~CEPAT KLIK LINK INI~

Friday, June 3, 2011

kehebatan bulan Rejab

2 insan terpilih
assalamualaikum..hari ini hari jumaat bersamaan dengan 1 rejab. alhamdulillah berjumpa lagi aku dengan bulan rejab yang penuh dengan kehebatan dan keistimewaannya.


seperti yang kita tahu, sekiranya kita berpuasa pada bulan rejab tidak kira puasa sunat atau puasa ganti, banyak ganjaran yang akan kita dapat. sudah pasti ramai yang menunggu bulan rejab seperti mana aku sendiri. ini adalah kerana, pada bulan ini aku harap, dapatlah aku ganti puasa dan melakukan pelbagai amalan sunat. Insyaallah.


Kelebihan berpuasa di bulan Rejab
Ibnul-Jauzi menyebutkan dari riwayat Al-Furat bin As-Saib , dari Maimum bin Mahran dari Abu Zarr r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda :
Ertinya: Barangsiapa berpuasa sehari dari bulan Rejab disamakan dengan puasa sebulan . Barangsiapa berpuasa tujuh hari dari bulan Rejab nescaya ditutup baginya pintu – pintu Neraka Jahim yang tujuh . Barangsiapa berpuasa lapan hari dari bulan Rejab nescaya dibukakan bagikan baginya pintu – pintu Syurga yang lapan itu . Barangsiapa berpuasa sepuluh hari dari bulan Rejab maka Allah menukarkan kejahatan – kejahatannya dengan kebaikan – kebaikan , dan barangsiapa berpuasa lapan belas hari dari bulan Rejab nescaya berserulah seorang penyeru bahawasanya telah diampunkan apa yang telah lalu dan mulakanlah amalan .
Kata Ibnul-Jauzi : Hadith ini tidak sah
Kata Yahya bin Ma’in : Al – Furat bin As-Saib tidak bernilai apa-apa.
Kata Al-Bukhari dan Ad-Daruquthni : Dia adalah matruk
Dalam sanad juga terdapat Risydin Abu Abdullah yang juga seorang yang matruk
Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu’ (Jld 1) – Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 524
antara kehebatan lain pada bulan Rejab
Sebagai renungan, ahli hikmat pernah berkata: “Sesungguhnya Rejab adalah bulan memohon ampun daripada segala dosa dan Syaaban pula adalah memperbaiki hati daripada segala kecacatan. Ramadan pula memberi penerangan hati. Sedangkan malam al-Qadar adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah.”
Oleh hal yang demikian itu, amat wajarlah setiap Muslim menginsafi diri dan merebut ganjaran disediakan Allah agar dia dapat menempatkan diri dalam kalangan mukmin berjaya di dunia dan akhirat.
Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah s.a.w tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:
  • Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredaan Allah serta syurga tertinggi.
  • Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
  • Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka.
  • Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
  • Puasa 5 hari - aman daripada azab kubur.
  • Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
  • Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka Jahanam baginya.
  • Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
  • Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru “Laailahaillallah” dan tidak ditolak dia daripada memasuki syurga.
  • Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratulmustaqim setiap satu batu dan dijadikan dua sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratulmustaqim.
  • Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
  • Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
  • Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
  • Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
  • Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
  • Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
  • Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratulmustaqim.
  • Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
  •  Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.
  • Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
  • Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka. Orang yang lemah daripada berpuasa di bulan Rejab, hendaklah bersedekah setiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.


Kelebihan lain bulan Rejab
1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan hamba-Nya 10 kali, tetapi di dalam bulan Rejab Allah akan membalas amalan hamba-Nya 70 kali.
2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
3. Rejab bulan Allah, Syaaban bulan Rasulullah s.a.w, Ramadan bulan umat Rasulullah s.a.w.
4. Rejab adalah bulan menabur benih, Syaaban bulan menyiram tanaman, manakala Ramadan bulan menuai.
5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Syaaban menyucikan hati, manakala Ramadan menyucikan roh.
6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Syaaban bulan syafaat, manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
7. Rejab adalah bulan taubat, Syaaban bulan muhibbah, manakala Ramadan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Syaaban diganda 700 pahala, dan Ramadan diganda 1,000 pahala.
Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab
1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun.
2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir.
3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat.
4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya.
5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah s.a.w dan sirah Islam lain.

oleh itu, aku berharap sangat pada bulan rejab ini, dapatlah aku berpuasa ganti dan berpuasa sunat sekiranya diizinkanNya..Insyaallah..sama-samalah kita beribadat dan melakukan amalan kebaikan pada bulan ini kerana mungkin ini kali terakhir kita akan berjumpa..wallahualam

novel Kasih Yang Suci sold out gara-gara Nora Elena

0 insan terpilih
adoii sakitnya badan aku. lenguh sana, lenguh sini..sakit kaki, sakit bahu, senang kata semua sakit..tapi jari aku tak sakit sebab tu boleh update blog..huuhu..anyway, assalamualaikum. macam biasa, kena jawab salam tu barulah cik konichiwa ni sayaaanggg sama kamu.. :)

sebab apa badan aku sakit-sakit ni? ini semua angkara kerja. tulah kau nak kerja sangat, haa skang hamik kau. dah sakit jangan nak banyak songeh. ko sendiri yang carik penyakit kan. tapi itu semua aku tak kisahh pun yang penting duit masuk dalam bank aku setiap bulan..haha

sepanjang aku bekerja kat MPH tu, macam biasalah lah kena kemas buku. setiap hari diriku di kelilingi buku. bahagianya hati..hahaha..bahagiakah? macam-macam ragam customer aku dah jumpa. itu baru 2 hari bekerja. kalau 2 tahun, maunya aku terbalikkan rak buku tu sebab pening kepala layan diaorang. hehe

tapi sejak akhir ini, soalan yang kerap customer tanya adalah, dik novel KASIH YANG SUCI ada tak? dan aku pun menjawab, xadalah kak. dah habis stock. asyik soalan tu je yang diorang tanya. sekarang ini naik pantang pulak aku bila dengar soalan tu. huuhu


kadang-kadang aku wondering jugak best sangat ke novel tu sampai ramai customer cari. bila aku selidik punya selidik, baru aku tahu, ini semua penangan NORA ELENA yang tengah popular dekat tv3 sekarang ini. rupanya cerita itu diadaptasi dari novel inilah. so diorang tak sabar sangat nak tahu ending dia macam mana, so bacalah novel itu. malangnya buku tu sold out.


aku ni tak pernah pun layan cerita tu kat tv. tapi ada lah tau sikit-sikit siapa pelakon dia. kalau novel tu dah sampai kat kedai, meh sini aku baca bab muka surat akhir itu je. lepas itu aku bagitahu kat korang apa endingnya. 



sama ada perempuan itu akan bersama Seth Tan ataupun Eid ataupun Amer okay..hahaha..tak surprise pulak kan. tapi peduli hapa aku. nak sangat novel itu kan. hamik kau! hohoh.. okaylah, esok aku cuti so dapatlah merehatkan badan sikit. tapi pagi itu nak pergi bukak akaun CIMB. kalau tak bukak alamatnya gaji aku tak masuklah. huuhu.. kepada blogger yang datang ke GIANT STADIUM SHAH ALAM, jemput singgah ke MPH dan tegur-tegurlah sama saya okay..huhu..adios.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA