hari ini dah 6 hari aku kat UITM Segamat. sangat bosan dan bosan. semester ini aku dapat bilik baru tapi wing yang aku duduk ni aku pernah duduk dulu masa aku semester 3 dengan 4. so dah biasa sikit lah dengan keadaan sekeliling dan toiletnya..huhu
nasib baik bilik aku kali ini mengadap blok depan. kalau mengadap hutan memang aku akan jumpa pakcik khinzir, wak monyet,dan macam-macam binatang lagi..hehe..macam zoo pulak..hoho
masa mula-mula memang bosan sebabnya suis bilik aku semuanya rosak. ada 8 suis dan semuanya rosak..korang bayangkan kalau aku ni memang dah giler nak online bila masuk-masuk aje suis semuanya rosak..korang bayangkan betapa bosannya aku..hisy. sebab tulah aku dah lama tak online..sorrylah ea kawan-kawan semua..hehe
nak gosok baju tak boleh, nak charge handphone tak boleh, nak bukak laptop tak boleh, korang bayangkan betapa tersiksanya aku.adoii..setiap kali nak gosok baju kena pergi bilik depan, bila nk caj hp kena pergi bilik kawan aku. tapi nasib baik dekat aje dengan bilik aku.
tapi bila masuk sahaja waktu malam memang bosan tahap gabanlah. cara nak hilangkan bosan tu hanyalah dengan pergi ke bilik kawan aku, lepak-lepak kat situ sampailah tengah malam..hoho. minta maaf tuan rumah..
dah lah jadual kelas aku sangat bosan. bayangkan kelas aku punya time tersangatlah bosan. hari isnin kelas pukul 4 sampai 6. hari selasa pukul 10 sampai 12, and kul 2 sampai 4. hari rabu pukul 2 sampai 4 aje. hari khamis and jumaat ada kelas pagi..hehe..hari aku hanya di penuhkan dengan tidur aje..hoho
lepas ini boleh lah kau update blog. itupun kalau aku ada idealah ye kawan-kawan.hhuhu. selamat berjuang kepada semua kawan-kawan yang belajar di uitm segamat ea.chayok semua!! gambate!
2 insan terpilih:
simpati pulak bila baca tajuk entri. heh. opssss :)
hehe..sedih tau bile suis rosak..hoho
Post a Comment