Wah! bunyi tajuk aje dah macam serius kan. Sebenarnya betul ape yang aku tulis tu. Kita sekarang kena berhati-hati dengan sesiapa sahaja even tu adik kau, abang aku, kakak kau, emak aku, kau atau aku atau siapa-siapa sajela. Bukannya kita tak percaya pada ahli keluarga sendiri tapi apa salahnya berjaga-jaga sebelum terjadi apa-apa.
Dari tadi aku membebel tapi tak jugak sampai ke isinya kan..huhu..sorryla ea..mukadimah je tu. Aku nak cerita berdasarkan kepada situasi yang telah berlaku kepada keadaan di sekeliling aku ea..Ini sebagai pengajaran aje ok.
Sekarang ini macam-macam kes berlaku melibatkan ahli keluarga sendiri. Contohnya, abang bunuh adik, ayah, atuk nenek, ayah bunuh anak, emak buang anak, anak buang ibu bapa and macam-macam lagila..hisy kadang-kadang takut nak baca paper sebab ada je berita pasal benda-benda ini..Apa dunia ni dah nak kiamat ke??
Tapi apa yang menyebabkan si pembunuh and si pembuang ni tergamak melakukannya sedangkan itu ahli keluarga kita sendiri. Tak tahu ke diorang betapa besarnya dosa yang diorang akan tanggung nanti??Walaupun anak itu masih kecil tapi dia tak bersalah and kenapa kita nak melibatkan dia walhal dia baru sahaja melihat dunia. Bagila mereka peluang untuk mengecapi kenikmatan dunia yang sementara ini.
Aduh, sungguh beremosi aku menceritakannya. Sebenarnya aku sangat sedih bila baca paper tentang pembuangan bayi ini. Bukan apa, bayi itu tak bersalah langsung and kalau kamu yang si pembuat ni tak nak menjaga bayi tu masih ramai lagi yang mahukannya. Tolonglah kasihani bayi-bayi itu.
Kes tentang anak lelaki yang membunuh ayah, atuk, nenek and adik perempuan telah mendapat liputan yang meluas skali. Kes itu masih lagi dalam siasatan. Masalahnya apa yang membuatkan dia bertindak sedemikian?? Adakah kerana ada suara-suara halus yang menyuruhnya membuat demikian atau dia sememangnya dengan rela hati bertindak begitu? Tapi aku respect dengan mak dia. Walaupon anak lelakinya itu telah membunuh ahli keluarganya, tapi beliau masih lagi sayangkan anak lelakinya itu..Itulah kasih seorang ibu yang begitu besar ertinya.
Lagi satu kes anak perempuan dan lelaki menghalau atau membuang emak sendiri sehingga tergamak meletakkannya di rumah orang tua. Yang paling menduka citakan adalah anak-anak dia tak jenguk langsung apalagi bertanya khabar berita samada emak diorang tu sihat atau tak sehingga la emak mereka menghembuskan nafas terakhir tanpa ada orang disisi.. Aduh, apa nak jadi dengan kamu ini semua sampai tergamak melakukannya. Alasan mereka sehingga tak dapat menerima emakknya itu adalah kerana sejarah silam emak mereka.
Emak mereka adalah seorang GRO ketika di zaman muda. Emak mereka bekerja begitu semata-mata ingin menyara anak-anak dia.Ingin menyekolahkan mereka sehinggakan ada diantara mereka telah bergelar ahli perniagaan yang berjaya. Tapi mereka semua telah lupa diri sedangkan duit yang mereka dapat semasa bersekolah dulu adalah dari titik peluh emak mereka juga! Tak pikir ke diorang emak mereka itu telah bekerja siang malam hanya ingin sekolahkan mereka. Tetapi mereka telah membuangnya begitu sahaja tanpa memikirkan dosa-dosa mereka. Yang paling sadisnya adalah bila emak mereka telah dimasukkan ke liang lahad barulah kelihatan anak-anak dia.. Mereka datang hanya dengan satu tujuan iaitu untuk menuntut harta pusaka!! Anak derhaka!! Dah la tak meminta maaf kepada emak mereka tetapi berani pula meminta harta..
Begitu lumrah dunia. Ahli keluarga sendiri pon tergamak melakukan perbuatan yang teruk itu, dan inikan pula orang luar. Jadi kita sebagai anak-anak muda, fikir-fikir lah dulu dosa-dosa yang akan mereka tanggung sekiranya mereka meneruskan niat mereka itu. Syurga terletak di kaki ibu. Walau apa pun pekerjaan ibu kita, dia masih lagi ibu kita dan darah daging kita. Tanpa dia siapalah kita didunia ini. Kepada ibu-ibu, walaupun telah bermacam-macam perkara atau dosa yang telah anak-anaki kita lakukan tapi sedarlah bahawa dia masih anak kita dan dari darah daging kita. Oleh itu, bentukkan lah hati supaya dapat menerima qada dan qadar.. wasalam.
2 insan terpilih:
bengang ngan manusia sekarang~
ramai yg x berperikemanusiaan..
kalau dpat, mmg nak dipijakkan je~!
eh sabar2..biasalah tu.fitrah manusia.mana da yang xwat silap.yang penting sume terletak pada niat kite.huhu
Post a Comment