contohnya bagi wanita yang tidak bertudung, bila bulan puasa tiba mereka mula memakai tudung tapi bila hari raya tiba tudung pun mula disimpan di dalam almari..adakah ikhlas dia memakai tudung pada bulan puasa tu?
kalau boleh biarlah pakai tudung sampai bila-bila..janganlah hanya di bulan puasa sahaja. macam tu baik tak payah..lepas tu yang paling pelik bila pakai tudung baju pulak yang tak kena. ketat, singkat, lengan pendek tapi tudungnya bukan main cantik lagi dililit..pelik-pelik..
jadi kepada semua wanita di luar sana, silalah berpakaian sesuai..sekiranya bertudung pakailah baju yang proper. sekiranya mahu bertudung hanya di bulan puasa, baik lupakan sahaja..
bagi yang kata mahu berdiet di bulan puasa tidak salah untuk melakukannya. tapi bila tiba waktu berbuka bukan main banyak lagi dia beli dekat bazar. kuih sahaja ada 3 jenis, air ada 3 rasa, belum campur lauk-pauk dan nasi lagi..isy2..kalau macam itu, macam mana nak berdiet..lagi bertambah beratnya adalah..huhu
untuk yang mahu berhenti hisap rokok itu tak salah dengan niat kamu tapi berhenti rokok hanya pada waktu berpuasa dan bila sudah berbuka balun sampai 3 batang rokok baik tak payah..lupakan sahaja niat murni kamu tu. kalau nak berhenti biarlah terus berhenti..tapi kalau hanya berhenti semasa sedang berpuasa bukan berhentinya nama tu. itu mengurang.
jadi pesanan dari penaja mengatakan kepada sesiapa yang ingin berubah silalah berubah untuk tempoh masa yang lama, bukan sebentar. silalah berubah dengan ikhlas bukan saja-saja..niat untuk berubah merupakan yang terpenting sekali. oleh itu..selamat berubah kepada sesiapa yang ingin berubah.

.jpg)

.jpg)