assalamualaikum semua..selamat bertemu kembali kita di entry kali ini..hehe..macam pengacara masak memasak pulak aku ni..hurm tadi aku baru pulang dari hospital. aku tak sakit, korang semua jangan risau. aku pergi hospital sebab tengok kawan aku.
kawan aku yang bernama Fanizah baru sahaja melahirkan anak nya yang pertama. Fanizah ni kawan sekolah aku maknanya sebaya dengan aku lah. dia kahwin lepas SPM. so semalam 18hb dia selamat melahirkan anak lelaki seberat 2.7 kilogram.
comel sangat anak dia. tak sangka dia dah bersalin sekarang. dulu dia mengandung tapi gugur, aku tak tahu pun dia mengandung lagi, tau-tau pagi tadi kawan aku call bagitahu dia dah bersalin. so aku dengan membe aku lagi 2 orang lawatlah dia kat Hospital Razif.
masa tu family dia baru nak balik. so tinggalah dia dengan husband dia. husband dia cuma atas aku setahun. kalau tengok memang macam budak-budak tapi tak sangka dah jadi bapa. berat dah tanggungjwab dia sekarang.
nama anak dia Muhammad Ilham, nama tu memang Fanizah suka sejak dari dulu lagi.hehe. akhirnya tercapai jugak impian dia. muka dia pun semakin berseri-seri sekarang. comel macam dulu..hehe. aku baru nak habis diploma, kawan aku dah ada anak..hehe..
Fanizah cerita tadi yang masa dia bersalin alhamdulliah semuanya senang. dengan sekali teran dah keluar anak dia. cuma yang sakitnya masa menunggu masa nak bersalin tu sahaja. oklah. aku harap Fanizah dan sekeluarga akan bahagia hingga ke akhir hayat. dan akan dikurniakan anak lebih ramai lagi..hehe
aku dengar pun tadi ada lagi sorang kawan aku tengah mengandung 2 bulan..lepas ni giliran dia pula akan nak jenguk..huhu seronok betul dah bergelar ibu muda kan. oklah..itu sahaja..selamat malam.
0 insan terpilih:
Post a Comment