~CEPAT KLIK LINK INI~

Sunday, November 27, 2011

makan malam apresiasi-pertama kali pakai mekap

0 insan terpilih
assalamualaikum

alhamdulillah aku sudah kenyang makan tadi. sebelum itu perut aku dah berbunyi lagu zapin sampaikan housemate kat bilik depan pon boleh dengar..pelik betul..ilmu apa entah yang dia pakai sampaikan boleh dengar..haha..bila dah kenyang, hati pon senang. huhu..senang ker? ermm entahler..

ops sebelum itu aku nak ucapkan Salam Maal Hijrah 1433. alhamdulillah jugak, aku berkesempatan untuk menemui awal tahun ini sekali lagi. azam aku pada tahun ini akan menjadi insan yang berjaya, dan sentiasa memandang ke hadapan, walaupun pelbagai rintangan yang bakal aku tempuhi. lepas ini dah tak mahu pikir benda yang lepas-lepas lagi. aku nak mulakan hidup baru yang lebih ceria mungkin. huhu

okay, sekarang mari kita mulakan cerita. khamis lepas kami satu kelas telah berjaya mengendalikan satu Makan Malam Apresiasi. makan malam ini adalah bertujuan untuk meraikan mereka yang mendapat dekan pada semester lepas. jadi, kami sebagai pelajar Human Resource Semester 4 telah di wajibkan untuk handle dinner ini dari A sampai Z.

tema dinner kami ialah Elegant Black & Gold. punyalah susah nak carik baju tau. last-last aku recycle jelah baju yang ada. haha..memang penat sangat masa tu. belah petang kami sibuk uruskan dewan di bantu dengan budak Marketing. belah malam pulak, dinner berlangsung. aku pulak jadi Ajk Hadiah, so kena handle bab hadiah pulak. isy stress2. 

dah lah aku dengan housemate sampai lambat. biasalah orang perempuan, mekap itu penting kan..haaa buat pertama kalinya dalam sejarah, pada malam itu aku pakai mekap tau..! jangan terkejut. ini semua kawan aku punya kerja. dia yang mekapkan. kalau nak suruh aku memang tak lah kot.. haha..tak pandai den. jadi, disebabkan berjam-jam mekap, akhirnya kami terlambat.

masuk je dewan, kawan aku dah tarik supaya uruskan hadiah. kerja aku adalah memberi door gift kepada semua pelajar yang hadir. huhu..dapatlah mencapap sikit kan..hehe..malu denn..sudah pastinya malam itu, gaya tudung Hana Tajima, Yuna, Najwa Latiff semua menjadi pilihan. aku pun tak terlepas jugak. sebelum itu sempat lagi tengok YouTube pasal tutorial shawl satin ala Yuna. nasib baik menjadi..haha..

so, malam itu memang kami enjoy sangat dan dapat pujian dari orang atas tentang cara kami handle dinner..wahh banggaa woo..lepas ini kena handle Dinner B-Hurec pulak iaitu dinner kos aku..huhu..penat-penat. lepas satu-satu kena handle. isy..jadi, sekarang korang layan jelah gambar ni ea..adioss..


ini kawan saya


saya and rumate








yg tengah tu madam aku..macam student je kan..ini semua budak kelas..hehe



Friday, November 25, 2011

fenomena polka dot datang kembali !!

0 insan terpilih
assalamualaikum...

alhamdulillah, perut sudah kenyang, hati sudah tenang, tangan pulak dah tak sabar-sabar nak menaip. hehe..hari ni aku makan banyak jugak lauk. pergi kat kedai pakcik itu, semuanya lauk sotong sedunia. tapi di sebabkan kedai-kedai lain tak letak lauk lagi, so rembat jelah lauk sotong tu..bukan jadi sutun pun kan..hehe..agaknya pakcik tu baru lepas candat sotong kot, tu yang semuanya lauk sotong. .nasib baiklah murah..jimat duit arini. 

okay hari ini aku nak cerita pasal BULAT. apa kena mengena aku dengan bulat? adakah aku sudah menjadi bulat? dats mean aku dah gemuk ker? ohhh nooo..bukan bulat itu yang kita cari sekarang iyer..tettt..bulat yang aku maksudkan ialah polkadot. apa pulak kena mengena bulat dengan polkadot ni kan..eh bukan polkadot tu berbentuk bulat ker?

sekarang ini sudah ada satu fenomena baru. bukan fenomena tsumawi, bukan fenomena shahir lagi ea..itu semua sudah di telan zaman. sekarang ini dunia tengah melanda fenomena polkadot!! oh nooo..dats dangerous..bukan chicken pox yang aku maksudkan tapi corak polkadott!!

Polka Dot Red Green

cuba korang renung-renungkan dalam satu hari berapa kali korang nampak corak polkadot lagi-lagi bila dekat universiti? fyi, semua pelajar sekarang sudah gilerrr.!!.giler dengan corak polkadot..semua orang terutama ladieslah kan, sibuk nak pakai baju bintik-bintik..agaknyer skang ni tengah musim bintik kot kan..agak-agak korang pun mengalami demam bintik ni x??


aku pon ada lah jugak beberapa helai baju kurung polkadot ni. bukan apa, walaupun nampak simple tapi comell..kalau kat uitm ni, aku pergi sana jumpa orang pakai baju polkadot, pergi sini nampak orang guna payung bintik-bintik, pergi nun nampak orang pakai tudung bulat-bulat..arghhh membulat mata aku tengok..kadang-kadang baru jer aku tengok orang tu pakai baju warna tu corak bintik-bintik..bila pergi the other side jumpa jugak corang and warna yang sama, but with different people...huwawa..kembar kah? atauu baju tersama..opsss..




kalau ikutkan corak polkadot ni dah lama ada sejak zaman mak-mak kita lagi kan..cuma sekarang ni dia dah coming back with new version. nampaknya corak-corak zaman dahulu kala sudah menyerang industri 
fashion.!! lepas ni kita tengok fenomena corak apa pula ea..just waitt!




so comelllll !!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA