~CEPAT KLIK LINK INI~

Wednesday, October 13, 2010

kalau ambil gambar kucing, nanti kucing itu mati. betul ke??


assalamualaikum semua..hari ini aku nak tulis sedikit pasal kucing. aku ni bukanlah peminat kucing sangat. setakat suka dari jauh tu adalah. tapi kalau nak pegang tu tak berani..hehe..kadang-kadang ada jugak niat nak main-main dengan kucing, peluk kucing, usap-usap si kucing tu, tapi aku takutt..takut dia gigit aku, cakar aku. 

walaupun anak buah aku pun ada kuku macam kucing yang suka cakar-cakar tapi dia orang bukan kucing, so aku tak takot..hoho..dulu arwah abah aku ada jaga 2 ekor kucing jantan. tapi lepas tu dan mati sebab maybe dia ikut tuan dia kot. bila abah aku meninggal, kucing tu pun mati..hurm

aku baru tau baru-baru ini bila kawan aku cakap. kalau kita ambil gambar kucing, nanti kucing tu mati..betul ke? aku pun tak tahu pasal semua ni. hari tu aku jumpa kucing comel sangat, bulu dia cantik. lepas tu aku nak ambil picture kucing tu, pastu kawan aku cakap jangan ambik. nanti kucing tu mati. aku yang tak tahu pape pun turutkan lah arahan..hehe


tapi, kadang-kadang ada jugak betulnya. bila dulu ada kucing beranak depan rumah aku, aku ambil picture anak kucing tu. selang berapa hari kucing tu terus mati..aku sedih sangat. baru ingat nak bela tapi tak kesampaian.

tapi aku pelik jugak, kadang-kadang ada blogger suka cerita pasal kucing dia and amibik picture kucing dia tengah guling-guling lah, tidur lah. hurmm tak mati ke nanti kucing dia tu.. aku risau pulak. bukan nak mendoakan, tapi cuma risau..


takpelah, kalau percaya lebih-lebih kurafat pulak jadik nyer. so aku ambik pengajaran ini sebagai iktibar sahaja. kalau ada readers yang tahu pasal ini, share-sharelah dengan aku. betul ke kalau kita ambil gambar kucing tu nanti kucing tu mati?? wallahualam..


0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA