~CEPAT KLIK LINK INI~

Saturday, June 5, 2010

wakaka dan floor fever mungkin menjadi juara showdown 2010, soul krazy mantap!


showdown 2010 merupakan sebuah pertandingan yang melibatkan kumpulan-kumpulan b-boy dari seluruh negeri. 'krumping', 'locking', dan 'popping' merupakan salah satu elemen yang di terapkan dalam pertandingan ini.

rancangan ini banyak mengetengahkan 'street dancing' iaitu tarian gaya bebas yang direka sendiri oleh peserta itu sendiri mengikut tema yang diberi setiap minggu. antara peserta yang terlibat ada diantaranya sudah menjadi professional dan pernah menyertai banyak pertandingan di dalam dan luar negara.

ada juga di antara peserta pernah menyertai satu pertandingan 'so you think you can dance' iaitu Alam yang merupakan juara pertandingan itu. beliau bersama kawan-kawannya telah menyertai pertandingan ini dan setakat ini masih kekal. kumpulan mereka di beri namaWakaka.

Vote Wakaka Crew For 8tv Showdown 2010 !!
Type SD10 <> WKK <> 33399


kumpulan wakaka

selain itu kumpulan yang dianggap professional iaitu kumpulan 'Floor fever' yang sebelum ini telah menjadi penari pengiring kepada ramai artis Malaysia. Mereka juga telah banyak menjuarai pertandingan di dalam dan luar negara. di dalam pertandingan Showdown 2010, kumpulan ini sangat konsisten sehingga menjadi kumpulan kegemaran yang mungkin akan layak ke peringkat akhir.

Vote Floor Fever For 8tv Showdown 2010 !!
Type SD10 <> FF <> 33399


kumpulan floor fever

setakat ini terdapat satu kumpulan yang dianggotai wanita yang dikenali sebagai 'Soul Krazy'. salah seorang ahli daripada kumpulan ini juga pernah menyertai pertandingan 'So you think you can dance' iaitu Becky. walaupun mereka terdiri daripada wanita, tetapi jangan pandang sebelah mata kerana mereka mampu mengalahkan kumpulan-kumpulan lelaki yang sedia ada. GIRLS POWER!!


SD10 SK SEND TO 33399
SD5 SK SEND TO 33399
SD SK SEND TO 33399


pertandingan ini di hakimi oleh juri-juri tetap antaranya Maple Loo dan Joe Flizzow, manakala pencaranya ialah Hafiz Hatim yang merupakan penyampai radio Fly Fm.


maple loo





sama-samalah kita menonton pertandingan ini yang akan disiarkan setiap HARI RABU jam 9.30 malam di 8TV dan ulangannya pada HARI SELASA jam 11.45 malam.

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA