~CEPAT KLIK LINK INI~

Tuesday, September 14, 2010

berita susulan dua beradik kembar yang menghilangkan diri setelah pergi beraya

IPOH - Dua adik beradik kembar perempuan yang dilaporkan hilang selepas ke rumah kawan lelaki mereka di Parit, dekat sini pada hari raya kedua akhirnya mengirim khidmat pesanan ringkas (sms) kepada ibu mereka pagi ini menyatakan mereka selamat. 

Ibu berkenaan, Harlizah Samah ketika dihubungi berkata, beliau menerima sms daripada anaknya itu pada 9 pagi.

"Mereka meminta maaf. Mereka juga kata 'mereka selamat'. Jangan risau dan jaga diri mama'. Itu saja," katanya. 

"Mereka tidak pula menyatakan di mana mereka berada," kata Harlizah.

Beliau merayu kepada anak-anaknya itu supaya pulang ke rumah dan jika ada apa-apa masalah ia boleh dibincangkan. 

Dua beradik itu dan seorang rakan mereka dilaporkan hilang selepas beraya di rumah kawan pada hari raya kedua, dikesan telah ke rumah seorang rakan lelaki mereka di Parit, dekat sini. 

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Abdul Aziz Salleh berkata, pada 12 Sept iaitu hari raya ketiga, kesemua mereka turut dikesan pergi ke Teluk Intan dan dalam masa yang sama ada menghubungi rakan-rakan mereka yang lain namun apabila dihubungi semula talian mereka dimatikan. 

"Bagaimanapun kita masih cuba mengesan di mana mereka berada. Mengikut keterangan ibu bapa kepada teman lelaki itu, kesemua yang dilaporkan hilang itu telah bermalam di rumah mereka di Parit dan anak lelaki itu juga (kini) tidak pulang ke rumah," kata Aziz kepada Bernama. 

Mereka yang hilang itu ialah Nurulashiqin Kamarazmi dan kembarnya Nurulain bersama Suhaily Abdul Razak masing-masing berusia 14 tahun.

Mereka berasal dari Taman Sentosa di Kampar dekat sini. 


credit to sinar harian


nota: kepada remaja di luar sana, lepas ni kalau ibu atau bapa marah, janganlah ambil tindakan bodoh dengan melarikan diri dari rumah. ibu marah kita ada sebab. kita sebagai anak pula kena dengar cakap mereka. jangan sampai lari dari rumah. sekarang banyak kejadian seperti culik, bunuh dan sindiket jual terjadi. kita sebagai anak janganlah buatkan ibu bapa kita risau. pulanglah ke pangkuan mereka selagi mereka masih ada. jika tidak, kita pasti akan merana.

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA