~CEPAT KLIK LINK INI~

Saturday, May 8, 2010

kasih sayang ibu tiada galang gantinya..



9hb 5 merupakan hari ibu. ibu merupakan seorang wanita yang sangat penting dalam kehidupan kita. tanpa ibu siapalah kita di dunia ini. ibulah yang membesarkan kita, memberi kita makan, minum, memandikan kita, menidurkan kita, memujuk kita bila kita menangis, menyapukan ubat di tempat yang luka, menyikatkan rambut kita, memakaikan kita pakaian dan macam-macam lagi.

banyak pengorbanan yang telah ibu lakukan. tak ada satu pun yang boleh membayar segala pengorbanan itu walaupun wang berjuta ringgit. hanya kasih sayang kita sahaja yang mampu membayar segala-galanya.

bagi aku, ibu yang di panggil emak merupakan seorang wanita yang sangat kuat. emak membesarkan aku dan adik beradik lain berseorangan ketika aku berumur 10 tahun. arwah abah telah meninggalkan kami semua pada tahun 1999. sejak itu emaklah ibu dan abah.

emak membesarkan kami dengan penuh kasih sayang. walaupun pelbagai dugaan dan cabaran yang datang, tapi emak dapat tempuh semua itu. kalau aku, pasti aku sudah tersungkur di tengah jalan. walaupun kami adik beradik terlalu banyak karenah, emak tetap sabar melayan kami semua tanpa berasa jemu.

ketika arwah abah sakit, emak berulang alik dari klang ke hospital kuala lumpur dengan menaiki bas. aku yang ketika itu masih kecil dijaga oleh abang dan kakak ku. emak tak pernah merungut atau menangis. emak tempuh semua dugaan dengan sabar dan kuat. mak tahu dia kena kuat demi anak-anak dia.

emak terpaksa menutup kedai kerana ingin memberi sepenuh perhatian kepada abah yang ketika itu sudah sakit kuat. masalah kewangan yang ketika itu melanda kami sekeluarga terpakasa kami tempuhi. kami terpaksa menebal muka meminjam duit untuk perbelanjaan kami sekeluarga. tapi mak tetap bersemangat sebab mak buat semua itu untuk kami semua.

setelah abah meninggalkan kami pada tahun 1999, mak membesarkan kami 6 beradik seorang diri. mak terpaksa menutup kedai sebab ingin memberi sepenuh perhatian kepada kami. aku yang ketika itu masih kecil seolah-olah mengerti apa yang emak sedang lalui. aku tidak pernah meminta sesuatu seperti alat permainan atau baju yang mahal kerana aku tahu duit itu lebih penting digunakan untuk benda lain.

kadang kala aku berasa sangat cemburu dengan budak-budak lain. mereka dapat apa yang mereka mahukan. tapi aku, walaupun aku betul-betul mahukannnya, aku hanya pendamkan sahaja. pernah suatu hari aku menangis hanya disebabkan aku cemburu mendengar perbualan antara anak dan ayah. tapi aku kena kuat demi emak dan orang lain.

nasib baiklah ada duit pencen abah, berbekalkan wang itulah mak menyara kami.setelah abang dan kakak bekerja, kuranglah sikit masalah. kini masing- masing sudah besar. pesan mak hanyalah ingin melihat anak-anak dia membesar manjadi orang yang berguna dan belajar hingga ke menara gading.

kini aku telah mencapai salah satu matlamat mak. tak sabar rasanya aku ingin memberi gaji pertama aku untukknya. jadi, untuk mencapai itu semua aku mesti belajar bersungguh-sungguh. aku tak mahu melihat dia bersusah payah lagi. kini giliran kami adik-beradik pula memberi setiap apa yang dia mahukan kerana mungkin selepas ini kita tak akan berpeluang berbuat begitu lagi. jadi sementara ibu kita masih hidup, hargailah dia sebaiknya. jangan bila dia sudah tiada barulah kita berasa menyesal. menyesal ketika itu sudah tiada maknanya.

kepada emakku, ROSNAH BINTI DERANI, SELAMAT HARI IBU anakanda mu ucapkan.

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA