~CEPAT KLIK LINK INI~

Saturday, October 8, 2011

ragam lecturer aku sepanjang semester ini..atoyaii

2 insan terpilih
assalamualaikum..

MSN Onion Iconmalam ini hujan turun dengan renyainyer..menyejukkan malam ku yang sunyi sepi tanpa peneman..hehe..ayat nak berbunga je kan malam ini..jiwang sikit jer, tak banyak pon..kalau tulis banyak-banyak takut ada yang termuntah lak. huhu.. 

Onion Iconsaku pon takada cerita apa pun sebenarnya. sekadar nak mengupdate blog jer..aktiviti hari ini pun macam biasa-biasa. tak ada yang luar biasa. still bosan and tak tahu nak buat apa. walaupun assignment and presentation tengah menunggu aku di siapkan.hehe..macma biasalah, nak mulakan kena ada mood kan. masalahnya sekarang ini mood tak sampai-sampai lagi. entah pergi mana ntah encik mood ni..huhu

oklah, tetiba otak aku terlintas nak cerita pasal lecturer aku sepanjang semester ini..huwawawa...banyak sedih dari happy tau tak. semester kali ini aku ambik 6 subjek. and aku dapat 5 orang lecturer lelaki, dan 2 perempuan. masing-masing mempunyai cara dan trademark tersendiri sampaikan aku rasa macam nak tukar lecturer jer..

Onion Emoticon Setlecturer pertama. dia ajar subjek Human Resource Development. seorang lelaki yang berumur lebih kurang 47 tahun. dulu pernah belajar dekat California. pernah buat PHD tapi tak lepas so tak dapatlah panggilan Doktor. suka merendahkan kitaorang. cakap kitaorang low class. masuk kelas jer dah kena bullshit. suka bercerita sampaikan satu chapter mengambil masa 1 minggu nak habiskan. tak suka student perempuan pakai seluar jeans sebab nampak cheap aka murah! kitaorang gelarkan dia lecturer bullshit. sebab dia suka sebut perkataan tu. tapi kitaorang tak maksudkan pon..yang student lelaki kena duduk depan sebab dia taknak budak perempuan kadi macam Amina Wadud!

Onion Iconlecturer kedua. dia ajar subjek Quality Management. seorang lelaki berumur lebih kurang 45 tahun. seorang timbalan rektor di Uitm Arau. suka main bola masa muda-muda dulu sebagai penjaga gol. sangat sempoi tapi bila dalam kelas dia aje aku selalu nak tertidur. suka bercerita jugak. dia selalu cakap 'ni saya nak cerita sikit nohh'..hehe

Onion Emoticonlecturer ketiga. dia ajar subjek Personal Development. seorang wanita berumur lebih kurang 30 tahun. masih single. dia bercakap ada slang cina, india, pakistan, benggali..so kitaorang tak paham. kitaorang suka mengajuk apa yang dia cakap mengikut slang dia tu. kami perlu berhati-hati dengan dia, sebab lecturer semua yang suruh. sebut saja nama dia, lecturer lain akan cakap hati-hatilah ea. bukan sebab garang, tapi sebab mental. dia boleh bertukar emosi dalam serta merta, dan kami yang akan kena kesannya..habislah! sekarang budak-budak ini tengah isi borang nak tukar lecturer. suka bercerita sampaikan kami tak larat nak dengar. lebih cerita dari belajar!

Onion Iconslecturer keempat. dia ajar subjek Personal Management. seorang lelaki berumur dalam lingkungan 40 tahun. dialah satu-satunya lecturer yang bagi kami okay. walaupun kadang-kadnag strict sikit. tak boleh masuk lewat dalam kelas dia, kalau tak kena halau. kalau tak datang kelas kena bagi surat sebab. sangat sempoi dan kelakar. suka bercerita jugak. adoi cerita cerita cerita!

Onion Iconslecturer kelima. dia ajar subjek Labor Economics. seorang lelaki berumur dalam lingkungan 45 tahun. kami panggil dia doktor sebab dia ada PHD. dia pernah buat satu teori baru yang di panggil apa entah. dia selalu ingat kitaorang ini macam tak tahu apa-apa jer. kitaorang tanya lain, dia jawab lain. dia selalu ingat kami ini tak paham langsung apa dia ajar. padahal kami paham jerr. suka sangat gelak walaupun tak kelakar. hehhe

MSN Onion Iconslecturer keenam. dia ajar subjek Recruitment and Selection. seorang wanita berumur dalam lingkunagn 30 tahun. sudah berkahwin. seorang yang kecil molek dan kurus. tetiba teringat dekat akak aku pulak. hehe. boleh tahan garangnyer. tak berapa tahu sangat perangai dia sebab dia baru ajar kami 2 kali, lepas itu kelas asyik cancel jer sampai sekarang.

Onion Iconkesimpulannya, pensyarah aku untuk semester ini sangatlah bermacam ragamnya. semuanya suka bercerita sampaikan kami dah tak larat nak dengar. kadnag-kadang best lah dengar diorang bercerita sebab macam tak bosan sangat. tapi kalau dah bercerita tapi belajar nye tak, kami pon bosan jugak. so kenalah balance kan. nak tak nak kenalah tahan untul beberapa bulan lagi! atoyaii..

Tuesday, October 4, 2011

berdebar nak bawak motor buat pertama kali dalam hidup

3 insan terpilih
assalamualaikum..

Onion Emoticon Setsekarang fikiran aku tengah berkecamuk, neves, suspen, takut semua ada..semuanya gara-gara esok aku nak ambil amali motor. kalau aku dah pandai bawak sikit-sikit tak adalah aku nervous sangat. ini tak, satu patah haram pun aku tak pandai nak bawak, tapi memandai nak amik jugak lesen motor ini..sekarang rasakan kehangatannya..hhuwawa..  

Onion Iconssebelum ini aku ada jugak suruh kawan ajarkan. dia bawak motor lagenda. aku dah happy time tu sebab kaki aku dapat jejak tanah..so dengan muka confident aku gerakkan motor ke belakang. time tu kawan aku tu bonceng kat belakang. 

then, dia ajar start motor. yang ini aku lemah sikit. nak tekan pakai kaki itu tak larat wooo..masa tu aku dah risau dah. macam mana nanti nak ambil lesen. mesti dia suruh start manual kan. then dia suruh start pakai auto jelah. lepas itu suruh masuk gear satu. aku pun dengan muka innocent tekan gear satu. masa tu okay lagi perasaannya.

Onion Emoticon Setbila dia suruh aku pulas, aku okay lagi. dia suruh pulas sikit, jangan banyak sangat. nanti jadi macam adnan sempit lak. hehe..aku pun ikutlah cakap cikgu. pulas sikit jer..then motor pun jalan sikit. bila dia suruh angkat kaki jer, aku dah cuakk..aku angkat sikit lepas itu terus terhoyong hayang..terus tekan brek..kawan aku dah gelak-gelakkan aku..kurang asam betull..

Onion Emoticonlepas itu, aku test lagi. dia suruh buat perlahan-lahan. sama jugak jadinya!! sampaikan aku cakap taknak amik lesen motor ni..mana taknya, kawan aku tu pun takut tengok aku bawak..huhu..sebenarnya aku tak larat sangat nak handlekan motor itu..rasa macam berat sangat jer..hurmm itulah kau nak sangat ambil lesen motor..skang rasakann! tapi itu biasalah terjadi dekat orang yang baru pertama kali dalam hidup nak bawak motor kan..huhuhu

Onion Emoticonsso, esok punya hal ini aku tengah risau bangat. dah lah esok ramai, kalau di buat nyer motor tu hempap aku ker, malu aku nanti..adooii gua risau sangat dah ni. agak-agak korang ada tips tak nak bagi pandai bawak motor cepat?? esok ini aku berserah jelah mintak-mintak semua berjalan dengan lancar and aku tak panikk..aminn.

Onion Emoticon




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA