~CEPAT KLIK LINK INI~

Monday, July 19, 2010

mcdonald patut sediakan khidmat kereta untuk deliver makanan.

semalam merupakan hari ahad. hari ini pula merupakan hari selasa. esok pula hari rabu. dan lusa pula korang pikirlah sendiri hari apa.hehe..ok aku bukannya nak cerita pasal esok hari apa ke, tulat hari apa ke, tapi apa yang aku nak cerita adalah apa yang berlaku pada hari semalam iaitu hari ahad.

masa hari ahad, hujan turun tanpa henti dari pagi sampailah pagi pada hari ini. memang sejuk sangat. and bila dah sejuk aku pun berasa sangatlah lapar. bila dah lapar terasa malas pulak nak turun beli makanan kat dining sebab hujan. nanti kena hujan demam pulak.hehe

jadi, apa yang terlintas kat otak aku adalah nak order mcdonald. kebetulan kawan aku pulak berfikiran sama dengan aku. dia tanya dah makan ke belum, aku jawab belum. dia tanya nak order mcd tak. aku cakap nak. tapi tak pandai nak call. last-last aku suruh rumate aku tolong orderkan.

disebabkan hujan, tahap kelaparan makin melampau-lampau. aku order mcd dari pukul 1.30 tengahari tapi orang tu deliver sampai pukul 7.15 malam. korang dapat bayangkan macam mana perut aku masa tu.

disebabkan hujan, diorang tak dapat hantar .yelah, mcd deliver kan naik motor. so basahlah diorang nanti.kesian pulak diorang nanti demam..hehe.

1 insan terpilih:

LiFe KaMi said...

best2..jom tgk mac D ronald kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA