~CEPAT KLIK LINK INI~

Thursday, June 2, 2011

aktiviti karaoke kegemaran rakyat malaysia

0 insan terpilih

K.A.R.A.O.K.E....Karaoke...bukan karatakok..hehe..aku tahu ramai rakyat Malaysia suka menyanyi, suka berkaraoke mengisi masa lapang yang sedia lapang tu. so topik kita hari ini adalah KARAOKE..by the way, assalamualaikum.

sekarang ini kalau tanya dekat semua orang tak kira umur, tua ke muda ke kanak-kanak ke bayi ke, semua akan cakap karaoke adalah hobi mereka pada masa lapang. ops, baby pun berkaraoke ke? ehh mestilah, malah setiap hari baby-baby ini akan mengasah suara mereka dengan menjerit setiap hari sampaikan orang yang lebih tua tak mampu tandingi suara mereka tau.

aku pun tak lari dari karaoke. macam-macam karaoke aku dah pergi. karaoke jamban ke, karaoke public phone ke, karaoke room ke karaoke kenduri kahwin ke, K-Box ke semua aku dah pergi. tapi bukan aku yang nyanyilah..hehe..tapi, kalau diorang hulur mikrofon kat aku, takkan tolaknya, malah buat macam harta sendiri..haha


kadang-kadang kita dah tahu suara kita tu tak sedap sampaikan bumbung tempat karaoke tu pun boleh runtuh, tapi kita tetap jugak nak menyanyi. tak sedar diri ke hapa? ataupun bajet good-good je? tapi di sebabkan kita ni kawan yang baik, yang jenis layan aje takkan pikir itu semua. sama ada sedap ke hampas ke, tetap enjoy..betul tak?

kalau suara kita ini sedap macam Siti Nurhaliza ke, Justin Bieber ke tak perlulah nak karaoke bagai. terus masuk audition Akademi Fantasialah. tak kuasa mak nak buang masa nyanyi kat karaoke jamban. suara mak ni mahal tau, mana class nyanyi kat jamban. hahaha

ada jugak yang karaoke semata-mata nak hilangkan stress, tension atau sakit kepala diorang tu. biasalah, kita sebagai student tak lari jugak dari stress semua. so cara nak hilangkannya adalah dengan berkarok lah..huhu..ada satu fakta mengatakan, negara Jepun menggalakkan pekerja mereka untuk berkaraoke semasa waktu rehat, malah memberi mereka kupon percuma semata-mata untuk menghilangkan stress.


kalau Malaysia pun ikut jejak langkah ini, agak-agak pekerja tu semua balik ke pejabat tak? haha of course la tak. mana taknya, dah syok kat luar, lupa pulak kerja dekat pejabat tu. malas mak nak pikir tau..takut nanti ada yang balik terhuyang-hayang sampai lupa jalan balik.

selain itu, aktiviti karaoke ini boleh juga mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga, kawan-kawan sekerja, awat kawan-kawan rapat. takdalah kita buat kerja yang tak senonohkan. buang masa melepak kat kedai mamak cakap benda yang tak berfaedah amalh bergosip pulak tu..isy, tak kuasa mak nak layan tau..


so, kepada anda semua yang merasakan ada suara yang mantap, sedap, unik, merdu, meletooppp tak perlulah buang masa pergi karaoke jamban karaoke toilet semua. hang pa semua boleh terus hantar videotape ke syarikat rakaman ea. mana tahu, boleh kalahkan Yuna ke, Faizal Tahir ke..siapa tahukan. rezeki  nak datang tak siapa yang tahu. okay wasalam..

Tuesday, May 31, 2011

kerja pertama ku di MPH Bookstore, Giant Shah Alam

0 insan terpilih
agak-agak macam mana perasaan nya ia bila kerja buat pertama kali dalam hidup kita? mesti nervous, takut semua ada kan. maybe perasaan itu akan muncul bila aku start kerja nanti..first of all, assalamualaikum. tak jawab dosa, kalau jawab sayaaang korang.hehe

ok, fyi 1 hb june aku akan start kerja. but not full time lah..just part time. yelah aku cuti belajar ini pun 4 bulan. satu bulan aku dah duduk kat rumah buat rutin yang sama setiap hari, so the next 3 month aku bertekad nak kerja. alhamdulillah akhirnya aku diterima bekerja without interview..hehe

actually aku akan bekerja di MPH Giant Shah Alam. so kalau ada bloggers di kawasan berdekatan, jangan malu jangan segan tegur-tegurlah aku kalau korang datang sana. nak beli buku ke, majalah ke, novel ke meh sini datang ramai-ramai ke MPH Giant Shah Alam. tapi sorilah no discount okay. hehe.


ini adalah pertama kali aku bekerja sepanjang hidup aku tau. so, aku wondering jugak macam manalah nanti kan. takut kalau-kalau diorang buli aku ke, tak suka aku ke. but, for me, aku akan bekerja bersungguh-sungguh sampai dapat pekerja terbaik. watch out guys..hahaha..just kidding

aku pun terpaksa sewa rumah dekat apartment TTDI tu. yelah, kerja ini ada shift. aku pulak tak ada transport. siapa pulak nak hantar aku nanti pergi kerja. even ada kakak aku kerja dekat situ dan di kedai yang sama, tapi tak semua shift sama dengan dia. hehe

aku jugak nak cakap terima kasihhh banyak-banyak dekat akak aku sebab dia yang tolong aku dapatkan kerja ini. hehe..nasib baik bos dia terima aku bekerja. so, aku tak akan malukan akak aku. aku kena buat kerja betul-betul .

lagipun aku sebenarnya perlukan duit sangat-sangat. yelah, anti nak bayar duit sewa rumah kat Arau tu, nak ambil lesen lagi, nak bagi duit kat mak sikit..my first gaji in my life mesti rasa teruja kan. hehe..so, wish me luck! semoga segala urusan akan di permudahkan. aminnn..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA