~CEPAT KLIK LINK INI~

Tuesday, December 28, 2010

KINI AKU AKAN BELAJAR DI UITM ARAU PERLIS.MUKTAMAD

assalamualaikum, hari ini aku rasa sangat terumbang ambing memikirkan diri ini yang perlu hidup bersendirian di Perlis jauh nun di sana. adakah keputusan yang aku buat ini betul? oh tidak..ini bukan keputusan aku, tetapi keluarga ku. mereka yang menetukan segalanya. tiada apa yang aku boleh bantahkan.

memandangkan aku telah mendapat tawaran sambung belajar peringkat Ijazah Sarjana Muda di Uitm Arau Perlis memerlukan aku untuk mendaftar pada hari ini. ikut kata hati mahu bertukar kampus tetapi permohonan aku ditolak sekeras-kerasnya. kenapalah mereka tak mahu beri sedikit muka kepada aku yang merupakan orang susah lagi-lagi anak yatim.

setelah permohonan aku ditolak, aku merasakan seperti tak mahu belajar pula. tetapi bila aku utarakan niat aku ini, semua orang membantah. nak tak nak kau kena pergi. rugi tau tak. kau nak kena sepak ke kalau tak pergi. ngada ngada..setelah mendengar pelbagai perkataan dan ayat, nampaknya aku memang kena pergi.

sekarang kepala aku tengah pening memikirkan tentang duit. duit bayar rumah sewa, duiy bayar yuran, duit untuk keperluan diri sendiri..arghh mana aku nak dapat semua duit ini!! tolonglah aku. mujurlah yuran boleh di bayar setelah mendapat ptptn.kalau tak, mahunya aku rompak bank selepas ini..

kini aku sudah tak perlu risau tentang rumah sewa kerana aku sudah pun booking satu rumah di sana. lepas ini bolehlah aku pergi Langkawi..huhu..aku tahu mungkin ada hikmah di sebalik kejadian semua ini. kepada kawan-kawan blogger, doakan aku di sana okay..harap semuanya berjalan dengan lancar..aminn.

aku tak tahu mungkin selepas ini aku akan jarang berblog sebab sibuk dengan kelas dan sebagainya.kalau ada masa blog ini akan terupdate okay..jangan sedih-sedih ea kawan-kawan..

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA