hari ini sudah masuk 4 hari aku berada di rumah..tinggal lagi beberapa hari sahaja untuk umat Islam menyambut hari raya. apa yang seronoknya semasa menyambut puasa di rumah berbanding di universiti adalah makanannya.
makanan yang emak masak dekat rumah totally sedap walaupun simple sahaja. selain itu, aku dapat jimat duit dan tak perlu fikir apa juadah berbuka puasa untuk hari ini. cuma perlu buka tudung saji dan ngap sahaja apa yang ada..hehe..apa punya anak dara lah kan..huhu
aku juga dapat berborak dengan emak aku semasa tengah makan sebab kalau dekat u, aku selalu berbuka seorang diri walaupun ada rumate di bilik..hehe..dapat mengumpat sekejap dengan emak..kalau masa tengah puasa tak boleh mengumpat kan..kena tahan sekejap story panas tu..huhu. lagipun selalunya dekat rumah cuma aku, emak dengan adik lelaki aku aje.
selain itu, aku dapat minta apa sahaja makanan yang aku nak makan lepas itu emak akan masakkan. bukan aku yang masak..al maklumlah, baru nak belajar..huhu..malu den. tadi goreng hotdong pun dah terhangus sedikit sebab sambil menggoreng sambil berangan..hhehe..tapi sekarang dalam proses belajar okay..
kalau berpuasa dekat rumah terasa sekejap sahaja masa berlalu..itu yang buatkan aku suka sangat..tak dalah aku tidur petang-petang sebab nak menunggu masa berbuka tu kan..lagipun kalau tidur lama-lama nanti makruh pulak puasanya..isy2
hurmm..lagi beberapa hari sahaja dah nak berhari raya. mulai hari ini aku kena start pikir apa yang kena masak nanti pada pagi raya..hoho. aku hanya fikirkan sahaja, dan mak yang masakkan..hehe..tapi aku tolong lah sikit-sikit..nanti orang lain cakap apa pulak pasal anak mak cik Ros ni..hehe
0 insan terpilih:
Post a Comment