~CEPAT KLIK LINK INI~

Friday, August 31, 2012

Oppa Gangnam Style --> Entah Pape Jerr..!

4 insan terpilih
Psy’s ‘Oppa is Just My Style’ Music Video to Release on The 15th

OPPA GANGNAM STYLE..telah menjadi satu fenomena di dunia sejak kebelakangan ini. video yang memaparkan tarian kuda ini telah mencecah 6 juta lebih penonton sejak ia di keluarkan. apa yang best sangat dengan oppa gangnam style ni? untuk mendapatkan jawapan, sheila pun tengoklah video nyer di Youtube.


actually sheila terdetik nak tengok bila ramai kawan-kawan post dekat facebook mengatakan yang mereka dah addicted giler dengan oppa gangnam style ini. disebabkan terlalu curious nak tahu, sheila pun terdetik jugaklah nak search dekat youtube kan. 


my first impression towards this video is 'entah pape jer'..sheila tercari-cari jugak part mana yang best sangat tu sampaikan boleh addicted nak tengok lagi kan.. bila dah pertengahan sheila macam menyampah pulak dengan lelaki ini. terkangkang-kangkang menari..macam orang tak betul jer. dengan ada tarian yang tak senonoh segala bagai..sampai pengakhiran video, nothing yang boleh buatkan sheila addicted pun. so tersangatlah pelik pulak macam mana orang lain boleh addicted sedangkan sheila tak pun, malah tak paham pun apa yang dia cuba sampaikan.



sejak oppa gangnam style ini menjadi popular, makin bertambah pulak rakyat malaysia yang kreatif giler buat video ala-ala oppa gangnam style tapi dalam versi raya. yelah, sekarangkan bulan raya kan. bukan setakat rakyat malaysia, malah seluruh dunia termasuk Justin Bieber, Rihanna, dan penyanyi-penyanyi popular Hollywood turut terpengaruh dengan oppa gangnam style..jadi, korang dapat bayangkan tak betapa hebatnya video ini?? 

P/S: satu benda yang sheila tak paham,  benda yang entah pape ni cepat jer orang terikut-ikut, tapi kalau benda yang baik-baik, satu pun tak nak ikut. inilah namanya dunia akhir zaman. hurmm 

Tuesday, August 28, 2012

Bekal Makanan Orang Jepun, BENTO..sangat kreatif dan comel

0 insan terpilih
assalamualaikum

Big Daddy and Little Sister

Snowy

seperti yang kita semua sedia maklum, masyarakat jepun memang sangat berjimat orangnya. mereka memang suka sangat membawa bekali ke sekolah, ataupun pejabat. mereka yang dah tua-tua especially lelaki tak malu langsung untuk membawa bekal ke pejabat.


Chewbacca

WALL-E

kalau bagi masyarakat Malaysia pula, mak suruh bawa bekal ke sekolah pun dah menangis-nangis. kononnya nanti kawan-kawan gelakkan lah. tak macholah, di ejeklah. haiyya. bagi masyarakat Jepun, mereka akan membawa bekal setiap kali ke pejabat atau sekolah. bekal atau nama gelaran nyer BENTO akan dihias oleh ibu-ibu atau isteri yang sangat kreatif dan mempunyai masa terluang ketika di rumah.


Pikachu

Totoro

kebanyakan bahan makanan nya ialah telur, rumpai laut, cendawan shitake, mee udon, nasi kepal, sayur-sayuran, lobak merah, cili, buah zaitun dan bahan-bahan asli dari Jepun. di sana, pelajar-pelajar akan membawa bekal masing-masing ke sekolah, malah setelah tibanya waktu rehat, mereka akan sama-sama makan dan berkongsi makanan di dalam kelas sambil diawasi oleh guru mereka yang turut membawa bekal.

Yoshi and Kirby

Calvin and Hobbes

amalan seperti inilah patut di praktikkan di Malaysia supaya anak-anak atau ahli keluarga kita akan mendapat makanan yang sihat, bersih dan berkhasiat. lagipun, makanan di kantin tak semestinya bersih dan berkhasiat. oleh sebab itulah, untuk memastikan mereka menerima makanan yang baik, eloklah sekiranya makanan itu di buat sendiri oleh ibu atau isteri kita kerana ia penuh dengan kasih sayang.

Rayman Raving Rabbids

Okami

Johnny Depp - Mad Hatter

Lady

Chaplin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA