~CEPAT KLIK LINK INI~

Wednesday, September 14, 2011

ponteng kelas sebab pergi trip ke Bukit Merah, Perak dan Pulau Pinang

assalamualaikum..

sekarang ini dah masuk 4 hari aku berada di araustralia, perthlis aka arau, perlis setelah 4 bulan bercuti panjang. cuaca kat sini kurang okay sebab hujan memanjang, bukannya nak turun salji pun kan. aku pasti semua orang pun ada tengok berita tv3 pasal kangar, perlis banjir lagi sekali kan.

macam manalah tak banjir, hujan dua hari tak henti-henti. risau gak aku sebab takut nanti kitaorang di arahkan pulang ke rumah. memang best sebab dapat balik rumah tapi bagi aku yang rumahnya jauh nun di malaysia macam manalah nak balik..hehe..konon belajar dekat oversea lah tuh..

aku ingatkan kelas kitaorang start hari isnin lepas, punyalah semangat dah gosok baju kurung berhelai-helai, kunci jam nak bangun awal. excited lah katakan. kelas start kul 10 pagi, so aku set jam kul 8.30 pagi. bila bangun dah pukul 9 pagi kelam kabut aku bangun pergi mandi. 

keluar je bilik terserempak dengan rumate cakap kelas tak ada hari ini sampai hari selasa. aku yang semangat tak tidur balik bila dapat tahu, tapi terus pergi mandi. hehe..excited punya pasal kan. bila tak ada kelas, panas pulak bukan main. hujan terus berhenti, padahal dalam facebook MPP meramalkan seminggu ini hujan. tapi nama pun ramalkan, bukan betul pun. huhu

so, dalam seminggu ini mesti tak ada lecturer nak masuk kelas. kitaorang apa lagi, merancanglah trip ke negeri lain. contoh pergi eropah ke milan ke. haha bajet belajar oversea lagi aku nihh..kitaorang siap buat meeting kat rumah membe sorang ini bincang pasal trip. bersungguh betul kan.

akhirnya dah di tetapkan hari rabu ini sampai jumaat pagi kitaorang akan ber holiday ke Bukit Merah, Perak dan bersiar-siar di Pulau Pinang. huwawa..syokknyerr! tapi kitaorang pergi perempuan-perempuan jer. tak ajak pun budak laki. wat spoil jer. yelah kitaorang pergi Bukit Merah sebab nak main waterpark. hehe

so, hari rabu ini kelas dah start, kita tengoklah siapa jer yang datang kelas. sebabnya esok yang pergi trip adalah dalam 14 orang. lagipun ramai lagi yang tak balik. huhu. so, harapan kitaorang, semoga perjalanan kami lancar dan tiada masalah yang berlaku. aminn..aku pun dah bagitahu emak pasal trip ini, pastu kena leter mentang-mentang duit ptptn dah masuk bukan main nak berjalan. hehe..

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA