~CEPAT KLIK LINK INI~

Saturday, October 9, 2010

busy, line teruk, test dapat A, lecturer moody, modul..itu semua apa yang berlaku dalam minggu ini

assalamualaikum semua..sejak akhir-akhir ini aku dah jarang update blog. maaflah ea kawan-kawan. banyak sangat masalah negara yang aku fikirkan sekarang ini. dengan kelajuan broadband aku yang macam siput ini, siapa yang tak tension kan. maybe salah aku jugak sebab tak bayar-bayar..hehe..bukan tak da duit, tapi masa nak keluar ke bandar tu takda. so paham-paham jelah ea.

lagipun aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ini aku rasa penat sangat. maybe banyak sangat benda yang kena buat. dengan tak cukup tidur nye. atoyai. mintak-mintak semua kerja dapat disiapkan dalam waktu yang ditetapkan amin..tadi pun aku baru setel modul Biro Tatanegara aku..bosan betul..tak paham apa yang dia cakapkan..hehe

minggu depan aku ada 2 test. satu apa pun aku tak baca lagi. dengan event and dinner nya tak habis-habis..adoi poning palo den. assignment dengan presentation jangan cakap la. dari hari tu tak setel-setel lagi..hehe..biasalah student akhir lah katakan. macam perdana menteri pulak busy nye. nak update blog pun kena pikir dulu. dengan line macam cipan..buat aku bertambah tension sahaja..huhu

oklah..moga-moga segala test, assignment, presentation and report dapat disiapkan dalam waktu yang ditetapkan..oh lagi satu benda aku nak bagitahu. hari jumaat lepas aku dah dapt result test 1 international business. alhamdulillah aku dapt A..tak sangka aku. mintak-mintak test 2 pun aku dapat A jugak..aminn..

tapi masa hari jumaat tu aku tak tahu kenapa lecturer aku moody semacam and marah kat kitaowang lak. maybe dia tengah tension tu. anyway aku mintak maaf lah kat dia walaupun dia mungkin tak baca blog buruk aku ini..hehe..sebab aku takot apa yang dia cakap masa dalam kelas tu akan menjadi doa. apa yang dia cakapkan tu, tak payahlah aku cerita ea..hehe..

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA