~CEPAT KLIK LINK INI~

Tuesday, January 25, 2011

Fasha Sandha dan Jejai putus cinta

assalamualaikum, hari ini aku rasa senang hati sangat sebab nya kuliah semua dibatalkan pada pagi ini hinggalah pukul 1 tadi. yang cantiknya kelas aku dari kul 9 pagi sampai kul 1 petang so memang ngam-ngam lah dibatalkan tu.hehe

tapi malangnya malam pula ada kelas..atoyaiii..rilex la chill lecturer hensem kot malam ni, so kenalah happy..haha. sebab apa aku cakap lecturer aku hensem malam ini adalah kerana dia memang hensem, tapi ada sesetengah dari kami termasuk aku tak suka sangat cara dia mengajar, macam saja je nak balas dendam time dia belajar dulu..huh

oklah, itu hanya mukadimah sahaja, sebenarnya aku nak cerita pasal hubungan antara Fasha Sandha dan Jejai yang sudah putus di tengah jalan..hahaha tengok kan Tuhan dah balas balik perbuatan mereka..opss

KINI HANYA KENANGAN...Fasha dan Jejai ketika menjalin hubungan.

dalam paper kata hubungan mereka putus disebabkan bekas isteri jejai, Nora Danish. masalahnya mereka tu bukan ada apa-apa lagi, so buat apa nak babitkan Nora pulak. tak patut tak patut. entah-entah si Jejai ini yang ada hati lagi kat Nora kot?? jeng jeng jeng...

Selepas sekian lama mengambil sikap tunggu dan lihat, Rizal Ashram Ramli, 34, atau Jejai semalam mengesahkan hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha sudah berakhir dan pada masa sama menegaskan bekas isterinya, Nora Danish sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan itu.


“Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.

Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.

Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.

Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip.

“Walaupun dalam penulisan (gosip di akhbar) tidak menamakan artis berkenaan, tapi sesiapa yang membaca pasti akan mengetahui siapa artis yang dimaksudkan. Sebenarnya ia tidak pernah berlaku seperti ditulis.

“Dakwaan dia (Nora Danish) menggunakan keluarga saya untuk memisahkan (saya dan Fasha) tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, saya tahu semuanya,” kata Jejai menerusi e-melnya. 

Jejai turut menegaskan dakwaan mengatakan Nora gila talak amat keterlaluan. 

“Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu,” katanya.

Jejai turut menegaskan kenyataan diberikan mengenai isu perhubungan cintanya itu yang terakhir dan berharap ia tidak lagi diperkatakan atau ada pihak cuba menjadikan ia sebagai satu isu.

credit: metro

nota: dulu masa bercinta bagai nak rak. sampai nak sorok-sorok. bila dah putus nak dihebohkan pulak. masa bercerai kaitkan dengan Fasha, berpisah pulak kait dengan Nora..atoyaii. bagi pendapat akulah, mak Jejai ini sebenarnya sayang lagi dengan Nora ni. mesti dia tak suka Fasha jadi menantu dia. yelah, dahlah seksi..opss..
lantak diorang lah..lepas ni takda lagilah insiden helikopter turun kat tempat pengambaran..hehe

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA