~CEPAT KLIK LINK INI~

Tuesday, August 10, 2010

perangai konduktor dan pemandu bas yang agak kurang moral

siapa dekat sini pernah naik bas ekspress? mestilah ramai kan. hehe. pernah tak korang semua mengalami atau mendapat pemandu bas atau konduktor bas yang kurang moral? kurang moral dekat sini bermaksud cakap kasar dengan penumpang.

aku pun pernah mengalami benda yang sama disebabkan aku ini selalu jugak lah naik bas ekspres. macam-macam ragam aku tengok. ada yang baik, ada yang jahat, ada yang sederhana..kalau dapat orang yang baik, memang senang lah nak berurusan. tapi kalau dapat yang kurang moral tu, alamatnya ngumpatan lah yang dia dapat..haha

hari itu masa aku tengah menunggu bas dekat bus stand, adalah seorang penumpang ini tanya dekat konduktor bas tentang bas dia yang tiba lewat. lepas itu, konduktor bas tu boleh pulak marah-marah. dah lah bas tiba lewat dari yang di jadualkan, lepas tu nak marah-marah penumpang pulak. macam ni ke orang malaysia? hisy

lagi satu kes masa dalam bas. masa itu bas tu nak berhenti untuk memberi peluang dekat penumpang membuang air. masa tu pemandu bas bagi arahan dekat depan. jadi adalah makcik ini yang duduk belakang sekali tanya boleh tak nak pergi bilik air kejap. lepas tu driver bas ni marah-marah pulak. patutnya jawab lah elok-elok. tak payah lah nak marah-marah depan penumpang lain.mungkin makcik tu tak dengar ke apa. hisy

patutnya pemandu bas atau konduktor bas ini kenalah berlemah lembut sedikit dengan penumpang. nanti kalau bersikap kasar, dan penumpang pulak dah naik menyampah, nanti macam mana nak dapat banyak penumpang naik bas dia. nanti jangan terkejut pulak kalau suatu hari nanti bas itu kosong tidak ada penumpang. lepas itu barulah sibuk-sibuk nak buat promotion lah apalah.

memanglah mereka penat, tapi kenalah professional. kalau tak tahan kerja tu dan nak marah-marah sahaja, lebih baik jangan jadi pemandu bas atau konduktor bas. daripada bagi reputasi buruk dekat syarikat bas, lebih baik cari kerja lain. ada paham?

oleh itu, kepada pemandu bas atau pemandu yang lain, silalah hormat penumpang lain sekiranya kamu mahukan penumpang itu hormat kamu balik. jika masing-masing hormat-menghormati, maka hidup akan lebih harmoni.

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA