dah lama rasanya aku tak mengupdate blog. nak kata aku busy tak sangat, tapi sebenarnya aku tak tahu nak tulis pasal apa. sekarang aku dah ada dekat UiTM, so masa terluang tu aku penuhkan dengan tidur sahaja. jadual kelas aku pun bukannya pack sangat. ada juga lopong-lopong tapi aku penuhkan lopong-lopong itu dengan online facebook dan cari bahan assignment.
sekarang ini dah tahap genting. time tulah nak kena hantar assignment, time tu jugak nak adakan test, time tu jugalah nak ada aktivity penting. dalam minggu ini ada seminar SELLING dan batch kitaorang yang handle so kena pergi. minggu depan pula ada dinner. Malam Pra Graduan dekat Hotel Equatorial Melaka. adoi busy betullah. baju takda lagi, tudung pun takda. macam mana nak jadi Queen of the Night ni..hehe
tema dinner tu nanti 1 Malaysia. so, agak-agak baju apa yang sesuai ye.hurm, nanti tak lama lagi ada Dinner DBS, iaitu kos aku sendiri. tema tak tahu lagi. diorang semua tengah vote. tapi rasa-rasa macam dapat tema Bolly and Holly. adoii nak kena pikir lagi pasal baju. dinner ni kena pergi juga sebab aku dah last semester so rugi kalau tak pergi.hehe
nak pakai macam ini
atau
macam ini?
minggu lagi satu pula aku ada modul 9 haribulan 10 nanti. esoknya birthday aku..hehe promote kejap, mana tau ada readers akan ingat dan masukkan dalam diary diorang..haha. ok sambung balik tentatif aku tadi..hurm, lepas modul maybe kitaorang kena present pasal Business Plan dan Mini Thesis kitaorang. dah la reportnya tak siap lagi..atoyaiii..
lepas tu pulak dah start test 2. yang tu aku tak tahu tarikh nya bila. tunggu jela. walaupun subjek aku ada 4 sahaja, tapi semuanya membaca. aku pun tak tahu macam mana prestasi aku masa test 1 hari itu. macam nak pecah kepala aku menghapal.
lepas dah setel semua test 2, final exam aku pun akan bermula. takut siot!! iyelah, semester ini adalah yang terakhir bagi aku, lepas ni Insyaallah kalau ada rezeki akan sambung degree.dekat mana tu kena tunggu jelah. disebabkan ini last sem so aku kena buat yang TERBAEKKK..kalau boleh aku nak naikkan pointer aku and dapat Anugerah Dekan buat pertama kali..hhuuuhu
0 insan terpilih:
Post a Comment