~CEPAT KLIK LINK INI~

Saturday, June 2, 2012

Zizan juara Super Spontan, Hujan juara Versus-TAHNIAH

0 insan terpilih
assalamualaikum..


Super Spontan baru sahaja berakhir sebentar tadi..dan seperti yang di jangka Zizan telah berjaya menjadi johan  atau juara dan membawa pulang rm100 ribu beserta Toyota Camry..nampaknya rezeki Zizan semakin melimpah ruah pada tahun ini. dah 2 kereta beliau dapat secara percuma dah salah satunya merupakan hadiah sempena menjadi duta untuk satu produk minuman bersama Aaron Aziz.


Johan pula telah menjadi naib johan Super Spontan. nampaknya Jozan telah mengungguli Super Spontan..memang tak disangkal. dan memang layaklah..diorang berdua ini memang superb dan boleh jadi pelawak antarabangsa dah, walaupun ada sesetengah lawak diorang tu agak lucah atau 18sx sikit..


selain Super Spontan final malam ini, Versus di TV9 juga tengah episod akhir. dekat rumah ini kalau ada dua tv tak pe jugak. ini ada satu tv je kan, so terpaksalah bertukar-tukar channel..dua-dua ini jugak merupakan program realiti yang melibatkan artis-artis popular. cuma yang membezakan adalah pelawak dan penyanyi.


kumpulan yang berjaya masuk ke battle terakhir adalah GoGerila dan Hujan. of course lah sheila pilih Hujan kan. hahaa..bias dah nampak di situ kan. bukan apa, lagi pon Hujan memang deserve untuk menang Versus. hehehhee..lagi-lagi ada bass terhebat dia tu, Izzat Uzaini aka my cousin..hehhee


jadi tahniah kepada Zizan dan Hujan kerana berjaya menjadi juara dalam dua pertandingan yang berbeza pada malam ini..tahniah-tahniahh..(padahal entry ini di publish, juara versus belum pon di umumkan lagi, kalau salah buat malu jaaaaa..hahhaa)

Friday, June 1, 2012

Akta Keterangan-pengomen tegar, penulis blog dan pelayar Facebook kena berhati-hati selepas ini

1 insan terpilih
assalamualaikum


nampaknya Malaysia sudah mempunyai satu akta baru yang akan di kuatkuasakan pada 1 hb Jun 2012..Akta Keterangan merupakan satu akta yang akan di kenakan kepada seseorang yang menulis, mereka atau menerbitkan sesuatu yang bertentangan dengan syarat dan hukum samada di Facebook, Blog atau Twitter. lepas ini kalau nak update, upload atau comment sesuatu di 3 laman ini, kenalah sentiasa berhati-hati..sebab kita mungkin akan didakwa..mungkin akta ini digubal sebab sebelum ini ada tercetusnya isu dimana beberapa individu mempertikaikan Sultan Johor berhubungn dengan nombor plat WWW 1 hinggakan baginda murka.

lagi satu, lepas ini tak bolehlah nak hack atau buat facebook baru tapi menggunakan nama kita dan menyebarkan sesuatu yang bertentangan sebab dengan cara itu pon akan di dakwa. jadi, kepada siapa-siapa yang suka menggunakan 3 medium ini sebagai tempat untuk memFITNAH, meREKA CERITA, atau MENYEBARKAN sesuatu yang tidak betul, buat-buatlah bertaubat..kalau tak akan di hukum..bukan sahaja di dunia tapi juga di akhirat nanti.

alamatnya terpakasalah menapis-menapis kata selepas ini kan. agak-agak panas bontot tak bagi mereka yang selalu gunakan blog atau facebook untuk mengumpat atau memfitnah orang lain tu ek? dah tak ada kerjalah diorang lepas ini..hurmm..takpelah, semoga Akta Keterangan ini akan berjaya membanteras atau menmbendung perkara-perkara negatif..InsyaAllah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA