SEORANG lagi muka baru yang berjaya menempatkan diri dalam senarai Top 5 ABPBH2010 ialah Shah Jaszle yang tercalon menerusi kategori Artis Baru Lelaki Popular. Sebelum ini kelibat lakonan Shah boleh diikuti menerusi drama Asmara, Tari Tirana dan Bio-Nik. Terbaru, dia bakal muncul menerusi drama Gemilang bersama Tiz Zaqyah dan Kamal Adli.
Pun begitu, nama Shah, 23, tiba-tiba menjadi sebutan dan mendapat publisiti meluas apabila tersebar gosip percintaannya bersama pelakon seksi dan jelita, Maria Farida, 40. Sekalipun tidak pernah mengaku bercinta dan sekadar memberi alasan no comment setiap kali berdepan dengan media massa, namun percintaan mereka boleh diikuti secara terang-terangan menerusi laman sembang, Twitter masing-masing.

Baru-baru ini pula tersebar gosip kononnya hubungan Shah dan Maria berantakan apabila tersebar gosip kononnya Shah bercium mulut dengan aktres janda, Wan Sharmila ketika mereka bertemu pada Anugerah Skrin 2010 (ASK2010), baru-baru ini. Justeru, ketika bertemu dengan Shah pada majlis ABPBH2010 baru-baru ini, Zubir terus bertanyakan hal berkenaan kepada beliau.
“Saya akui, memang saya dan Maria (Farida) tidak mahu berterus terang mengenai hubungan kami sebelum ini. Yang tahu hanyalah keluarga masing-masing. Bukan kami mahu berahsia, sebaliknya kami bimbing sekiranya berterus-terang, ramai yang tidak boleh menerima hakikat kerana jurang usia kami yang begitu ketara.
“Namun, selepas memikirkan perkara ini masak-masak, saya membuat keputusan untuk berterus-terang. Saya mengaku memang saya menyintai Maria. Saya minta maaf apabila berselindung selama ini. Namun, terpulanglah kepada Maria untuk membuat pengakuan. Sekiranya dia tidak mahu mengaku, saya tidak boleh memaksanya, itu hak peribadinya.
“Saya juga mengaku, memang hubungan saya dan Maria agak tegang apabila tersebarnya gosip saya cium mulut dengan Wan Sharmila, namun gosip itu tidak benar, kami sekadar berlaga pipi ketika bertemu pada ASK2010 baru-baru ini.

Selepas Maria menghubungi Wan (Sharmila) dan mendapat tahu cerita sebenar, hubungan saya dan Maria kembali jernih,” kata Shah berterus-terang.
Kalau dari dulu Shah berterus-terang hubungannya dengan Maria, kan senang, tak perlu berdolak-dalik, akhirnya mengaku juga.
credit: berita harian
nota muka: akhirnya mengaku juga mereka ini bercinta. buat apa nak sorok-sorok, terus terang je sudah. nanti jadi buah mulut orang baru nak melenting. sekarang ini faktor usia dah tak penting. masinmasing cantik dan hensem, memang sepadan sangatlah. tapi mintak-mintak tak lah terlalu over pulak bercinta tu..
2 insan terpilih:
alahai..manje nye maria..siap nak merajuk2..hahahaha..retis retis...mcm2
dah jdoh kan..cinta kan buta..
Post a Comment