~CEPAT KLIK LINK INI~

Tuesday, June 15, 2010

tidak patut kenakan caj 20sen pada hari plastik sedunia


seperti yang kita tahu hari sabtu merupakan Hari Plastik Sedunia. maksud hari plastik sedunia bukanlah bermakna kita boleh guna plastik tu suka hati atau buang plastik tu kat mana yang kau suka tapi ia merupakan hari di mana kita mengurangkan penggunaan plastik. ada paham?


jadi jika kita pergi ke Jusco, Speedmart, Ikea, The Store, Carefour atau lain-lain supermarket pada hari sabtu, orang yang di kaunter tu tak akan masukkan barang anda di dalam plastik. jangan harap orang tu nak masukkan.huhu. kalau kamu beli barang dapur banyak sangat, kau angkutlah satu-satu guna troli ea. harap maklum.


tetapi, untuk lebih berperikemanusiaan sikit, mereka akan mengenakan caj 20sen jika kamu semua kepingin sangat nak beg plastik tu. kalau dah tak larat sangat nak bawak barang-barang tu terpaksalah hulurkan 20sen. tapi duit itu bukan di dermakan kepada supermarket tu tetapi di dermakan kepada tabung-tabung kebajikan.



isu yang aku nak utarakan di sini ialah adakah patut mereka dikenakan 20 sen untuk mendapatkan beg plastik? bukankah kerajaan dah lancarkan hari sabtu merupakan hari tanpa beg plastik, so buat apa nak guna pendekatan 20 sen untuk setiap beg plastik. kalau macam itu, serupa tak payah buat kempen itu. dah la kenakan caj hanya 20sen, murah dan senang didapati pulak tu. macam manalah kempen ni nak berjaya.

lagi satu, mereka cakap akan hulurkan 20sen itu untuk tabung kebajikan dan mungkin orang ramai tak tahu tentang itu. apa yang mereka fikir hanyalah nak beg plastik itu dan bukannya nak menderma. cubalah mereka kenakan caj rm1 ke.hehe

orang ramai sekarang ini pun ada yang tak tahu hari sabtu tak ada beg plastik. bila pergi bayar kat kaunter orang tu pulak yang kena marah sebab tak bagi beg plastik. bukankah dah banyak poster, banner, risalah diberikan kepada mereka, tapi masih ada yang tak sedar tentag kempen ini. nampaknya kerajaan kena berusaha lagi untuk memberi kesedaran kepada orang ramai supaya orang yang menjaga kaunter bayaran kat supermarket itu tak kena marah.hehe

kempen ini akan dijalankan selama 6 bulan bermula 9 januari yang lepas. jadi sama-samalah kita menjayakan kempen ini supaya alam sekitar akan lebih terjaga dan terjamin.

1 insan terpilih:

Siti Fatimah Nabihah said...

hmm.. xpe la. at least da juga usaha tuh! hehehe. okok.. sama2 jayakan kempen tuh!weee~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA