Polis PDRM makin menjadi-jadi sekarang ini. Sebelum ini, mereka buat “impak” dengan menggunapakai Mitsubishi Evo 10. Tup-tup mereka mendapat “hadiah lagi” dengan diberikan peluang memandu kereta Kia Forte. Adakah selepas ini polis peronda PDRM akan menggunapakai Chevrolet Camaro pula? Mungkin? Lagi gambar kereta peronda PDRM Kia Forte…..
Takkan Proton Inspira takkan nak duduk diam sahaja? Tak tergugat ker? Proton tiada hajat untuk lakukan pengubahsuaian. Kalau nak dibandingkan dengan kereta peronda polis Mitsubishi Evo 10 yang PDRM miliki sebelum ini dengan Kia Forte, memang jauh panggang daripada api. Mitsubishi Evo 10 jauh lebih ke hadapan dan ada kelas tersendiri. Berapa tiang tertinggal kereta peronda Kia Forte dengan Mistsubhi Evo 10, entahla…….Mana tidaknya, Kia Forte bukannya dibangunkan untuk tujuan menghasilkan sebuah kereta berprestasi tinggi.
Dengan kemasukan kereta Kia Forte ini dalam pasukan PDRM, bertambahlah koleksi kereta polis di Malaysia setakat ini :
- Proton Wira
- Proton Iswara
- Proton Waja
- Proton Satria GTi (dah tak nampak lagi, wujud lagi?)
- Proton Perdana
- Perodua Kancil
- Perodua Kembara
- Perodua Rusa
- Mitsubishi Lancer Evo 10
- NAZA Forte
Proton Saga dah dilupuskan. Pasukan polis dah tak guna Saga lagi. Walaubagaimanapun, kereta polis peronda PDRM yang terbaru ini iaitu, Kia Forte memang nampak “taringnya” dan kelihatan direka untuk tujuan aksi kejar-mengejar dan rempuh kereta penjenayah. Memang sesuai dipandu di sekitar bandar. Cuma satu sahaja, warna kereta polis dah carca-merba. Kejap putih, kejap hitam.
credit to: berita semasa
nota muka: fuhh gila betul kereta polis zaman sekarang ini. aku harap dengan adanya kereta jenis kuasa kuda atau singa macam ni, dapatlah banteras masalah jenayah dengan lebih cepat dan efektif lagi.
aku harap jugak supaya, kepada anggota polis janganlah berlagak pulak pakai kereta ni, yela bukan senang nak pakai kereta sport macam ni, so tugas tetap kena jalan kan jugak ea. selamat berkhidmat anggota PDRM!!
1 insan terpilih:
perghhh...ak mmg minat lame dh ngan forte ni...ala2 lancer gk bentuk die...
Post a Comment