sekarang ini dah nak masuk minggu kedua cuti sekolah. sejak akhir-akhir ini juga aku dah macam tak ada mood nak online and buat entry baru. aku pun tak tahu kenapa. mungkin aku dah ketandusan idea atau pun aku dah tak ada semangat nak ber blog lagi..hmm. sebab itulah aku dah lama tak update blog aku ini. orang pun dah makin berkurangan datang ke blog aku ni.huhu
kali ini aku nak cerita pasal anak buah aku. hari tu before cuti sekolah anak buah aku yang bernama Ain ada datang rumah. dia ni baru darjah satu. lepas itu dia ada tunjukkan kat kitaorang result ujian dia.
tak sangka anak buah aku ni pandai macam makcik dia (akulah tu)..haha. ujian penulisan bahasa melayu dia dapat 100 peratus dan ujian pemahaman bahasa melayu dia dapat 98 peratus. kitaorang pun tengoklah apa yang salahnya sampaikan dia tak dapat markah penuh.
bila aku baca soalan kat atas tu aku pun pelik. aku yang salah ke cikgu tu yang salah. agak-agak koranglah kan simpulan bahasa untuk pemalas apa? aku tahu ramai sekarang cikgu-cikgu yang berblog kan. so aku harap diorang dapatlah jawab soalan yang aku ajukan ni. hehe
yang aku tahu setelah aku bersekolah selama 14tahun sampailah aku masuk universiti ni simpulan bahasa untuk pemalas adalah berat tulang kan. tak pernah pulak aku dengar banyak tulang. huhu. agak-agaknya dah ada perkataan baru kot..huhuh sudah tukar ka?( bak kata sathiya dalam pi mai pi mai tang tu)
mungkin jugak manusia sekarang ni dah banyak tulang sampaikan nak bangun buat kerja pun dah malas. huhu. so korang pikir-pikirkanlah ea. selamat beramal.
bahasa pasar | bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya |
banyak mulut | orang yang banyak bercakap |
batu api | orang yang suka menghasut |
batu loncatan | sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati |
bau-bau bacang | tali persaudaraan yang jauh |
bawah angin | negara-negara di sebelah timur |
bekas tangan | hasil kerja tangan seseorang |
beralih akal | berubah fikiran atau pendapat |
beralih angin | pergi ke sesuatu tempat untuk berehat |
berat hati | enggan; malas |
berat mulut | pendiam atau tidak suka bercakap banyak |
berat tulang | orang yang malas bekerja |
berat sebelah | tidak berlaku adil |
berbelah bagi | sukar untuk membuat keputusan |
anak buah aku..Ain Farihin
5 insan terpilih:
erm...cikgu tu pening kot mase marking paper tu..hehehehehe
CIKGU SILAP PANDANG TU.. AHAHAH
cikgu 2 mungkin mengantuk masa tanda kertas kot...ehe...
ish2..
xg jumpe cikgu sekolah dia ke?
leh tambah markah..
dia takot nak tunjuk kat ckgu tu.huhu
Post a Comment