assalamualaikum...

sifat dengki, iri hati, jealous, annoying, perasan lebih, memang tak boleh lari dalam kehidupan seseorang manusia. sebab ia hanyalah sifat-sifat negatif yang datang dari mereka yang tidak matang dari segi pemikiran malah juga umur. bila sifat dengki atau annoying dah cukup menebal dalam diri, maka benda yang tidak betul pun akan direka-reka supaya nampak real. haishh tak paham lah dengan orang yang macam ni. memang boleh sangat jadi pelakon popular. kahkahkah
siapa yang suka bila ada orang cakap perkara yang tidak betul tentang diri kita kan. tak boleh tengok orang lain senang ataupun lebih dari dia. haishh..yang paling kelakar bila perkara yang dia cakapkan tu totally tak betul..kalau sheila memang dah gelak-gelak dah..lawak betul lah..ada ker yang asli dikatakan edit. entah pape jer!! itulah bila dah tak ada point, di cari benda yang entah pape tok jadi point! memang sangat tak matang. suka sangat buat cerita mengarut. sesuai sangat jadi tukang karut kat Karoot Komedia tu. hahahaa!

macam mana pulak kan kalau orang yang sangat hipokrit dan pretending jadi budak baik depan orang tua? perghh tu lagi parah. lagi-lagi mereka yang berpura baik sopan, menutup aurat di sini sedangkan di tempat sendiri terdedah sana sini..haiyaa..lebih baik tak payah tutup kalau hanya partime sahaja ea! nak sound orang yang tak pakai tudung sedangkan diri sendiri pun on off buat apa kan..bukan ker kita sebagai kawan atau sahabat nasihatkan mereka yang tidak betudung itu ke arah kebaikan bukan mengherdik atau merendahkan dia! sangat tak matang!
last point yang nak dihujahkan disini adalah tentang sikap seseorang yang sangat di manjakan oleh ibu bapa sampai tak tahu bersyukur atau menghargai orang tua. setiap pilihan orang tua itu ada berkatnya. kita akan mendapat restu dari mereka kalau kita ikut cakap mereka kan. ini tak, keras kepala sangat. inilah salah satu sifat bila kita terlalu dimanjakan oleh orang tua. bila tak dapat suatu benda, mulalah mengamuk satu badan! sangat tak matang!!
P/S: tak ada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. maap kalau ada yang terasa! ini hanya nukilan berdasarkan realiti zaman sekarang..peace yaww!

