masa hari sabtu aku ada cakap hendak pergi shopping dengan family aku, mereka-mereka ini semua nak cari baju raya walaupun puasa pun belum lagi..hehe. mereka semua beli baju cotton yang sekarang tengah jadi trend itu. cuma aku sahaja yang tidak beli sebab tidak ada yang berkenaan walaupun sebenarnya tidak ada duit hoho..pokai dowh.
aku hanya dapat beli selendang and tudung sahaja. sebenarnya aku nak cari kasut, baju jalan and macam-macam lagi tapi semuanya tak kesampaian sebabnya bila aku berkenan dengan kasut tu tak ada saiz la, baju tak cantik lah. walaupun ada sale tapi aku rasa macam mahal lagi harga barang tu..hoho
tapi akhirnya aku dapat jugak apa yang aku idam-idamkan selama ini. bukan satu, malah dua aku dapat. tapi bukan untuk aku sahaja tapi untuk makcik aku juga. mula-mula kitaorang nak survey sahaja tiba-tiba dah berkenan pulak lepas tu promosi harga tu sampai hari itu sahaja, apalagi, kitaorang pun sambarlah.
aku dengan makcik aku beli warna yang sama iaitu warna pink. disebabkan duit cash tak cukup, maka terpaksalah pakai kad kredit. tapi nanti aku bayarlah ansuran kat dia. hehe..apa barangnya korang tidak perlulah tahu..hehe..biarlah rahsia.
yang penting aku dah dapat apa yang aku nak. jangan jelez ye walaupun korang tak tahu apa barangya tu..hehe. oklah. lepas ini bolehlah aku melaram dengan barang kesayangan aku tu..yahoo!
0 insan terpilih:
Post a Comment