tatu rama-rama
tatu kala jengking
sekarang ini ramai gadis-gadis melayu sudah mula memakai tatu di badan terutama di dada, leher, dan punggung. mereka merasakan bila mereka memakai tatu mereka dapat merangsang pasangan masing-masing untuk beraksi hebat di ranjang.
aku berasa sedih bila mendengar pengakuan mereka. bukan sahaja berdosa kerana mengamalkan seks bebas malah sangat berdosa kerana memakai tatu. tidakkah mereka tahu akan azab yang mereka akan terima nanti. sudah terang-terangan tatu itu amat dilarang di dalam Islam tetapi mereka tetap berdegil hendak memakainya hanya kerana ingin hebat ketika melakukan seks.
aku ada terbaca pengakuan salah seorang gadis yang memakai tatu ini. masa aku baca pengakuan dia aku berasa sangat geram kerana dia sanggup mencacah tatu yang berbebtuk kalimah Bismillah.
NADIA, 26 (Kuala Lumpur)
“SEBILANGAN gadis bertatu beranggapan mereka berbuat demikian untuk bergaya, daya penarik dan ekspresi seks terhadap pasangan atau rakan, tetapi saya berpendapat sebaliknya.
“SEBILANGAN gadis bertatu beranggapan mereka berbuat demikian untuk bergaya, daya penarik dan ekspresi seks terhadap pasangan atau rakan, tetapi saya berpendapat sebaliknya.
Saya ada empat jenis tatu di pinggul, tubuh belakang serta kedua-dua belah bahu, dan setiap tatu ada maksud tersendiri.
Tiga daripada tatu itu adalah ayat suci al-Quran iaitu tulisan Bismillah pada bahu kiri dan kanan, serta satu bentuk tulisan kaligrafi daripada al-Quran.
Saya membuat tatu sedemikian kerana dibebani masalah peribadi, cinta dan kehidupan sosial yang pernah dilalui.
Waktu malam saya banyak habiskan di kelab malam, minum arak dan seks bebas. Saya sangat sosial dan banyak terjebak dengan pelbagai gejala tidak bermoral.
Apabila usia meningkat, saya semakin jemu dan tertekan dengan kehidupan. Saya juga sering jatuh sakit dan sejak itu terdetik hati membuat tatu (Bismillah dan ayat al-Quran) berkenaan di badan saya.
Orang mungkin tertanya-tanya mengapa saya menulis kalimah Bismillah pada bahu, tetapi saya menganggap ia bagai ‘pelindung’ diri.
Sebagai orang Islam, saya percaya setiap insan didampingi malaikat pada bahu kiri dan kanan untuk mencatat setiap kebaikan serta keburukan yang mereka lakukan.
Sebab itu saya terfikir meletakkan tatu berkenaan di bahu saya, ia sebagai tanda dan peringatan kepada saya untuk menghindarkan perkara tidak senonoh.
Sejak tatu ini ada di badan saya, hendak minum arak pun fikir dua tiga kali, apa lagi hendak melakukan hubungan seks. Itulah kebaikannya apabila tatu ini ada di badan saya.”
aku rasa perempuan ini sangatlah BODOH sebab dia cakap tatu yang berupa kalimah bismillah itu adalah sebagai pelindung bagi dirinya. dan yang paling aku rasa dia ini SANGAT BODOH adalah masa dia cakap tatu itu sebagai peringatan kepada dia untuk menghindarkan perkara yang tidak senonoh macam melakukan seks dan minum arak. apa dia pikir pakai tatu tu kebaikan atau halal ke?? adoii panas je hati aku baca benda ni tau.
banyak lagi cara dia boleh pakai sebagai peringatan tapi kenapa dengan memakai tatu. walaupun dosa dia dalam melakukan seks dan minum arak berkurang sedikit tapi dosa dia dalam memakai tatu makin bertambah jadi apa gunanya.
lagipun semua orang tahu cara nak hilangkan tatu ini sangatlah susah. bukan boleh main padam dengan air aje. nampak sangatlah pemikiran gadis-gadis sekarang ni sangat sempit. hanya tahu pikir keseronokan duniawi sahaja tetapi lupa apa yang akan mereka dapat nanti bila di akhirat kelak. moga-moga mereka ini akan cepat-cepat bertaubat kerana selagi tatu ada di badan selagi itu jasad tak akan diterima Allah.
0 insan terpilih:
Post a Comment