~CEPAT KLIK LINK INI~

Saturday, December 18, 2010

Facebook boleh jadi punca bercerai di Sarawak

Laman sosial Facebook didapati menjadi punca kepada beberapa kes penceraian di negeri ini walaupun angkanya masih belum membimbangkan.

Peguam Syarie Jabatan Bantuan Guaman Kuching, Mohd. Zamri Abdul Hazis berkata, terdapat dua kes perceraian gara-gara Facebook di Bintulu serta satu kes lagi di Kuching.Katanya, kebanyakan kes perceraian itu disebabkan mendedahkan masalah rumah tangga di laman sosial itu sehingga memalukan pihak lain sama ada suami atau pun isteri.

''Perbuatan mendedahkan hal berkaitan rumah tangga di laman sosial seperti Facebook bukan sahaja memalukan pihak lain (suami atau isteri) tetapi mampu meruntuhkan perkahwinan. Sebab itu Facebook diharamkan di Asia Barat," katanya.

Beliau berkata demikian pada Forum Pemantapan Institusi Keluarga Menjana Pembangunan Ummah di sini semalam. Katanya, perbuatan mendedahkan masalah di Facebook hanya akan memburukkan lagi krisis yang dihadapi suami isteri meskipun ia hanya dianggap sebagai satu luahan peribadi.

Jelas beliau, seelok-eloknya masalah rumah tangga perlu dirujuk kepada ahli kaunseling atau pegawai jabatan agama. ''Facebook boleh digunakan untuk kegunaan lain, asal jangan diguna untuk meluahkan masalah rumah tangga," katanya.Sementara itu, Mohd. Zamri berkata, punca perceraian juga ada kaitan dengan darjat suami atau isteri. Katanya, ada isteri terbawa-bawa pangkat yang disandang di pejabat ke rumah sedangkan menurut Islam, lelaki merupakan ketua keluarga.

''Si suami yang bekerja sebagai kerani biasa atau pembantu am dipandang rendah oleh si isteri kerana dia menerima gaji lebih tinggi," katanya. Tambah beliau, sikap wanita seperti itu boleh menyebabkan masalah rumah tangga yang menjurus kepada perceraian.''Kadang-kadang kita perlu memilih pasangan yang sesuai (kufu) apabila ingin mendirikan rumah tangga.''Jika yang berijazah, pilihlah yang sama, yang ada ijazah agar tidak wujud persoalan pangkat dalam kerja dan gaji setelah berkahwin," katanya.

Sementara itu, Residen Bintulu, Ismail Mohd. Hanis ketika merasmikan penutupan forum tersebut berkata, pembentukan institusi keluarga yang kukuh wajar diberi penekanan.

Katanya, negara maju boleh dicapai apabila institusi keluarga bahagia menyumbang terhadap pembangunan masyarakat dan negara. ''Negara yang maju adalah bermula dengan keluarga bahagia. Sesebuah perkahwinan perlu dijaga seelok-eloknya agar masyarakat terus membangun," katanya.

* utusan 

nota muka: facebook dulunya menjadi medan untuk mencari pasangan. tetapi sekarang ia menjadi medan untuk bercerai. pengguna facebook hendaklah di ingatkan supaya berhemah ketika menggunakan facebook. jangan semua perkara dalam selimut pun nak diuar-uarkan.

jika seseorang itu bijak mengguna aplikasi facebook ini, pastinya perkara ini tak akan berlaku. kalau dalam movie the social network ada menyatakan facebook diwujudkan untuk membalas dendam kepada bekas teman wanita pengasas itu sendiri. nampaknya facebook akan di cop sebagai aplikasi negatif dan mungkin juga peratusan pengguna facebook akan berkurangan suatau masa nanti sekiranya banyak masalah dalaman berlaku kepada masyarakat.

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA