masa bulan 3 lepas aku ada pergi klinik kat dalam uitm ni. aku pergi klinik bukan sebab aku nak dapat mc semata-mata, tapi disebabkan tangan aku menjadi ALLERGIC sehingga aku tidak dapat memegang pen langsung. dah la tangan sebelah kanan. doktor tu cakap tangan aku jadi macam ini sebab aku ALLERGIC dengan pencuci cecair baju dengan sabun mandi.
masa semester lepas tak jadi pun macam ini. tetibe sem ini kena pulak, maybe sebab aku dah tukar jenama sabun kot. dulu aku pakai pencuci cecair TOP tapi sekarang ini aku pakai DYNAMO. kalau sabun mandi pulak aku pakai LIFEBUOY warna merah tapi disebabkan hari itu aku nak beli dah habis, aku beli yang warna hijau pulak. rupa-rupanya sabun ini tak sesuai dengan aku lah..(so kena cari mangsa untuk basuhkan baju ni..hehe)
lepas dah jumpa doktor tu, dia cakap kalau tak elok jugak datang balik jumpa dia. ubat yang dia bagi punyalah banyak. aku ingatkan dia nak bagi krim aje. nak taknak kenalah makan jugak. kalau tak makan siapa yang nak makan bagi pihak aku.huuhu.
setelah sebulan bergantung kepada ubat-ubatan itu, tetap tak elok jugak tangan aku. sampai satu tahap tempat yang ALLERGIC tu dah jadi berair and luka sedikit. time tu memang pedih bila terkena air. tapi ku gagahkan jua.hehe. ubat-ubat pulak dah habis and aku teringat kat pesanan doktor tu kalau tak elok jugak pergi jumpa dia.
then masa hari jumaat lepas, aku ajaklah ex rumate aku untuk temankan aku pergi klinik. time tu tangan aku memang dah agak teruk sikit. nak pegang something pun tak boleh. then, doktor pun ceklah tangan aku. aku tanya dia kalau dah berair tu ok ke tak? pastu dia cakap itu tandanya dah ada INFECTIONS and takut nanti jadi nanah pulak. then lagi sekali dia bagi banyak ubat. and ada satu ubat tu dia cakap tak mengantuk kalau makan, tapi bila aku makan memang mengantuk adalah.huhuh
masa aku nak pergi amik ubat kat kaunter ubatan, aku kena pulak lecture dengan penjaga ubat kat situ. pakcik tu bagi ceramah punya lah panjang. tapi bagus jugak sebab aku dapat dengar ceramah di pagi hari di hari jumaat.hehe. sementara tunggu dia masukkan ubat, kitaorang pun dengarlah ceramah dia. masa mula-mula dia membebel jugak kat aku sebab aku pakai sabun yang sepatutnya digunakan untuk mesin basuh sahaja, tapi nak wat macam mana, dah beli so kenala habiskan..hehe
selepas itu, mulalah riwayat aku untuk menghabiskan ubat-ubatan yang diberi. Alhamdulillah, ubat tu memberi kesan yang memberangsangkan kat tangan aku. no more pain, no more cry..haha.(belasah je)
yang picture kat atas tu salah satu ubat yang dia bagi. saja tunjuk picture tu sebab nak buktikan aku ada makan ubat.haha.
0 insan terpilih:
Post a Comment