~CEPAT KLIK LINK INI~

Monday, June 28, 2010

UiTM tawar peluang pengajian percuma kepada golongan pekerja

Golongan pekerja yang berminat untukmendapatkan pendidikan tinggi namun tidak berkemampuan kini berpeluang berbuat demikian di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pengajian secara percuma itu akan ditawarkan pada masa terdekat dan pelajar akan mengikutinya menerusi program pengajian jarak jauh dan luar kampus di semua kampus UiTM.

"Tawaran ini merupakan satu tanggungjawab sosial (CSR) UiTM yang diusahakan sendiri oleh universiti itu melalui program 'Mengubah Destini Anak Bangsa'," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pertemuan dengan Penuntut Baru UiTM, di sini hari ini.

Khaled berkata, tawaran itu adalah untuk semua peringkat umur.Mereka yang berminat akan mengikuti satu program pengajian khas sebelumdiserapkan ke peringkat diploma bagi mengikuti kursus bersesuaian pada semester berikutnya bergantung kepada keputusan yang dicapai, kata beliau.


* ihsan utusan

nota: baguslah kalau macam ini. lagipun sekarang dah ramai orang yang bekerja sambil sambung belajar atau membuat PJJ. ini bermakna, ilmu itu sangat penting dalam kehidupan kita tidak kira sama ada kita sudah bekerja bagus dan bergaji tinggi tapi ilmu tetap nombor 1 yang perlu dikejar.

tidak kira ilmu akhirat, ilmu agama, ataupun ilmu dunia, kesemuanya amat penting dalam kehidupan kita. jika kita tidak mempunyai ilmu, maka sesatlah kita nanti..

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA