~CEPAT KLIK LINK INI~

Friday, September 17, 2010

hari raya tahun ini tak best bagi aku

hari ini merupakan hari ke lapan umat Islam menyambut Hari Raya. aku macam biasa masih duduk di rumah menunggu tetamu untuk berkunjung tapi tak kunjung tiba..hoho..semalam merupakan Hari Malaysia, so aku sebagai rakyat Malaysia keluar dari kepompong aku iaitu bilik sendiri dengan pergi beraya ke rumah Mak Lang aku di Ampang..hehe

best giler bila dapat keluar dari kepompong tau. sebabnya dekat seminggu jugak aku tak keluar rumah. asyik terperap dekat rumah sahaja. cuma hari raya kedua sahaja kitaorang pergi beraya dekat Melaka. dah la tak keluar rumah beraya, orang datang rumah kitaorang beraya pun tak ada..sadis betul rasanya.huhu

mana taknya, bila budak-budak datang rumah nak beraya, kitaorang buat dek aje..malas nak layan..hehe..jahat kan kitaorang ni..huhu..emm,  hari Sabtu ini barulah saudara aku yang kat Negeri Sembilan dengan Kuala Lumpur datang beraya. diorang macam biasa akan buat Le Tour De Raya setiap tahun..seronok betul.

sebenarnya susah kitaorang nak berkumpul sama-sama ni. sebabnya masing-masing duduk jauh kan, so waktu macam ini sahajalah dapat mengeratkan silaturrahim. lagipun masa raya pertama family aku tak balik kampung kat Rembau tu sebabnya tak ada transport. abang dan akak semuanya balik rumah mertua masing-masing.

tapi bagi aku, raya tahun ini sangat tak seronok. aku tak rasa langsung keseronokan berhari raya tu sebenarnya. tak ada feel langsung. aku pun tak tahu kenapa.. macam tak rasa pun sekarang sebenarnya hari raya. bila tengok kawan-kawan, membe blogger bercerita pasal hari raya, seronok sahaja, tapi aku pulak tak rase seronok langsung. huhu

okaylah..adios semua..selamat berhari raya!

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA