~CEPAT KLIK LINK INI~

Friday, December 10, 2010

line broadband lembab macam siput, salah aku juga sebab lambat bayar

assalamualaikum, adoi adoi adoi..sejak akhir -akhir ini aku rasa sangat tension sebab broadband aku buat hal. aku akui semua ini salah aku sebab terlambat bayar, thats why dia tersangatlah lembab mengalahkan siput babi melintas jalan.

habis semua rancangan aku nak mengupdate blog, nak masuk contest itu, giveaway ini terbantut. rasa macam nak giler aje tunggu dia tengah loading. aku rasa kalau tidur sekejap pun mesti boleh punya..inipun nasib baiklah terbukak juga create post ni. kalau tak haramlah nak dapat.

tapi, petang tadi akak aku dah bayarkan broadband, aku pun tak tahu bila dia boleh laju balik macam biasa. esok aku ingat nak tidur rumah makcik aku kat bukit tinggi. sebabnya aku nak tumpang line P1WIMAX dia. so jimat sikitlah aku punya broadband ni..hehe

lagipun hari sabtu nanti aku tinggal sorang kat rumah. mak pulak sibuk ada kenduri dari pagi sampai ke malam. so aku ikutlah makcik aku tidur rumah dia. nanti hari ahad nak keluar beli hadiah untuk family day akan datang. tak sabar nak keluar dari rumah. sebab aku tersangatlah bosan duduk di rumah. asyik buat rutin yang sama sahaja. kalau line broadband okay takdalah bosan sangat..hehe

okaylah itu sahaja nak tulis pagi ni..next entry aku nak tulis pasal berita yang sangat menggembirakan aku..hehe..tunggu tau kalau nak tahu berita apa yang best sangat tu..

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA