permohonan untuk kemasukan ke ijazah sarjana muda sudah di buka. macam-macam tengah aku fikirkan sekarang. bukan sekarang baru aku fikirkan, tapi dah berbulan-bulan aku fikir. aku masih lagi was-was dengan pilihan aku. apa yang aku nak ambil untuk degree nanti.? boleh ke aku bawak course itu nanti.? aduh...
ada empat pilihan yang perlu di buat. apa yang aku nak pilih ek? tapi yang pasti human resource pasti dalam senarai aku.hehe..lagi 3 pilihan aku tak tahu lagi. aku risau kalau-kalau pilihan yang aku buat itu nanti akan membuatkan aku tercampak lebih jauh dari rumah aku..hehe
dah tak sanggup rasanya untuk berjauhan dengan rumah. bukan apa, bila jauh dari rumah kos pengangkutan akan meningkat. kesian pulak dekat makcik aku nanti yang akan hantar dan ambil aku. cukup lah aku dah jauh dekat segamat ini.
kalau boleh aku nak dapat kat shah alam sebab dekat dengan rumah aku. so senanglah sedikit. boleh ulang alik dari rumah.hehe. bukan sebab aku nak sangat dapat shah alam sebab shah alam itu bagus, tapi aku nak dekat dengan rumah, so tak payah la aku naik bas sampai 4 jam baru sampai rumah.sakit pinggang aku ini..huhu
tapi setelah aku bertanya kepada penasihat akademik aku tentang masalah ini, akhirnya aku dah tahu apa yang inginkan. aku harap course yang aku pilih and dapat nanti akan memberi sinar harapan kepada aku..hehe. aku rasa aku nak ambil course human resource, marketing dan finance. mana antara yang dipilih itu akan terkena kita tunggu dan lihat sahaja..hehe..adioss.
1 insan terpilih:
good luck
Post a Comment