~CEPAT KLIK LINK INI~

Monday, January 30, 2012

gambar artis sekitar karpet biru AJL 26

0 insan terpilih

pemenang


sharnaaz & shila amzah


aleya & aidid marcello


monoloque & atilia


amanda imani


neelofa


erul af


dafi & marsha



yuna


ayu oiam


nurfathia


sari yanti


rizal



shahrul nizam & isteri

* sumber tv3

komen ANUGERAH JUARA LAGU 26 (AJL)-slow tapi puas hati

2 insan terpilih
assalamualaikum


baru lepas menonton Anugerah Juara Lagu, terus berlari-lari ke meja untuk membuka laptop semata-mata mahu mengupdate blog mengenai AJL 26 kali ini..hehe..aku rasa aku ni dah mengalahkan reporter sekalian alam..bersemangat betul..hehe..nampaknya ramalan aku mengenai juara pada malam ini memang menepati iaitu Hafiz dengan lagunya Awan Nano ciptaan M.Nasir dan Budi Hikayat.

entry ini nak komen mengenai AJL 26 lah off course kan. ada a few things yang aku rasa okay and few things yang for me quite not okay actually..ohh lupa nak bagitahu. tema malam itu adalah Air..tapi aku pelik, sebab tema ini macam tak menjadi jer..tak ada apa pun yang menarik melainkan ada air yang turun seperti hujan pada persembahan pembukaan ajer..huhu

first thing first, persembahan pembukaan oleh 3 lagenda negara iaitu Jamal Abdillah, Awie dan Sheila Majid memang sangat mantap dan memukau. suara yang masih lagi power dengan lagu yang popular yang pernah di nyanyikan oleh mereka dahulu. bab pembukaan aku rasa puas hati.

then, bab pengacara iaitu Cheryl Samad dan Faizal Ismail. diorang ni memang tak diakui lagi kehebatan dalam bidang pengacaraan. tanpa skrip dan tergagap-gagap..aku memang tabik sangat..tak terlalu formal dan tak terlalu santai. kira diorang ini bijak mengawal keadaan lahh..bab pengacara aku puas hati jugak..thums up!

sekarang tiba masa untuk komen persembahan finalis pada malam ini. kita mulakan dengan persembahan finalis yang bagi aku okay dan mantap. yang pertama dari kumpulan Projek Pistol (wanita seluruh dunia) sebagai finalis pertama. suara yang power dan hebat. persembahan dari Yuna (penakut & gadis semasa), Faizal Tahir (karma), Aizat (sungai lui) bagi aku best dan memuaskan..dengan gimik yang menjadi dan mereka telah memberikan persembahan yang sangat memukau seperti yang telah di jangkakan.

3 Suara (beribu sesalan), Jac (sedetik lebih), Alyah (kisah hati)..ketiga-tiga lagu ini telah dipersembahkan dengan cukup sempurna oleh artis yang mempunyai suara yang tiada tandingannya..vokal yang giler-giler hebat menyebabkan semua penonton terpaku dan terpana mendengar vokal mereka. tanpa menggunakan banyak props dan penari malah hanya menggunakan vokal mereka sebagai daya penarik. sebab itulah Alyah telah berjaya mendapat anugerah persembahan terbaik. tetapi yang aku peliknya, apa fungsi lelaki (badut) yang muncul di awal persembahan tu..? aku rasa tak patut pon ada..tapi yang bestnya bila Remy Ishak muncul di akhir persembahan..memang mendapat sorakann..! huhu


Najwa Latif (cinta muka buku), Monologue & Atilia (kanda adinda), Suhaimi Mior Hasan, Altimet & Ana Raffali (kalau berpacaran), pula bagi aku persembahan mereka sangat hambar dan bosan. mungkin bagi Najwa Latif, ini merupakan pertandingan berprestij pertama yang beliau masuk.lagipon beliau baru setahun jagung dalam industri ini. jadi, perkara ini sudah dapat di jangkakan. malah pemilihan beliau sebagai finalis malam ini pon ramai yang pertikaikan. so, its okaylah kan. gimik dan props yang di gunakan pon aku rasa sangat tak sesuai dengan ada dua pelakon yang tak menjadi masa persembahan Najwa.


manakala lagu kanda dinda dan kalau berpacaran pula bagi aku sangat bosan. persembahan yang di berikan juga agak tak best. lemah jer aku tengok. tak ada daya penarik. tak ada klimaks dalam persembahan. membuatkan penonton pon malas-malas jer nak tengok. mungkin finalis-finalis ini hanya sekadar ingin enjoy tanpa ada niat yang satu iaitu fokus untuk menjadi Juara.

seterusnya, Hafiz (awan nano) seperti yang telah aku ramalkan sebelum ini, memang layak menjadi Juara AJL 26. malah Hafiz juga telah terpilih sebagai pemenang bagi kategori Vokal Terbaik buat kali kedua berturut-turut. Hafiz yang muncul dengan hanya memakai t-shirt dan berseluar track memang sangat santai. tak perlu risau langsung mengenai baju yang ingin di pakai. mungkin itu merupakan baju beliau sendiri..uhuhu..aku tahu, kalau suara kita dah hebat, pakai seburuk mana pon tetap nampak hebat persembahan kita bukan.!


penonton pula bagi aku sangat sporting sekali bila menyanyi bersama-sama lagu Allahyarham Sudirman yang di persembahkan oleh 3 artis yang mempunyai vokal yang tinggi dan lantang siapa lagi kalau bukan Black, Hazama dan Azlan The Typewriter pada persembahan penutup. walaupun aku tengok persembahan mereka tak adalah hebat sangat, tapi bolehlah. mungkin pihak penerbitan telah menyediakan lirik untuk setiap penonton membuatkan mereka bersemangat untuk benyanyi bersama..hehe

jadi, secara keseluruhan, AJL 26 bagi aku sangat slow tapi berpuas hati. slow pada permulaan, dan pengakhiran nyer sangat meletup.hehe! that's all.thank you!

Sunday, January 29, 2012

5 novel top and best seller sebagai peneman

0 insan terpilih

assalamualaikum..

akhirnya hari ini dapat jugak aku keluar dari kepompong rumah ku..setelah seminggu terperap dekat rumah, ada jugak insan yang sudi ajak keluar. nak tak nak aku setuju jelahh..lagipon aku memang nk keluar pon sebab nak cari barang-barang and ambil buku yang dah di reservedkan kat MPH Bukit Raja tu.

kalau korang nak tahu, hari tu aku ada list kan beberapa novel terbaru kat akak aku. so, setelah dia reservekan semua novel itu, hari ini aku nak collect lah kan..ada 6 novel kesemuanya tapi yang aku dapat beli cuma 5 jer sebab dah over budget rm100..hhe..5 novel dapat dalam rm100..tapi ada lagi 2 novel tengah reserve so, bolehlah aku guna baucar yang aku dapat dari MPH..hehe..bukan baucar buku..

so kat bawah ini adalah beberapa novel yang aku dah rembat..ada yang publishernyer Karya Seni dan Kaki Novel. actually aku suka sangat novel dari Karya Seni sebab jalan cerita nya sangat rilex and tak berat macam Kaki Novel atau Alaf 21..hehe..and semua novel yang aku beli ni adalah top and best seller sekarang..so kepada sesiapa yang tengah mencari-cari novel apa yang nak beli, aku suggest korang belilah novel-novel ini ea. hehe

lagi satu, aku beli novel banyak-banyak sebagai peneman di kala aku bercuti dekat rumah ni. so tak adalah aku mengadap laptop sangat kan..kang bertambah rabun di mata..hehe..so, tengoklah nanti larat ke tak aku nak habiskan semua novel ini dalam masa sebulan..haha