi tolong aku, tolong-tolongkanlah..hehe..adios

award dari cik yana

0 insan terpilih

1. ucapkan terima kasih kepada orang yang sudi tag dan jangan lupa link kan sekali.

terima kasih kepada cik yana kerana sudi memberi award kepada saya. saya sangat terharu. lain kali bagilah lagi award kepada saya..ahahhaha

2. tagkan 15 blogger yang anda rasa layak untuk mendapat award ini

banyak sangatlah 15 blogger..hehe. saya bagi kepada semua blogger yang datang ke blog saya lah. kalau korang nak tambah koleksi award korang, korang ambil la award kat atas tu ea. hehe.
jangan malu-malu.

3. kena beritahu kat orang yang di tag kat chatbox mereka

sudah beritahu secara official lagi kat blog ni. hoho

4. nyatakan 7 perkara tentang diri sendiri

* sangat pemalu
* pendiam
* kuat makan, tapi tak gemuk-gemuk
* sangat rendah aka comel..haha
* masih belajar
* lahir bulan 10
* seorang perempuan..hehe

sudah setel!!

Thursday, August 5, 2010

aktiviti berblogging terpaksa di hentikan

2 insan terpilih
hari ini cuma nak tulis simple entry sahaja. lagipun sekarang ni dah nak busy. banyak sangat assignment, test and projek yang kena buat. semua nya datang serentak and nak kena hantar pun dalam masa yang terdekat. adoiii poning den.

jadi, cuma nak bagitahu mungkin dalam masa yang terdekat ni tak dapat nak update new entry. kalau ada masa baru aku update ok. nak masuk contest pun macam takda masa. so aku hold dulu lah kejap demi menumpukan pada pelajaran.

insyaallah kalau ada masa and cerita best baru aku update. aku risau jugak takut nanti dah tak ada orang langsung nak baca blog aku ini. tapi nak buat macam mana. aku ada komitmen pada pelajaran, itu yang lebih penting. so wish me luck ok.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA