~CEPAT KLIK LINK INI~

Wednesday, December 1, 2010

Jus Moneh dari Iran, rasa seperti gula merah..memang sedap!!

assalamualaikum. tadi baru lepas tengok cerita Ayoub. hari khamis lepas tak tengok, terlupa. bila tengok hari ni punya rupanya diorang dah besar..hehe..terlambat sudah. 

oklah, aku bukan nak cerita pasal Ayoub pun. aku cuma nak cerita satu jenis minuman yang aku baru minum kelmarin. wah, kelmarin punya hal baru hari ni kau nak cerita ea. nyahhh kau!! haha


korang pernah nampak tak air minuman macam kat atas tu?? jenama dia Moneh. air ni adik aku dapat masa dia jadi pekerja kat katering sebelah taman aku ni. agaknya orang tu bagi air tu sebagai ganjaran selain duit lah kan. mula-mula aku tengok, pelik ke beno air ni. tak pernah tengok, tak pernah lihat, nak minum lagilah tak pernah.



disebabkan air ni susah sangat nak minum kalau di hirup macam tu aje, aku pun letak lah straw kat dalam. perasa air ni Pomegranate. perasa ape tu eh?? hehe, nak check kamus malas lak..mula-mula adik aku was-was nak minum, dia cakap halal ke. sebab tak pernah nampak pun air tu dijual kat Malaysia ni. pastu aku cakap balik kat dia, mestilah halal, kalau tak buat apa orang tu bagi kat ko..


masa aku minum tu rasa nya pelik ckit. masam yang teramat. lepas tu aku suruh adik aku masukkan ais kat dalam paket ni. bagi sejuk and kurangkan masam. masam-masam kan tak baik untuk kesihatan. mula-mula aku suruh dia letak 1 bijik ais je, tapi dia bantainya letak 3 ketul ais..atoyai..


bila aku dah rasa betul-betul air tu, baru aku sedar yang air tu ada sedikit rasa macam cendol, rasa macam gula merah. memang sedap la beb. lagi-lagi dah diletakkan ais memang hilang dahaga tu. boleh di katakan macam minum lai chi kang pulak.

Jus Moneh ni di import dari Iran. wah, nun jauh di sana. hehe..tak dapat pergi Iran, dapat minum air dia pun jadilah..hehe..kalau bab khasiat tu aku tak tahu pulak, sebab tulisannya semua bahasa Arab..cheq kureng sikit..hehe..oklah, kalau ada sesiapa jumpa air Jus Moneh di pasaran, jangan ragu-ragu nak beli. memang sedapp..!!

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA