mesti kamu semua tak percaya kalau aku cakap ada seorang brother and sister ni dia jual makanan ini dekat UiTM Puncak Alam dengan Intek Seksyen 13, dapat pulangan sebulan mencecah RM13K. bayangkan umur semuda mereka dah menjadi usahawan berjaya sehingga boleh melancong ke luar negara setiap cuti semester..wah!!best giler..
bisnes nye sangat simple sahaja, hanya dengan berbekalkan kereta sorong, lepastu korang park la kereta sorong tu dekat mana-mana dan attract student lain beli Ayamazz Roti Impit. segala modal pendahuluan, kereta sorong dan latihan akan disediakan oleh pihak KFC Holdings. korang just jual sahaja..betapa bestnya bisnes ini..huhu.
aku dapat tahu pasal ini pun masa aku pergi seminar keusahawanan kat university aku. masa tu Chairman KFC Holdings, Tan Sri Muhammad Ali Hashim datang bagi talk. memang seronok. walaupun dia berpangkat besar tapi dia merupakan seorang yang sporting. hehe
masa seminar hari tu, kitaorang semua di taja oleh KFC dan Ayamas. memang seronok. kenyang kitaorang makan..hehe..sampaikan berbungkus-bungkus kitaorang tapau..huhu.
jadi, anda berminat ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya seperti mereka di usia muda?? joinlah bisnes ini sekarang, sebelum terlambat..hehe..boleh cepat kaya..tak payah masuk MLM tu..tak boleh dipercayai..hehe.
kalau nak tahu pasal Ayamazz Roti Impit ini bolehlah pergi ke facebook mereka.ok adioss!1
3 insan terpilih:
wah... macam best je... ley cuba nanti nih
roti ni mmg best..
harga pun berbaloi tuk student bli..
kat UniKL City Campus pun de satu kdai yg jual ni :-)
MEmang terbaik
Post a Comment