~CEPAT KLIK LINK INI~

Sunday, August 8, 2010

menziarahi kubur rutin kami sekeluarga sebelum menyambut ramadhan

tengahari tadi aku, emak dan abang kedua aku pergi menziarahi kubur arwah abah, wan, dan atuk. sudah menjadi rutin kami sekeluarga untuk menziarahi kubur sebelum menjelang ramadhan dan semasa menyambut hari raya.

nasib baik lah aku balik rumah masa hari jumaat hari itu. jadi, dapat jugaklah aku pergi menziarahi kubur. sebab tahun lepas aku tak dapat ziarah atas sebab-sebab tertentu. jadi bila emak cakap nak pergi kubur hari ini aku okay sahaja, lagipun isnin aku sudah kena balik segamat.

sebelum pergi ke kubur, aku di arahkan oleh emak untuk meracik daun pandan. dah la banyak sampai dua tandan. yang raciknya aku sorang sahaja, so lambatlah sedikit kerja tu nak siap.hehe. lagipun anak buah aku asyik kacau aje, macam mana kerja nak siap.hehe

selepas setengah jam meracik akhirnya kerja itu di sambung oleh emak aku sebab aku kena pergi bersiap-siap.hehe. lepas sudah siap semua kerja dan abang aku sudah pun sampai ke rumah, kami pun bergerak ke kubur yang mengambil masa hanya 10 minit sahaja.

banyak juga perubahan yang aku lihat dekat kawasan perkuburan itu. contohnya kawasan masuk sudah di simen, jadi senanglah orang nak parking motor, dan takdalah lecak lagi. bagus-bagus.

sampai sahaja dekat kubur arwah abah aku, abang mula menebas pokok yang sudah mula tumbuh dengan lebat di atas pusara. sungguh bersemangat dia setelah mendapat parang yang sudah di asah siap-siap dekat rumah.hehe. mentang-mentanglah tajam, laju sahaja dia menebas.

kerja aku pulak adalah mengelap batu nesan, dan dinding-dinding kubur dengan kain buruk. banyak pasir-pasir dah melekat, jadi bila dibersihkan jadi putih baliklah. huhu..emak aku pulak pergi baca doa dekat pusara arwah wan aku yang berdekatan situ juga.

terasa aman sahaja ketika aku melakukan kerja aku. sayu, sunyi, dan tenang sekali. setelah siap semua kerja, aku pun menadahkan doa di pusara arwah wan, abah, dan atuk. masa bacakan doa dekat pusara arwah abah, aku terasa hendak nangis, tapi aku tahan sahaja. aku tak tahu kenapa aku rasa sedih tersangat. walaupun arwah abah sudah meninggalkan aku selama 11 tahun tapi aku masih lagi bersedih. hmm

setelah itu aku menyiram air ke pusara abah. emak dan abang sudah pergi ke kubur atuk tingallah aku seorang diri menadah doa untuk kesejahteraan abah 'di sana'. setelah selesai aku berganjak pula ke kubur arwah atuk, aku turut membersihkan batu nesan dan kawasan sekelilingnya. abang aku pula menebas dahan yang mula tumbuh di pusara.

setelah  emak dan  abang pergi membasuh tangan di paip yang disediakan, aku mula menadah doa. saat itu pelbagai perasaan menyelubungi. tidak dapat lagi aku membendung perasaan sedih. terasa setitis air mata mula tumpah ke pipi. tapi aku cuba kuatkan semangat untuk tidak nampak lemah di mata mereka berdua. setelah selesai semuanya kami pun mula beredar dari kawasan perkuburan.

bagi mereka yang masih punya bapa, nenek dan atuk, sayangilah mereka semua. kerana suatu hari nanti mereka pasti meninggalkan kita semua. saat itu tiada apa yang boleh kembalikan mereka walaupun air mata darah sekali pun. hargailah mereka semua sehingga anda berasa puas, kerana aku tidak mendapat kepuasan dan kasih sayang dari abah, wan dan atuk sedari aku kecil kerana aku telah kehilangan mereka.

1 insan terpilih:

yin nordin said...

tak semua orang dapat apa yang mereka impikan. kdg2 kita punya keluarga ya sempurna tp jauh dari mereka. kuatkan hati dan ingat masih ramai yang menyayangi adik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA