~CEPAT KLIK LINK INI~

Monday, January 10, 2011

KOMEN ANUGERAH JUARA LAGU KE 25


assalamualaikum, semalam baru sahaja selesai berlangsungnya Anugerah Juara Lagu ke 25. belum pukul 9 malam lagi semua housemates sudah duduk bersila di depan televisyen. nasib baik aku keluar awal so dapatlah aku port yang terbaeekkk punya.hehe

disebabkan terpaksa duduk di lantai selama 2 jam ternyata punggung aku memang sakitt..tapi demi AJL 25 ini ku sanggup redahi jua..cewahhh!!

baiklah sekarang aku nak start komen tentang AJL 25 semalam. masa dia mula-mula start dengan menampilkan penyanyi Fransisca Peter memang dah terasa aura di situ. lepas tu Nash dan M.Nasir pula menyanyi memang kembalikan terus kegemilangan Juara lagu tahun-tahun lepas. mantap seyhh..walaupun mereka orang lama tetapi suara tetap maintain..

selepas itu, mulalah pertandingan AJL dengan menampilkan Yuna sebagai artis peryama bertanding. persembahan yuna pada malam itu ternyata memberi kelainan apabila tahun lepas dia membawa piano sekecil tapak tangan, tapi kali ini menggunakan piano sebesar orang pula. hehe..memang berhantu sedikit persembahan dia pada malam itu.


selepas itu giliran Tomok membuat persembahan. banyak kejutan di tonjolkan oleh Tomok dan kelainan yang di tampilkan dalam lagu Berlari itu. kalau ditengokkan sudah seperti Justin Timberlake pula.hehe. ingatkan Tomok boleh menang persembahan terbaik tapi sangkaan itu hanya pada permulaan sahaja.

selepas melihat persembahan dari Shahir, Hafiz, Api, Bunkface, Black dan lailain, semuanya memberi banyak kejutan. setiap persembahan mereka mempunyai gimik dan lakonan bagi menceritakan lagu mereka itu. ada sesetengah persembahan aku faham, ada sesetengah pula aku tak faham.hehe

rata-rata artis yang membuat persembahan pada malam itu memakai baju bewarna merah, putih, hitam dan biru. sudah seperti warna bendera Malaysia pula. hehe. yang paling memberi impak pada persembahan mereka ialah Faizal Tahir menerusi lagu Hanyut. memang layak persembahan itu diangkat sebagai Persembahan Terbaik.

vokal Hafiz yang mantap menerusi lagu Noktah Cinta melayakkan beliau untuk memenangi Vokal Terbaik seterusnya menangkat lagu itu sebagai tempat yang ke3. manakala suara dan kelantangan yang memukau dan susunan lirik yang mantap dari Black dan Meet Uncle Hussein membolehkan mereka mendapat tempat yang kedua.

ku sangkakan Faizal Tahir akan mendapat tempat pertama selaku juara AJL 25, tapi sangkaan bukan sahaja aku malah orang lain semuanya meleset. Ana Rafalli di angkat sebagai juara memberi kejutan kepada semua. siapa sangka gadis yang dicungkil bakat melalui Youtube boleh memenangi AJL25.


mungkin lirik yang begitu berpuitis dan bermakna termasuk juga dengan cara penyampaian telah membuatkan lagu ini di tempat pertama dengan menumpaskan lagu lagu hebat yang lain seperti Selamat Malam, Ekstravaganza dan lain-lain.


penutup sementara menanti keputusan menampilkan Ziana Zain, Dato Sharifah Aini dan Dato Siti Nurhaliza. memang itulah persembahan yang ditunggtunggu semua peminat. nostalgia kembali terimbas kerana mereka menyayikan lagu-lagu lama mereka yang pernah dipertandingkan di ajl dahulu. sebaik sahaja mereka muncul di pentas, penonton sudah mula menyorak. salute kepada mereka!!

1 insan terpilih:

niesz said...

congrate tuk semue yg menang.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA