~CEPAT KLIK LINK INI~

Thursday, May 27, 2010

gempar. ada bayi kembar yang baru dilahirkan di buang di rumah aku!!

sekarang ini banyak sangat kes orang buang bayi. kesian aku tengok baby-baby ni. tak bersalah pun diorang. sampaikan makcik aku ada cakap kalau taknak baby tu bagi je dia. sebab nye dia ni belum berkahwin lepastu suka budak-budak. itulah dia manusia, bila ada anak di buang, bila mahukan anak tak dikurniakan pulak.hmm

harini rumah aku gempar dengan penemuan 3bayi kembar yang telah diletakkan di celah-celah pokok di halaman rumah aku. bayi-bayi ini dikatakan telah dilahirkan pagi tadi. adik aku yang masa itu nak pergi sekolah telah ternampak tompok-tompok merah dipercayai darah di pokok-pokok. anak siapalah itu. sungguh kejam kerana membiarkan anak mereka begitu sahaja dan kelaparan

lepas itu, mak aku pun balutkan bayi-bayi itu dengan kain. sungguh comel mereka. kemudian tadi masa aku nak keluar dengan emak pergi ke bandar, mak telah menunjukkan bayi-bayi itu kepada aku. sungguh kasihan. masih melekat lagi darah-darah kering di badan mereka.

setelah balik dari bandar, aku telah menyuruh adikku untuk mengangkat bayi itu dan diletakkan di suatu tempat. sebab cuaca semakin panas kesian pulak aku tengok mereka berjemur.huhhu. masa anak-anak itu dilahirkan kelihatan bapa mereka juga ada di situ. kemudian aku tanya dekat mak adakah itu bapak dia, dan mak pun jawab ye.

tiba-tiba adik aku ni emo apasal entah and baling bola dekat bapak dia.huhu. sebabnya tinggalkan anak dia kat celah-celah pokok. sekarang tak tahulah siapa yang akan jaga bayi-bayi itu. sesiapa yang nak jaga boleh lah bagitahu aku ye. buat masa ni aku tengok-tengok kan dululah ok.

aku letak anak-anak kucing tu dalam kotak
and bersebelahan dengan emak dia yang dah keletihan

lagi sekor kat mak dia..huhu


itulah dia bayi yang aku maksudkan. anak-anak kucing yang baru sahaja dilahirkan pagi tadi. nama pun tak ada lagi sebab tak tahu jantan ke betina.hehe. walaupun aku tak minat sangat kucing tapi disebabkan ada sifat perikemanusiaan aku jagalah kejap ea.

13 insan terpilih:

liyanaziz said...

my sis love cats so much... tapi sampai sekarang x bela2 lagi.. heheh.. nway, warna baby ctas tu cantikk

Hud Ashraff said...

ceh...igtkan bayi manusia...hahaha....sian anak kucing tuh

Ruby said...

siot betol.. nice entry beb.. ads for u.. nokia n potato!

regards,
www.rabiatuladawiyah.com

AM said...

ish, comelnya!
arol suka kucing.
bagi pada arol. hehe. :)

Kik0 ♥ QiLaH said...

alala tomey2

anak lua nikah ni

huhu

datin kelly ketak said...

kamu mmg kelakar...hehehe...saye suka kucing...x pe....

*sambil bermusafir kat blog org*

http://khalidahkuaci.blogspot.com/

En iLHAM said...

haha..

sabar jelah, anak kucing rupenye

hehe

singgah pula ke
::: KAU ILHAMKU :::
entri terbaru
IKLAN ANTI-MEROKOK TERBAIK'

sheila said...

liyana: cantik kan. lagi sekor yang baru jumpe pagi tadi wane coklat gak. yang itam tu pemalu ckit.

alahai: kalau anak manusia dah lama masuk paper.hehe

rabiatul: thanks eh. t kite datang

arol: arol nak ke? amik ar. hehe

aqilah: tahu takpe. cian baby ni

khalidah: hehe..akan ku visit nanti

en ilham: hehe..gotcha. t kite jalan-jalan lawat tapak kamu ea.

rammyd said...

hihi.. best! ingat baby manusia td :)

azimask said...

hehehehehe dah ku agak dah...

mau sekor.. hehehehheh

apa pun 1st timer disini..

jom singgah blog miie azimask pulak.. :D


klik sinie jom...

Oong-ong said...

hhahaha..comelnye..huhu..anak kucing leceh sikit nk jaga...

dayah said...

bayi? wahhh entry gempak tajuk. sedih banyak brita buang bayi skang.
kim salam kucing k

Pakker said...

oooo.. inilah die rupenye anak kucing tu. huhu. jaga jangan tak jaga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA