~CEPAT KLIK LINK INI~

Friday, January 7, 2011

JUARA LAGU KE 25 MILIK FAIZAL TAHIR ?

Assalamualaikum, hari ini macam biasa aku duduk kat rumah sewa tak ada buat apa. rutin harian pun sama je, pergi kelas, makan dan tidur..bab tidur tu memang best..sampaikan taknak bangun langsung. so far housemates semua okay. cuma baru kenal-kenal camtu je. budak bilik pulak takda masalah alhamdulillah.


tanggal 9 januari 2010 bersamaan hari ahad akan berlangsungnya ANUGERAH JUARA LAGU KE 25. masa mula-mula ku pikirkan tak dapat tengok ajl tahun ni. tapi nasib baik rumah sewa aku ni ada tv siap dengan astro lagi, memang mantap la..hehe..pukul 8 dah terpacak duduk bersila ramai-ramai depan tv.

sebanyak 14 buah lagu yang akan dipertandingkan pada malam tersebut dan kesemuanya memang ada aura dan style yang tersendiri yang sudah pastinya menyukarkan juri untuk membuat pemilihan pemenang.

pada tahun lepas, juara lagu ke 24 disandang oleh AIZAT dengan lagu PERGI manakala YUNA ditempat kedua dengan lagu DAN SEBENARNYA. lagu PERGI pada masa itu ibarat lagu berhantu kerana ia mempunyai aura yang mantap..mamang layak di gelar pemenang.

jadi, pada tahun ini siapa pula yang akan menjuarai Anugerah Juara Lagu ke 25? semuanya masih menjadi teka teki.. ramai yang mengatakan FAIZAL TAHIR akan menjadi juara pada malam itu dengan mempertaruhkan 2 buah lagu iaitu SELAMAT MALAM dan HANYUT..




Melodi, lirik dan susunan muzik untuk lagu Selamat Malam yang cukup segar serta bertenaga memungkinkan ia untuk bergelar juara.

Jika rezeki tidak berpihak kepada Selamat Malam sekali pun, siapa tahu Faizal masih lagi boleh tersenyum puas seandainya pihak juri merasakan lagu Hanyut juga hasil karyanya bersama Audi layak untuk menduduki tangga teratas AJL25.

Namun, siapa tahu, rezeki berganda untuk Faizal dan Audi sekiranya lagu Selamat Malam dan Hanyut mampu menduduki dua posisi dalam tiga tempat yang disediakan. Mustahil? Mengapa tidak kerana sejarah sudah pun membuktikan sebelum ini AJL yang pertama di mana dua buah lagu ciptaan Manan Ngah dipilih untuk menduduki posisi juara dan naib juara.

Dua lagu yang dipertandingkan pada tahun 1986 itu adalah Sekadar Di Pinggiran dan Aku Kehilanganmu kedua-duanya nyanyian Francissca Peter. Jadi, tidak mustahil untuk Audi dan Faizal mengulangi kejayaan 24 tahun lalu. Seandainya itu berlaku, tidak perlulah membuat bising atau mencetuskan kontroversi kerana juri lebih bijak membuat keputusan.

Atau mungkinkah tahun ini akan menyaksikan kumpulan indie popular, Meet Uncle Hussain (MUH) akan kembali menjulang kejuaraan menerusi lagu Drama King. Memang tidak mustahil kalau Drama King dijulang sebagai juara kerana keunikan dan keistimewaan lagu itu yang cukup menarik perhatian.



Ditambah dengan kemantapan vokal Black yang menambahkan merit untuk lagu itu dinobatkan sebagai Juara Lagu Ke-25. Namun, usah dipandang enteng kepada lagu-lagu lain seperti Cinta Sempurna ciptaan sepenuhnya oleh Yuna, Ekstravaganza (Bunkface), Pelita (A.P.I) dan Mencari Konklusi (Hujan) yang mampu mencipta kejutan pada malam AJL25.




yang tengah tu my cousins..hehe


Keempat-empat lagu ini berdiri atas landasan yang tersendiri dan memiliki kekuatan serta keseimbangan komposisi serta liriknya. Begitu juga dengan lagu-lagu yang mendapat perhatian meluas di corong radio seperti Noktah Cinta (Hafiz), Sofea Jane (Black) dan Ku Ada Kamu (Adira) juga mempunyai peluang untuk duduk dengan selesa di tiga tempat teratas.





Selain itu, kategori Vokal Terbaik juga tidak kurang hebatnya. Nama-nama seperti Faizal, Black dan Hafiz merupakan mereka yang dilihat akan memberikan persembahan terbaik menerusi lagu yang disampaikan. Tidak mustahil Black menjulang kategori ini untuk dua tahun berturut-turut kerana kehebatan vokalnya memang sudah terbukti satu dalam sejuta.


Kalau juri mencari kelainan tahun ini, mungkin kumpulan A.P.I menerusi gandingan vokal Azlan & The Typewriter dan vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh mempunyai peluang memenangi Vokal Terbaik. Mengapa tidak? Kerana sebelum ini pun paduan suara Jaclyn Victor dan Lah Ahmad juga pernah memenangi kategori Vokal Terbaik pada tahun 2007.

Kalau Adira memberikan persembahan terbaik dengan mengawal gaya nyanyiannya agar kedengaran lebih sedap didengar untuk lagu Ku Ada Kamu, gelaran Vokal Terbaik AJL25 juga boleh menjadi miliknya. Mungkin juga gelaran itu akan berpindah milik kepada Yuna dan Ana Raffali yang memiliki gaya nyanyian tersendiri.




AJL25 yang dihoskan oleh Faizal Ismail, Cheryl Samad dan Ally Iskandar itu akan menyaksikan persembahan pembukaan oleh Francissca Peter, Nash dan M. Nasir yang pernah memenangi AJL sebelum ini.


Khusus untuk penonton setia mereka, TV3 akan menampilkan tiga penyanyi wanita unggul negara iaitu Datuk Sharifah Aini, Ziana Zain dan Datuk Siti Nurhaliza menerusi sebuah persembahan istimewa untuk segmen interlud.

Pemenang Anugerah Lagu:


Juara Anugerah Lagu 2000 (AJL KE-16)
-Siti Nurhaliza – Balqis

Juara Anugerah Lagu 2001 (AJL KE-17)
-Yasin – Mimpi Laila

Juara Anugerah Lagu 2002 (AJL KE-18)
-Nurul & Ajai – Keliru

Juara Anugerah Lagu 2003 (AJL KE-19)
-Misha Omar – Bunga-bunga Cinta

Juara Anugerah Lagu 2004(AJL KE-20)
-Spider – Relaku Pujuk

Juara Anugerah Lagu 2006(AJL KE-21)
-Adibah Nor-Terlalu Istimewa

Juara Anugerah Lagu 2007 (AJL KE-22)
-Estranged-itu kamu

Juara Anugerah Lagu 2008 (AJL KE-23)
- Meet Uncle Hussain-Lagu Untukmu

Juara Anugerah Lagu 2009(AJL KE-24)
-Aizat-Pergi

Juara Anugerah Lagu 2010 (AJL KE-25)
-????

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA