~CEPAT KLIK LINK INI~

Thursday, April 8, 2010

antara hati dan perasaan siapa yang patut didahulukan?

sedih rasa bila diri seperti disisihkan. bila senang barulah ingat aku. bila susah kau lupakan aku. apalah nasib ku ini. bila buat baik pun salah, buat jahat lagilah salah. jadi, aku nak kena buat apa?? bila aku buat jahat orang cakap macam-macam. bila aku buat baik orang cakap ada maksud tersirat..itulah fitrah manusia. ada sahaja yang tak kena dimata mereka. apa mereka ingat mereka sahaja yang betul..bile kita buat baik orang pijak kepala kita, last-last kita juga yang kena..arghhh apalah nasib ku ini..perkara ini selalu jadi kepada aku..apa yang harus ku lakukan..adakah patut aku menjadi jahat?? atau adakah patut aku buat tak tahu sahaja?? tapi bila aku buat tak tahu orang ingat aku sombong...arghhh!!! aku buntu..tolonglah aku. janganlah disebabkan orang lain aku pula yang terkena..

adakah aku telah membuat kesilapan dan aku tidak sedar akan kesilapan itu?? aku paling tak suka dengan perasaan ini..sebabnya ia akan membuatkan aku tertanya-tanya tentang kesilapan yang telah aku lakukan..sekiranya aku telah membuat salah aku minta maaf sangat-sangat..sekiranya ada orang cakap benda yang buruk tentang aku sehingga membuatkan orang lain memandang serong kepada aku, aku redha..mungkin ada hikmah disebaliknya..apa yang penting adalah aku tahu siapa aku dan orang yang rapat dengan aku juga tahu aku bagaimana. sekiranya ada buah mulut yang mengatakan perkara yang tidak benar dan anda mempercayainya, pastinya anda tidak kenal lagi siapa aku.

aku tahu susah mahu mengenali seseorang itu dengan sebetul-betul nya walaupun kita telah berkawan bertahun-tahun..tapi apa boleh buat mulut manusia tidak boleh ditutup. biarlah apa orang nak kata, asalkan aku bahagia bersama yang tersayang..huhu

adakah hanya aku seorang sahaja yang patut menjaga hati mereka sedangkan mereka tidak pernah mahu menjaga hati aku. adakah hanya mereka sahaja yang betul dan aku adalah salah?? tolonglah jangan buat aku begini. aku terseksa dengan perasaan aku sendiri..antara hati dan perasaan aku dan hati serta perasaan kamu yang mana patut aku dahulukan? tapi bagi aku, biarlah orang lain bahagia sedangkan aku terseksa..

3 insan terpilih:

ziEra said...

ngn sape..??
klu ngn aq sory la...
mgkin aq xprsan..
agpun aq pn xske nk gdo2 ..
de org kcik2 ati ngn aq ke...
smer tu aq xske...
n klu aq de wat slh...
i'm so sorry...

Anonymous said...

tp kna igt gak..
xsmstinya ble org tu wt gtu org tu yg slh..
mybe kte wt slah yg kite xprsn..
mnusia kn xsmer nye smpurna..

Anonymous said...

ayat cm nk slhkan org len je...
ntah2 ko yg xbtol kot..
xkan org je nak kna jge ati ko...
ko pn kna la jge ati org gak..
bgaul la bek2 ngn org skliling...
klu ko wt hal ko sndri kompem la org xske...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA