~CEPAT KLIK LINK INI~

Wednesday, July 28, 2010

beli tiket bas dan akhirnya dapat jugak melepaskan gian

hari ini pukul sebelas pagi aku keluar dengan membe sebab nak beli tiket bas. minggu ini aku nak balik rumah setelah dekat sebulan aku menghilangkan diri. setelah mendapat keizinan dari emak and mak cik aku, so bolehlah aku balik rumah pada hari jumaat ini..yahoo!! 

lagi seminggu sahaja dah nak puasa, jadi aku ambil peluang ini untuk balik sebab mungkin selepas ini aku tidak dapat balik akibat ada program atau pun ada assingnment yang perlu disiapkan. biasalah, budak bisnes so banyak projek kena buat..hoho

sebelum beli tiket bas, aku pergi masukkan duit dulu kat ASB. biasalah, kita kena menabung dari awal, nanti bila memerlukan duit bolehlah rodok sekejap bank tu..hoho..aku masukkan pun tak banyak sangat. sekadar yang mampu sahaja.

setelah masukkan duit, kitaorang pergi makan. aku dari hari itu teringin sangat nak makan nasi putih paprik ayam dengan telur bungkus. akhirnya hari ini dapat jugak aku penuhi permintaan aku tu. kalau tak mengidam lah aku..hoho

memang sedap giler lah. sampai licin aku makan. kalau korang tak percaya tanyalah kawan aku tu..hoho..dengan air jus tembikai nya memang tangkap muat betullah layan makanan tadi. hehe..harga pun amat berpatutan sesuai lah dengan rasa nya yang sangat enak and da bomm tu..hehe. 

kalau korang nak makan, pergilah dekat restoran Rohaya dekat Bandar Segamat. itupun kalau korang ada kat Segamat lah..hehe. lepas dah puas makan hingga kenyang barulah aku pergi beli tiket balik Shah Alam. harga tiket tu RM 23.10. harga tiket sekarang memang mahal betullah mungkin disebabkan minyak dah naik..

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA