~CEPAT KLIK LINK INI~

Saturday, April 3, 2010

Hari Belia membenarkan aktiviti merempit


Hari Belia akan disambut pada 14 Mei tahun ini. Ia akan menyaksikan pelbagai kelainan dari tahun-tahun sebelumnya. Apa yang lainnya adalah, pada hari tersebut semua belia yang tergolong dalam aktiviti merempit akan dibenarkan merempit menggunakan motosikal masing-masing sempena sambutan peringkat nasional itu. Biar betik??!! yahhoooooooo!!!(untuk mat-mat rempit sahaja ea)

Sebenarnya cadangan ini di utarakan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek. Beliau mencadangkan nya adalah dengan tujuan untuk menarik golongan belia menyertai sambutan itu dan sama-sama memeriahkannya. Tapi adakah cadangan itu rasional?? Bagi aku tidak sama sekali


Aku tahu, berita ini confirm-confirm akan membuatkan golongan rempit diluar sana melonjak kegembiraan ibarat seorang budak perempuan kecil baru mendapat aiskrim..huhu. Bagi aku cadangan ini tak rasional langsung sebabnya seperti yang kita tahu pihak berkuasa sekarang sedang bertungkus-lumus membanteras aktiviti rempit ini tapi kenapa kita patut bagi peluang dekat mereka walaupun hanya sehari untuk merempit..sangat tak patut..saya tak setuju yang arif! saya bantah!(huhu macam kat court pulak)



nampaknya kita ada pelapis rempit yang baru

Sepatutnya semasa Hari Belia, belia-belia ini akan didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang bersifat patriotik dengan tujuan untuk menyemarakkan semangat mereka supaya cintakan negara. Sebabnya kita bimbang penganjuran aktiviti merempit itu akan menimbulkan perasaan riak dan bangga di kalangan pelesit rempit kerana aktiviti itu secara tidak langsung diberi pengiktirafan di peringkat nasional oleh pihak kerajaan sendiri.

Kesimpulanya, kepada pihak kerajaan silalah fikir dahulu baik buruk dalam melaksanakan aktiviti itu kerana kita takut ia akan memberi imej buruk di mata pelancong yang datang nanti.

1 insan terpilih:

sheila said...

sama-sama la kita membantah cadangan ini..huhu..tak berfaedah pun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA