tadi masa aku tengah baring-baring kat katil aku dengar la kejap radio kat handphone aku ini. lepas itu aku dengarlah tazkirah daripada Prof. Izi Yahya. tazkirah yang dia bagi kali ini adalah tentang ibu dan anak.
katanya, jika kita, anak-anak mendengar suara ibu, ia dapat mengurangkan tekanan atau stress dalam diri kita. selain itu, bila kita mendengar suara ibu, ia akan dapat menaikkan semangat kita dalam melakukan apa-apa.
oleh itu, jika kita selalu stress atau mengalami tekanan, call lah emak kita dan insyaallah segala tekanan akan hilang. jika kita ada apa-apa masalah, kongsilah bersama emak kita kerana mungkin masalah kita akan dapat diselesaikan.
begitu hebat sebenarnya aura suara ibu-ibu kita. apabila kita mendengar suara mereka, hati kita akan tenang lagi-lagi bila kita berada jauh dari mereka. jadi, janganlah kita selalu membuatkan mereka marah kepada kita kerana bila mereka marah mungkin ia akan menyebabkan kita bertambah tertekan. jadi, renung-renungkanlah dan selamat beramal.
2 insan terpilih:
betul la...klau saya stress..saya mesti cari mama ajak sembang2...kejap pn jadi lah~ kekadang die tengah masak saya g dapur kacau die. :)
aura ibu itu luar biasa kan? :)
setuju sangat...
selalunya klu da masalah, trus call mak, sekadar berbual kosong dan bertanya khbr dan kebiasaannya hati terus jadi tenang dan lega...
Post a Comment