~CEPAT KLIK LINK INI~

Tuesday, January 4, 2011

FRIENDSHIP AND FRIENDLY AWARD

1 insan terpilih
assalamualaikum, hari itu aku ada dapat award dari 'peminat' aku..wah jangan keles tau aku sekarang dah ada peminat.korang ada ke??


inilah rupa award yang aku dapat tu..sebenarnya award ini tuan blog tak bagi pun kat aku, tapi aku ni yang gila glamor nak award banyak, so aku kutip lah..harap tuan blog tak marah ea..lagipun kalau semua orang nak tahu tuan blog aka Umar ini yang baik dan murah hati nak bagi award kat peminat dia..opss dia peminat aku atau aku peminat dia?? arghh lantaklah..

umar dan lembunyerr

disebabkan aku nak dicop sebagai blogger yang bermurah hati, so aku nak bagi award ini jugak dekat semua yang datang kat blog capuk ni. xkisahla korang itu peminat atau pembenci aku..hehe..ambik jangan tak ambik tau!!

opss sebelum terlupa, aku nak bagitahu yang aku sebenarnya dah ambik 2 award kat blog Umar ni..biasalah dia kan bermurah hati dan aku ini pulak seorang yang tamak..haha..so aku nak ambil lagi satu award ea En Umar..harap tak marah ea..


kalau nak diikutkan ada beberapa soalan dari wartawan yang perlu dijawab sekiranya kita menerima award ini. oleh sebab aku ini tak sombong and tak mahu mengecewakan semua peminat di luar sana, so aku akan jawab soalan-soalan ini dengan sabar dan jujur..tak ada jawapan no comment punya..hoho

1. apa pendapat tentang blog Umar?
nice, thumbs up!!


2. tempat yang paling nak lawat?
jepun sebab memang teringin nak pergi jepun

3. 3 perkara tentang diri anda....(akulah tu)
  • suka makan
  • pemalu..ahakss
  • kena belajar dekat perlis nanti..huwawawa
4. semua orang boleh amibil award ini jugak ea..jangan lupa inform ea kawan-kawan..

Friday, December 31, 2010

GAMBAR ARTIS BERCERAI SEKITAR TAHUN 2010

0 insan terpilih
assalamualaikum. last entry aku ada cakap nak letak gambar artis yang dah bercerai sekitar tahun 2010 ini. sudah pastinya artis ini perlu memulakan hidup baru pada tahun 2011. tahun baru dengan azam baru dan cara hidup baru.

aku harapkan mereka yang jodohnya tidak kesampaian akan tetap bersemangat meneruskan kehidupan walaupun tiada teman tidur lagi. insyallah kalau ada jodoh, mereka akan bertemu dengan orang yang lebih sesuai dan diharapkan jodoh itu akan kekal selamanya.

kepada mereka yang baru berkahwin, di harapkan supaya sentiasa menjaga rumah tangga masing-masing dan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan keadaan rumah tangga sekiranya perkara buruk berlaku. sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula dalam isu rumah tangga. sudah pastinya ada pasang dan surutnya. oklah korang layannn gambar di bawah okay.


ida nerina dan bekas suami ~ mula-mula tak sah bercerai lepas itu dah sah bercerai


mamat exist dan bekas isteri ~ dikatakan mamat ada perempuan lain


sein dan nana ~ terkena badi sehati berdansa


maya karin dan bekas suami ~ tak ada jodoh


ann ngasri dan wafi ~ dikatakan sudah banyak kali melafazkan cerai


raja azura dan bekas suami ~ tiada sefahaman


sarimah dan bekas suami 


abby abadi dan norman hakim ~ banyak kontroversi


siti saida dan bekas suami ~ tup tup bercerai sudahh


fiza elite dan bekas suami


ramlah ram dan bekas suami


atilia dan bekas suami ~ ini pun dikatakan terkena badi sehati berdansa


siti nurhaliza dan datuk k ~ eh ini tak becerai lah!! pasangan bahagia ini!! semoga cepat-cepat dapat anak!!

amacam?? ramai yang bercerai dari yang berkahwin.huhu kadang-kadang bila di tanya dekat artis itu sendiri kenapa bercerai, jawapannya semua stereotaip. tiada sefahaman lagilah. padahal dah kahwin bertahun-tahun lamanya. baru sekarang tak ada sefahaman..pelik bin ajaib betullah.

tak pelah, buat apa kita nak sibuk hal rumah tangga orang lain kan. bagi yang dah berkahwin atau baru berkahwin, jagalah rumah tangga baik-baik okay!! pesanan khidmat masyarakat ini..hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA